Ronaldo selamat maruah MU MANCHESTER - Penyerang handalan Manchester United, Cristiano Ronaldo melakukan jaringan ke-30 pada pertemuan pasukan itu dengan Lyon yang berkesudahan 1-0 di Old Trafford, sekali gus mengesahkan kedudukan untuk beraksi di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.
Jaringan keenam Ronaldo pada kejohanan musim ini di separuh masa pertama perlawanan membolehkan pasukan United mencatat keputusan agregat 2-1 dan menjadi salah satu pasukan empat terbaik pada kejohanan itu.
Namun, persembahan yang dilakukan oleh anak didik Alex Ferguson pada perlawanan tersebut tidak bermutu tinggi.
Rekod keputusan tidak pernah kalah kepada pasukan dari Perancis itu dalam tempoh 11 perlawanan pada Liga Juara-Juara di Old Trafford kini boleh diragukan.
Penyerang Lyon, Karim Benzema yang berjaya menjaringkan satu gol pada perlawanan pertama berjaya memberi ancaman kepada gawang United. Pemain gantian Lyon, Kadita hampir mendapatkan gol, namun percubaannya mengenai palang pada separuh masa kedua.
"Kami telah melakukan lebih daripada apa yang telah kami peroleh pada masa kedua dan kami melakukan ia menjadi sukar kepada diri kami sendiri.
"Tetapi, bahagian pertahanan kami beraksi dengan baik. Mereka (Lyon) tidak mempunyai sebarang peluang pada perlawanan ini," kata Ferguson kepada
ITV, selepas United menyamai rekod 10 kali kemenangan berturut-turut di tempat sendiri pada persaingan Liga Juara-Juara, seperti yang telah dilakukan oleh Juventus sebelum ini.
Kepulangan semula Ronaldo merupakan salah satu daripada enam perubahan kepada pasukan United yang mencatat kemenangan ke atas Fulham, Sabtu lalu bagi meneruskan kemaraan United, sama seperti dia melakukan kepada kecemerlangan dirinya pada musim ini.
United mendominasi seluruh kawasan sebelum rehat, tetapi terpaksa berkerja keras untuk menghasilkan jaringan dan Lyon dilihat lebih gembira untuk bertahan dalam usaha pasukan dari Perancis itu mencatat keputusan seri.
United yang hanya meletakkan Wayne Rooney bersendirian sebagai penyerang tidak mampu untuk menembusi benteng pasukan dari Perancis itu.
Sebaliknya, juara dari Perancis itu dilihat memiliki peningkatan keyakinan apabila pemain tengahnya, Kim Kallstrom menguji Edwin van der Sar dengan percubaan lencong dari jarak jauh.
Seperti biasa pada musim ini, ketika United memerlukan jaringan, Ronaldo menjadi penyelamat.
Ronaldo menenangkan kegelisahan peminat di Old Trafford dengan jaringan yang dilakukan empat minit sebelum rehat, setelah Anderson gagal menyambut hantaran silang rendah yang dilakukan oleh pemain pertahanan, Wes Brown.
Lyon yang mengetahui mereka perlu menjaringkan gol untuk mengelakkan pasukan itu tersingkir hampir mencipta kejutan menerusi pemain gantian, Kadita ketika perlawanan berbaki 17 minit.
Percubaan dari Kadita itu menaikkan kembali semangat United bagi mencari gol kedua perlawanan dan mempunyai beberapa kali peluang terbaik untuk menjaringkan, setelah kemasukan pemain gantian dari Argentina, Carlos Tevez.
Namun, kegopohan hantaran dalam kotak penalti menghalang United untuk memperoleh gol kedua, apabila penjaga gol Lyon, Gregory Coupet hanya perlu sekali berkerja keras untuk menyelamatkan gawangnya menerusi percubaan Rooney hasil kesilapan hantaran ke belakang oleh pemain Lyon, Hatem Ben Arfar.
Benzema memberitahu saluran televisyen Perancis,
TF1: "Ia merupakan pertembungan yang hebat. Kami begitu menginginkan untuk layak dan malam ini, kami memperlihatkan bahawa pasukan ini adalah terbaik.
"Melihat jaringan yang dilakukan sebelum rehat begitu melemahkan semangat kami. Tetapi, saya tidak fikir kamu boleh katakan bahawa terdapat jurang antara dua pasukan ini. Kami berjaya mengancam mereka pada malam ini. Saya fikir, apa yang membezakan kedua-dua pasukan ialah jaringan pada perlawanan pertama.''
- Reuters