SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ronaldo selamat maruah MU Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ronaldo selamat maruah MU Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ronaldo selamat maruah MU

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12409
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Ronaldo selamat maruah MU Empty
PostSubject: Ronaldo selamat maruah MU   Ronaldo selamat maruah MU Icon_minitime6/3/2008, 8:49 am

Ronaldo selamat maruah MU


Ronaldo selamat maruah MU Cristiano-Ronaldo

MANCHESTER - Penyerang handalan Manchester United, Cristiano Ronaldo melakukan jaringan ke-30 pada pertemuan pasukan itu dengan Lyon yang berkesudahan 1-0 di Old Trafford, sekali gus mengesahkan kedudukan untuk beraksi di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.
Jaringan keenam Ronaldo pada kejohanan musim ini di separuh masa pertama perlawanan membolehkan pasukan United mencatat keputusan agregat 2-1 dan menjadi salah satu pasukan empat terbaik pada kejohanan itu.
Namun, persembahan yang dilakukan oleh anak didik Alex Ferguson pada perlawanan tersebut tidak bermutu tinggi.
Rekod keputusan tidak pernah kalah kepada pasukan dari Perancis itu dalam tempoh 11 perlawanan pada Liga Juara-Juara di Old Trafford kini boleh diragukan.
Penyerang Lyon, Karim Benzema yang berjaya menjaringkan satu gol pada perlawanan pertama berjaya memberi ancaman kepada gawang United. Pemain gantian Lyon, Kadita hampir mendapatkan gol, namun percubaannya mengenai palang pada separuh masa kedua.
"Kami telah melakukan lebih daripada apa yang telah kami peroleh pada masa kedua dan kami melakukan ia menjadi sukar kepada diri kami sendiri.
"Tetapi, bahagian pertahanan kami beraksi dengan baik. Mereka (Lyon) tidak mempunyai sebarang peluang pada perlawanan ini," kata Ferguson kepada ITV, selepas United menyamai rekod 10 kali kemenangan berturut-turut di tempat sendiri pada persaingan Liga Juara-Juara, seperti yang telah dilakukan oleh Juventus sebelum ini.
Kepulangan semula Ronaldo merupakan salah satu daripada enam perubahan kepada pasukan United yang mencatat kemenangan ke atas Fulham, Sabtu lalu bagi meneruskan kemaraan United, sama seperti dia melakukan kepada kecemerlangan dirinya pada musim ini.
United mendominasi seluruh kawasan sebelum rehat, tetapi terpaksa berkerja keras untuk menghasilkan jaringan dan Lyon dilihat lebih gembira untuk bertahan dalam usaha pasukan dari Perancis itu mencatat keputusan seri.
United yang hanya meletakkan Wayne Rooney bersendirian sebagai penyerang tidak mampu untuk menembusi benteng pasukan dari Perancis itu.
Sebaliknya, juara dari Perancis itu dilihat memiliki peningkatan keyakinan apabila pemain tengahnya, Kim Kallstrom menguji Edwin van der Sar dengan percubaan lencong dari jarak jauh.
Seperti biasa pada musim ini, ketika United memerlukan jaringan, Ronaldo menjadi penyelamat.
Ronaldo menenangkan kegelisahan peminat di Old Trafford dengan jaringan yang dilakukan empat minit sebelum rehat, setelah Anderson gagal menyambut hantaran silang rendah yang dilakukan oleh pemain pertahanan, Wes Brown.
Lyon yang mengetahui mereka perlu menjaringkan gol untuk mengelakkan pasukan itu tersingkir hampir mencipta kejutan menerusi pemain gantian, Kadita ketika perlawanan berbaki 17 minit.
Percubaan dari Kadita itu menaikkan kembali semangat United bagi mencari gol kedua perlawanan dan mempunyai beberapa kali peluang terbaik untuk menjaringkan, setelah kemasukan pemain gantian dari Argentina, Carlos Tevez.
Namun, kegopohan hantaran dalam kotak penalti menghalang United untuk memperoleh gol kedua, apabila penjaga gol Lyon, Gregory Coupet hanya perlu sekali berkerja keras untuk menyelamatkan gawangnya menerusi percubaan Rooney hasil kesilapan hantaran ke belakang oleh pemain Lyon, Hatem Ben Arfar.
Benzema memberitahu saluran televisyen Perancis, TF1: "Ia merupakan pertembungan yang hebat. Kami begitu menginginkan untuk layak dan malam ini, kami memperlihatkan bahawa pasukan ini adalah terbaik.
"Melihat jaringan yang dilakukan sebelum rehat begitu melemahkan semangat kami. Tetapi, saya tidak fikir kamu boleh katakan bahawa terdapat jurang antara dua pasukan ini. Kami berjaya mengancam mereka pada malam ini. Saya fikir, apa yang membezakan kedua-dua pasukan ialah jaringan pada perlawanan pertama.''
- ReutersRonaldo selamat maruah MU Main_story_gradient_bottom
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12409
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Ronaldo selamat maruah MU Empty
PostSubject: Re: Ronaldo selamat maruah MU   Ronaldo selamat maruah MU Icon_minitime6/3/2008, 8:50 am

Ferguson puji aksi Ronaldo



[url=mailto://][/url]



Bawa United mara ke saingan suku akhir selepas benam Lyon

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson jelas gembira melihatkan Cristiano Ronaldo menghimpunkan jumlah golnya musim ini kepada 30 jaringan daripada 30 perlawanan ketika Manchester United mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Dia tidak mengakuinya, tetapi pengendali berbangsa Scotland itu juga pastinya gembira melihatkan Arsenal menyingkirkan juara bertahan, AC Milan - menyingkirkan lawan yang bertanggungjawab menamatkan cabaran United dalam dua daripada tiga musim terakhir.

Gol jarak dekat Ronaldo sejurus sebelum rehat mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Lyon untuk membolehkan United melangkah dengan kelebihan agregat 2-1.

Ia juga mewakili sebahagian lakaran sejarah dengan kemenangan ke-10 berturut-turut United dalam Liga Juara-juara Eropah di Old Trafford menyamai rekod gelanggang sendiri dicipta Juventus pada 1997.

“Ia mungkin bukan gol terbaik Cristiano musim ini, tetapi ia jelas antara yang paling penting,” kata Ferguson.

Untuk menjaringkan 30 gol memang menakjubkan, tetapi untuk pemain bukan penyerang melakukannya, ia lebih istimewa. Tiada pemain lain di dunia mampu melakukannya.

“Kita kini hanya di permulaan Mac, jadi kemungkinan ada 16-17 perlawanan bakal diharungi. Dia mampu mencapai jumlah gol yang tinggi.”

Kejayaan Arsenal dan United menjelmakan kemungkinan realistik betapa saingan suku akhir mampu menyaksikan kemunculan empat kelab England dengan Chelsea dan Liverpool juga kini berkedudukan baik untuk turut sama melangkah.

Ferguson bertegas dia tidak akan bimbang jika diundi menentang lawan yang sudah biasa ditangani.
“Jika empat daripada kami layak, jadi kita akan ada 40 peratus peluang untuk mendapat kelab England sebagai lawan di suku akhir, tetapi saya tidak fikir itu menggelisahkan kerana semua perlawanan suku akhir sudah sememangnya akan sukar ,” katanya. - AFP
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 39
location : Malaysia
Points : 12531
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Ronaldo selamat maruah MU Empty
PostSubject: Re: Ronaldo selamat maruah MU   Ronaldo selamat maruah MU Icon_minitime10/3/2008, 12:01 am

menyampah aku tgk..
Back to top Go down
one star!
SENIOR
SENIOR
one star!

Male
Age : 37
location : JB Riot City - Pub Par
Points : 12372
Reputation : 0
Number of posts : 755

Ronaldo selamat maruah MU Empty
PostSubject: Re: Ronaldo selamat maruah MU   Ronaldo selamat maruah MU Icon_minitime18/3/2008, 2:46 am

lek bh ko arep..heheheh...
Back to top Go down
Sponsored content




Ronaldo selamat maruah MU Empty
PostSubject: Re: Ronaldo selamat maruah MU   Ronaldo selamat maruah MU Icon_minitime

Back to top Go down
 

Ronaldo selamat maruah MU

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: