TEHRAN, 10 Nov (Bernama) -- Malaysia bersama-sama Iran dan Turki
merancang untuk mengeluarkan kereta yang bercirikan Islam untuk pasaran
global, demikian menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd Datuk Syed
Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Kereta
hasil cetusan ilham Iran, yang dicadangkan itu dijangka bercirikan
Islam seperti mempunyai kompas, petunjuk arah kiblat serta ruang
penyimpanan Al-Quran dan tudung.
"Iran mahu memanggilnya "kereta
Islam," kata beliau kepada Bernama di luar acara majlis makan malam
anjuran Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di sini malam tadi.
"Mereka
telah mengenal pasti dan mencadangkan tiga negara iaitu Iran, Malaysia
dan Turki. Kenapa ketiga-tiga negara ini? Saya rasa ini kerana mereka
negara pengeluar automotif," katanya.
Menurut Syed Zainal, cadangan kereta bercirikan Islam itu akan merupakan peluang yang baik untuk mereka yang terlibat.
"Kami akan mengenal pasti kereta yang kami boleh bangunkan itu dikeluarkan di Malaysia, Iran atau Turki," katanya.
"Kereta itu akan mempunyai semua ciri-ciri Islam dan untuk tujuan eksport," katanya.
Syed Zainal berkata dengan sokongan kerajaan, pengeluar kereta Islam akan mampu menerima jumlah tempahan yang besar.
"Bagi
Proton, kami gembira kerana kami mempunyai produk yang boleh dikongsi.
Bagi kami, cadangan berkenaan akan mempunyai kelebihan kerana ia dapat
membantu mengurangkan kos pembangunan dan mendorong peningkatan
pengeluaran serta menghasilkan ekonomi bidangan," katanya.
Bolehkah
agaknya kereta itu digelar kereta Islam atau berciri islam hanya
semata-mata punyai kompas, petunjuk kiblat, ruang simpanan quran dan
tudung? Lebih lucu jika kereta tersimpan tudung tetapi pemandu Islamnya
tidak memakai tudung, kereta saja Islam atau tuannya Islam?
Kereta berkompas kiblat tetapi pemandu tidak solat pun, hanya kereta sahaja yang Islam?
- komen dari zaharuddin rahman,kolumnis tempatan..