SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cara memikat lelaki, wanita Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cara memikat lelaki, wanita Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cara memikat lelaki, wanita

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Blanksforwhatever
JUNIOR
JUNIOR
Blanksforwhatever

location : malaysia
Points : 12822
Reputation : 0
Number of posts : 128

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime20/6/2007, 5:29 pm

Sikap, sifat jadi faktor penentu keserasian pasangan mencari cinta sejati

DARI mata turun ke hati, hendak bersama hingga ke mati. Dia memikat, hati terpikat, bersama sepakat, hingga akhir hayat.

Ini ayat `angau’, ayat buat pasangan yang sedang hangat bercinta, mulalah makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Pendek cerita, apabila hati sudah terpikat, jatuh cinta, hidup menjadi tidak keruan.

Banyak cara memikat, banyak sebab juga orang terpikat. Ketampanan dan kejelitaan selalunya menjadi faktor utama namun ramai juga yang mahukan lebih daripada `kecantikan luaran’.

Sikap, sifat menjadi taruhan, perwatakan dan personaliti semula jadi yang memikat. Ini yang dinamakan memikat secara tidak sengaja, bukan dirancang. Kalau si jejaka, selalunya perwatakan yang tenang, budiman, penampilan menarik, membuatkan si gadis terpikat, begitu juga sifat si gadis yang lemah lembut, sopan, boleh meruntun jiwa si jejaka.

Namun, soal hati tertawan ini perkara subjektif. Kalau jejaka A sukakan gadis yang lemah lembut, mungkin tidak bagi jejaka B. Gadis aktif, agresif menjadi pilihan. Begitu juga gadis. Ada yang sukakan lelaki yang sopan, budiman tetapi ada juga yang sukakan lelaki `nakal’, lelaki yang kuat mengusik dan `muka jahat’ (nakal).

Cara memikat juga berbeza. Ada yang agresif mendapatkan insan yang sudah menawan hati dan ada yang membiarkan takdir menentukan segalanya.

Tetapi, pelakon Mohd Rajoli Muhamad Zin atau lebih dikenali sebagai M Rajoli berkata, kalau sudah berkenan, kenalah `menggatal’ sikit.

Itu bahasa kasarnya, kata M Rajoli. Maksud beliau, apabila hati sudah tertarik, usaha perlu dilakukan, tidak boleh duduk diam dan berserah kepada takdir.

“Kalau duduk diam saja, tak akan dapat (menawan hati). Kita kenalah memikat bukan mengurat. Kita kena berusaha, bertanya, berkenalan, tanya latar belakang, mengenali dan mendekati si dia dengan lebih rapat.

“Tetapi, apa pun yang kita lakukan, jangan melanggar syarat dan batasan,” katanya.

Perlu memikat bukan mengurat? Apa bezanya dua perkara ini sedangkan tujuannya sama iaitu memenangi hati seseorang? Apa pula beza memikat dan menggoda?

Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dilaporkan berkata satu persamaan pikat dan goda adalah kesan tindakannya yang merasuk hati orang yang terpikat dan tergoda.

Kebiasaannya seseorang terpikat pada sesuatu yang cantik, menarik, merdu dan indah. Tidak kiralah terpikat pada orang, binatang atau benda, apabila sudah terpikat, biasanya sering terbayang-bayang, seterusnya keinginan untuk memilikinya semakin kuat.

kata pensyarah itu lagi, kata `goda' dianggap sebagai satu usaha yang tidak kenal malu. Berbeza dengan kata `pikat' apabila yang dipikat tidak terpikat, maka seseorang itu akan mengalah dan cuba menerima hakikat.

Apabila seseorang itu `menggoda' biasanya mereka sudah tidak malu untuk menggunakan cara atau kaedah yang tidak wajar. Kadang-kadang harga diri pula yang tergadai. Matlamat hanya satu dapat memiliki apa yang digoda.

Oleh itu, apabila seorang gadis dikatakan pandai memikat, dia masih dianggap baik berbanding seorang gadis yang pandai menggoda sekali gus seolah-olah membayangkan sesuatu yang wajar untuk lelaki terpikat dengan gadis berbanding tergoda.

Suka atau tidak, lumrah menerima hakikat memikat bertujuan memenangi hati dengan niat untuk bersatu sebagai suami isteri tetapi menggoda dan mengurat, tidak menjurus kepada perkahwinan, hanya untuk suka-suka mengisi masa.

Apapun, ujian peringkat pertama memikat, menggoda atau mengurat tetap sama. Apa yang boleh membuatkan kehadiran anda disedari gadis atau jejaka? Apakah ciri yang boleh membuatkan si dia jatuh hati?

Apakah ciri dan faktor yang membuatkan kehadiran M Rajoli disedari Wan Chik Othman (dulu dikenali sebagai Wan Chik Daud) isteri keduanya? Apakah keistimewaan Irwansyah yang membuatkan Acha Septriasa membuka hatinya untuk bercinta pada usia muda remaja? Apakah ciri lelaki yang boleh menggetarkan jantung juara Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim?

Untuk anda, kami paparkan impian dan ketetapan mereka, semoga ia boleh menjadi pengajaran buat mereka yang masih tercari-cari pasangan.


Oleh Salina Abdullah (BH ikon)
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12549
Reputation : 9
Number of posts : 3111

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime27/11/2008, 10:25 am

uina cara memikat pun ada ba ni hee.. bagi yang belum berumah tangga ni ngam lah hee klu dah ada nahas juga kita .. heee
apapun than for the tips
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
bAbY('_')
MODERATOR
bAbY('_')

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : kk-sdk-
Tag ID: : SFC 02704
Points : 12229
Reputation : 0
Number of posts : 1867

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime27/11/2008, 10:29 am

Suspect bule pakai jua ne..p jan pkai pla mo berpoligami..ekekekek.. pale bit
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12549
Reputation : 9
Number of posts : 3111

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime27/11/2008, 10:31 am

hee .. tulah tapi kluo tambah 1,2 dan 3 bole pakai ni hee tapi klu untuk lelaki mo kena sorok -sorok lah dari si bini wakakaka Suspect
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 39
location : kk bah....
Points : 12098
Reputation : 0
Number of posts : 967

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime1/12/2008, 5:59 pm

BAGUS NIEHHHHHH HEHEHEHEHEHE MANA TAU ADA REZEKI SA DAPAT AWEK WUAKAKAKA LAMA DAH MEMBUJANG NIEH HAHAHAHAHAHAHAAAAAAAAA Very Happy
Back to top Go down
zhariffz
ELITE
ELITE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 04040
Points : 12801
Reputation : 7
Number of posts : 3450

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime5/12/2008, 7:16 am

ni yang bez ni,brula sy fhm skrg, bleh tmbh pgetahuan dan khebatan ni......hehe
Back to top Go down
M!$z D3v!L
MODERATOR
M!$z D3v!L

Female
Countries/State : Johor
Age : 36
location : kay kay
Tag ID: : SFC 04114
Points : 12379
Reputation : 1
Number of posts : 1451

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime12/12/2008, 1:55 pm

bg jejaka2 jangan berpoligami uda la....hihihi
Back to top Go down
http://www.friendster.com/izoneny
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12456
Reputation : 4
Number of posts : 1858

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime15/12/2008, 2:02 pm

bAbY('_') wrote:
Suspect bule pakai jua ne..p jan pkai pla mo berpoligami..ekekekek.. pale bit

bgus pa poligami....meramaikan sedara mara gitu,,,huahua
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17614
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime4/2/2009, 11:10 pm

betul2... berpoligami ni utk mengeratkn silaturahim...

tp ada jga y salah tafsir....
Islam membenarkn poligami, bukan mengalakkn poligami....
Back to top Go down
HAIRIE
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : N. Sembilan
Age : 42
location : SBN
Points : 11343
Reputation : 1
Number of posts : 305

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime9/9/2010, 1:22 am

ini ada salah satu teknik memikat >> http://lelakighairah.com/pheromone/pheromones.html
Back to top Go down
http://lelakighairah.com
HAIRIE
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : N. Sembilan
Age : 42
location : SBN
Points : 11343
Reputation : 1
Number of posts : 305

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime11/9/2010, 10:45 am

saya ada satu lagi cara yang paling berkesan ..
cuba guna produk yang berasaskan pheromone >>
cthnya :
mystique swiss >> http://lelakighairah.com/mystique/
pherolins >> http://lelakighairah.com/pherolins/index.html

selamat mencuba...!!! Laughing
Back to top Go down
http://lelakighairah.com
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12554
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime11/9/2010, 8:47 pm

HAIRIE wrote:
ini ada salah satu teknik memikat >> http://lelakighairah.com/pheromone/pheromones.html

uhuhuhuhu,)ini cara lain suda ni,)yg bujangggg2 paya guna cara ani tau.....
Back to top Go down
HAIRIE
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : N. Sembilan
Age : 42
location : SBN
Points : 11343
Reputation : 1
Number of posts : 305

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime12/9/2010, 7:43 am

boleh bah....yang bujang le kena pakai....yang mana susah dpt jodoh tue...cuba dulu..hehehehe
Back to top Go down
http://lelakighairah.com
keba
ELITE
ELITE
keba

Male
Countries/State : Kelantan
Age : 35
location : Kemaman - Kota Bharu
Website : contact 01119778382
Tag ID: : SFC08063
Points : 15297
Reputation : 69
Number of posts : 3981

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime14/11/2010, 6:33 am

mjadi juga ni..baru je bli smlm..ha3 kantoi
Back to top Go down
HAIRIE
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : N. Sembilan
Age : 42
location : SBN
Points : 11343
Reputation : 1
Number of posts : 305

Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime14/11/2010, 5:07 pm

ok la tu..nnt nak beli pm me ;Wink))

hehehehe
Back to top Go down
http://lelakighairah.com
Sponsored content




Cara memikat lelaki, wanita Empty
PostSubject: Re: Cara memikat lelaki, wanita   Cara memikat lelaki, wanita Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cara memikat lelaki, wanita

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: