MAT ROCK juga dipanggil Mat Rockers atau Mat Raawwwkk (sebut dengan penuh perasaaan)
SIAPA DIA Seorang peminat lagu, budaya dan gaya rock.
GAYA mat Rock dulu suka berambut panjang kerinting menggerutu, berseluar jeans ketat tersendat dan kemeja-t hitam. Kacamata Rayban hitam mesti ada. Sekarang Mat Rock sudah berubah. Seluar jeans dan kemeja-t kini tdak begitu ketat atau obit sangat. Prinsip Hidup, 5 M... Minah, Marlboro, Motor, Metal dan Maintain.
MAT SMART Juga dipanggil Semat Mamat
SIAPA DIA Seorang yang pakaiannya sentiasa kemas dan rapi.
GAYA Berkemeja dan seluar tempah. Semua pakaian mesti digosok dahulu. Tidak kira kemeja-t ke, polo ke, seluar jeans ke, singlet dalam ke... apa saja. Baju pula mesti kemas deselok dalam seluar dengan rapi. Kasut mesti kilat atau bersih. Rambut pula disapu Brylcream supaya ianya rapi dan bersinar.
MAT BUNGA juga dipanggil adik-adik.
SIAPA DIA Seorang suka merajuk, tak ubah macam perempuan.
GAYA Walaupun dipanggil Mat Bunga, mereka tidak berpakaian berbunga-bunga atau mempunyai rambut/jambul yang berbunga. Tapi oleh kerana tak boleh guris sikit pun, ramai diantara Mat Bunga telah disarankan oleh Mat-Mat lain untuk "pakai skirt" (lebih baik jadi perempuan).
MAT JIWANG juga dipanggil MAt Jiwa-Jiwa, Mat Jiwangz
SIAPA DIA Asyik nak "feeling love" saja.
GAYA Mat Jiwangz tidak mempunyai gaya tersendiri, tapi ramai diantara mereka yang mempunyai satu aksessori penting, iaitu gitar, supaya dapat mereka mendendangkan lagu-lagu cinta untuk buah hati mereka..
MAT KENTAL juga dipanggil Kentalan
SIAPA DIA Seorang yg berpakaian, gaya, tatacara dan cara perbualan lain dari orang Melayu biasa.
GAYA Semuanya tak kena. Dari pakaiannya yang obit (umpamanya baju kemeja kuning cair dan seluar ungu gelap), cara perbualannya, cara pemikirannya. Senang cakap asalkan seseorang itu mempunyai ciri2 yang serupa seperti kartun Mr Kiasu, Mat Kental lah tu.
MAT TAPERED juga dipanggil Mat Typical
SIAPA DIA Mempunyai citarasa fesyen yg unik.
GAYA Trend anak muda masa kini dimana pakaian mereka satu saiz lebih kecil, terutama sekali seluar yg dipotong supaya ianya ketat melekat dari peha ke betis, tak ubah macam seluar jenis "tights" yang dipakai nyonya2 ke pasar.
MAT SEMPOI juga dipanggil Mat Serembeh
SIAPA DIA Mula digunakan untuk orang yang berpakaian terlalu kasual.
GAYA Tidak terlalu menghiraukan fesyen dan etika apabila berpakaian. Mat Sempoi selalunya memakai apa sahaja yag selesa. Tak kiralah kalau kemeja-t itu dah lusuh atau seluar terlalu longgar. Janji rileks.
MAT-MAT LOBANG Juga dipanggil abang-abang lobang
SIAPA DIA Seseorang yang berumur masih muda tapi gaya dan tuturcaranya mengalahkan orang yang umurnya jauh lebih tua dan suka memperkecilkan seseorang dengan mengatakan yang seseorang itu berperangai seperti budak2 , meskipun beliau sendiri masih muda.
GAYA Pakaian macam abang2. Perbualannya pula mesti nak serius sahaja.
MAT KAHWIN-KAHWIN juga dipanggil bujang trang tang tang
SIAPA DIA Seseorang yang tak sabar atau beriya2 nak kahwin.
GAYA Orangnya biasa, cuma asal buka mulut, topik mesti pasal kahwin. Asal jumpa perempuan, nak tengok kalau ada cincin tunang/kahwin. Kalau takde cincin, mesti nak dijadikan matair. Lepas dua bulan, dah nak hantar orang masuk minang. Besar kemungkinan tiap gadis cun mesti dia try pikat