SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rakyat telah memilih ABU... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rakyat telah memilih ABU... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Rakyat telah memilih ABU...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12544
Reputation : 0
Number of posts : 2311

Rakyat telah memilih ABU... Empty
PostSubject: Rakyat telah memilih ABU...   Rakyat telah memilih ABU... Icon_minitime15/3/2008, 7:06 pm

Rakyat telah memilih ABU

Friday, 14 March 2008

Mereka
tidak mahu diri mereka dilihat - ini Melayu, ini Cina, ini India atau
ini Bumiputera. Mereka mahu dilihat dan ditakrif bahawa mereka adalah
warga Malaysia yang setaraf.


DARI JELEBU
Hishamuddin Rais

Rakyat Malaysia dalam pilihan raya ke 12 telah memilih ABU – Asalkan Bukan Umno/Anyone But Umno.

Ada masalah ke? Apa masalahnya?

Apa
masalah DAP menubuhkan pentadbiran baru di Pulau Pinang? Apa hal jadi
kalut apabila PKR akan menubuhkan kerajaan baru di Selangor? Apa halnya
bila DAP mendapat undi terbanyak di Perak dan menubuhkan pentadbiran
baru? Kedah dan Kelantan di bawah PAS ada problem? Apa problemnya?

Ada masalah ke apabila PKR akan mentadbirkan Wilayah Persekutuan/Kuala Lumpur?

Soalan-soalan
saya ini timbul kerana saya terus membaca di akhbar-akbar lekeh arus
perdana yang memaparkan berita yang cuba menimbulkan agenda perkauman
Melayu. Saya juga menerima tek pesanan ringkas yang cuba mengapi-apikan
sentimen Melayu untuk menimbulkan perasaan anti-bukan Melayu kerana
rakyat telah memilih ABU.

Mari kita lihat bagaimana sebuah
akhbar Melayu arus perdana yang lekeh lagi melekehkan. Lihat bagaimana
akhbar ini menguruskan sentimen anti-bukan Melayu. Apabila rakyat
memilih Abu kelihatan akhbar ini di laman rencana dan di ruangan surat
pembaca telah cuba menerangkan kepada pemilih ABU bahawa kini ‘ ketuaan
Melayu telah hilang!”

Ha ha ha … surat khabar corot ini masih
lagi memainkan keset lama tentang ketuanan Melayu. Saya telah jelak ,
mual dan hendak muntah membaca dan mendengar agenda ketuanan Melayu.
United Malay National Organistions ini cuba disamakan sebagai Melayu.
Tolong sikit beeb… bukan semua Melayu berpayung di bawah agenda
ketuanan Melayu. United Malay National Organisations mengakui ada
hampir 2 juta ahli. Woit! Dalam negara ini ada berapa juta lagi orang
Melayu?

Tidak semua Melayu di Malaysia ini bersetuju dengan
konsep ketuanan Melayu. Tidak semua Melayu akan menyahut seruan
ketuanan Melayu. Tidak semua Cina mahu bertuankan ketuanan Cina. Dan
tidak semua India mahu bertuankan ketuanan India. Dan tidak semua
Punjabi mahu bertuankan ketuanan Benggali.

Mereka yang telah
memilih ABU kerana mereka mahu bertuankan keadilan, ketelusan,
kebenaran dan kesaksamaan derajat. Mereka telah muak dengan agenda
pecah dan perintah. Mereka tidak mahu diri mereka dilihat - ini Melayu,
ini Cina, ini India atau ini Bumiputera. Mereka mahu dilihat dan
ditakrif bahawa mereka adalah warga Malaysia yang setaraf. ( Kenapa
berat dan ngok sangat kepala untuk memahami bahawa agenda ketuanan
Melayu ini telah lama bungkus dan telah di humbankan ke dalam tong
sampah sejarah.)

Apa salahnya anak muda itu di terima masuk ke
fakulti perubatan walhal kelulusan anak muda ini cukup cemerlang. Anak
muda ini di tolak hanya kerana dia Cina dan tidak termasuk dalam agenda
ketuanan Melayu. Ini perbuatan gila. Orang sakit di Malaysia ini kalau
dia sakit dia tidak mengira bangsa apa, agama apa atau dari parti apa
doktor yang mengubati.

Kenapa kontrak buat bangunan sekolah itu
di berikan kepada si Polan ini? Dalam masa enam bulan sesudah siap
sekolah ini runtuh rahai? Jawabnya si Polan ini di beri kontrak kerana
dia Melayu dan ini agenda ketuanan Melayu. Ini kerja gila. Pengundi ABU
mahukan yang terbaik bukan yang TERMELAYU.

Kenapa Naib Canselor
di universiti-universiti semuanya Melayu walhal kebanyakan dari mereka
benak, tidak berilmu, bebal dan tidak ada mengeluarkan tulisan-tulisan
ilmiah. Jawabnya Naib-naib Canselor ini dilantik hanya kerana mereka
Melayu dan ini agenda ketuanan Melayu. Ini kerja gila, kerja orang
bodoh. Dunia akademia bukan mahukan Melayu. Dunia akademia mahukan
mereka yang bijak , berilmu dan bukan berMelayu. Ilmu datang bukan
kerana dia Melayu tetapi kerana insan profesor itu berilmu dan ada
keupayaan untuk berfikir, menulis dan berhujah secara ilmiah. Kaki
bodek tidak termasuk dalam Cv dan biodata untuk menjadi profesor di
universiti.

Dalam ruangan pembaca di media yang sama saya juga
terbaca tentang ‘ survival Melayu’. Mula-mula saya ingatkan ini program
TV yang bernama “ survival’ rupa-rupanya bukan. Survival yang di
perkatakan oleh akhbar lekeh ini ialah survival Melayu.

Haha
haha.. lawak betul akhbar ini. United National Malay Organisations
bukan oksigen beeb. Tolong lah beeb... Manusia Melayu telah wujud
ribuan tahun tanpa United Malay National Organisations. Pertubuhan ini
pula baru muncul pada tahun 1946, ini pun kerana perancangan British
yang sedang nazak dipukul oleh perjuangan rakyat Malaya yang mengangkat
senjata.

Saya tidak tahu bagaimana dan apa pertalian United
Malay National Organisations dengan kunun apa yang di panggil
‘survival’ Melayu. Tapi saya tahu apa yang tidak akan ‘survive’ dan
pupus nanti. Yang akan pupus ialah ‘contract junkies’. Yang akan pupus
nanti ialah Mat Subcon. Yang akan pupus nanti ialah mereka yang tidak
berkelayakan untuk masuk universiti pasti tidak akan dapat masuk
universiti. Tolong lah beeb...jangan samakan makhluk-makhluk ini dengan
300 juta susuk-susuk yang dipanggil Melayu di Nusantara.

Selepas
– ‘survival Melayu ‘ muncul pula apa yang kunun dipanggil agenda
perpaduan Melayu. Satu lagi lawak tengit. Apa barang yang di panggil
perpaduan Melayu ini? Benda ini ada di jual di Maidin ke? Ada di jual
di Chow Kit ke? Berapa harga sekilo?

Perpaduan Melayu untuk apa?

Susuk
Melayu tidak pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai dunia kiamat
pun TIDAK akan bersatu. Susuk Cina tidak pernah bersatu, tidak akan
bersatu dan sampai kiamat pun tidak akan bersatu. Susuk Arab tidak
pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai kiamat pun Tok-tok Arab
ini tidak akan bersatu.

Jangan mimpi dan jangan berkhayal
tentang perpaduan Melayu. Benda ini tidak pernah wujud. Dalam sejarah
perjalanan tamadun manusia, dari semenjak manusia keluar dari gua-gua
batu di Kenya Afrika susuk yang di panggil manusia ini telah
terpencar-pencar dan tidak pernah bersatu.

Menggunakan satu
bahasa ibunda juga tidak akan menjanjikan perpaduan. Buktinya negara
Arab yang semuanya bercakap Arab. Mereka tidak pernah bersatu. Satu
warna kulit tidak juga menjanjikan perpaduan. Buktinya benua Afrika –
mereka semuanya berkulit hitam. Satu asal usul budaya dan bahasa yang
sama juga tidak menjanjikan perpaduan. Buktinya Cina dan Taiwan. Satu
agama dan satu konsep tuhan pun tidak akan menjamin perpaduan. Buktinya
Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Pakistan Timur kini menjadi
Bangladesh.

Manusia bukan batu bata yang boleh disusun mengikut rasa. Manusia mempunyai akliah.

Mengapi-apikan
rasa benci antara kaum dan bangsa ini adalah jenis politik bankrap. Ini
jenis politik orang kalah. Jenis politik inilah yang telah di tolak
oleh ABU. Mengajukan kebencian terhadap sesama manusia bukan sifat
insan yang berilmu, berfikiran dan bertamadun.

Menakut-nakutkan
orang Melayu bahawa mereka akan hilang Dasar Ekonomi Baru adalah cerita
hantu lama. Cerita hantu ini telah menjadi tidak seram lagi.
Menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang hak
keistimewaan samalah seperti George Bush sedang cuba menakut-nakutkan
rakyat dunia tentang ‘keganasan Islam’. Orang Melayu tidak akan ambil
pot. Rakyat dunia tidak akan ambil pot.

Untuk sementara waktu
ada susuk Melayu akan termakan racun bergula dari akhbar-akhbar lekeh
lagi melekehkan. Ini samalah seperti ada sebahagian rakyat dunia yang
termakan propaganda Bush tentang cerita seram ‘ kejahatan Islam’.

Sebenarnya
di belakang agenda menakut-nakutkan Melayu ini ialah para cukong, para
contract junkies, para Ali dan Baba, para Mat Subcon, para lanun dan
penyamun, para perasuah dan pengguna C4, para komisen agen, para broker
projek – mereka inilah yang sedang dalam ketakutan kerana rakyat telah
memilih ABU – Asalkan Bukan Umno/Anyone But Umno.


>>>> Di petik dari Malaysia Today.
Back to top Go down
 

Rakyat telah memilih ABU...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: