|
Author | Message |
---|
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: FAKTA KEHIDUPAN KITA 19/6/2008, 10:02 am | |
| 1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya.. |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 19/6/2008, 10:05 am | |
| memang info yg berguna untuk semua.. sila baca semua untuk mendapatkan ilmu c anip ni.. memang aku kagum dengan ilmu merapuh dia ... hu hu hu |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12407 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 19/6/2008, 10:07 am | |
| hahahahahaa, tkena aku ole ko nie... jahanammmmmmmmm... |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 19/6/2008, 2:29 pm | |
| - aLFFiaN wrote:
- memang info yg berguna untuk semua.. sila baca semua untuk mendapatkan ilmu c anip ni.. memang aku kagum dengan ilmu merapuh dia ... hu hu hu
HAHAHAHA THANKS TAIKO SAYA AKAN UPDATE FAKTA2 YG BERGUNA UTK KITA SEMUA......SMILE OWEZ |
|
| |
mojomoo REGULAR
Countries/State : Age : 86 location : 神奈川県, JP Points : 12300 Reputation : 0 Number of posts : 279
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 19/6/2008, 3:08 pm | |
| muehehe..lawala..glaa eh dr mnala ko dpt ni fakta2 yg berguna nh nip..sumuanya berguna/meriah/mesra pengunaa..muehehehe.. |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12594 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 19/6/2008, 3:32 pm | |
| Fakta2 ni memang aku akui kesahihan hampehnya.. |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 19/6/2008, 8:48 pm | |
| INFO TERBARU................. Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:- 1) Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. 2) Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. 3) Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. 4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha. 5) Tidur tanpa Bantal Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. 6) Tidak punya bantal Kasihan betul… pergi kedai belilah satu!! |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12373 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 20/6/2008, 11:13 am | |
| semua nya info yg sgt berguna.... |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12622 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 20/6/2008, 1:24 pm | |
| anip2....... ada2 ja ko ni.... |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 21/6/2008, 1:59 am | |
| HAHHHHHHHHHHH.......................INILAH PEPATAH MELAYU MASA KINI 2008 1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak t*** ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke... |
|
| |
fizul03 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : ~Sandakan~KK~UMS Points : 12093 Reputation : 0 Number of posts : 320
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 21/6/2008, 8:10 am | |
| ui na buss..byk ilmu mu ni...mau berguru laa aku sama ko ni!!! |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 21/6/2008, 3:40 pm | |
| JAN RISAU BOS.......FAKTA2 TERSEBUT MEMPUNYAI SENTIASA TENTANG KEHIDUPAN KITA.............SAYA AKAN UPDATE SENTIASA....DR MASA KE SEMASA DALAM RUANGAN INI SAYA HARAP IANYA MENJADI TIPS ATAU LANGKAH KITA DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN JANGAN LEPASKAN FAKTA KERANA MUNGKIN ANDA DISELUBUNGI OLEH MISTERIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.....................WOA~ |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 24/6/2008, 6:21 pm | |
| Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan ‘pantang’ bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung! Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan??? Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada. Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk ‘boost up’ coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!! Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya. Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) : Langkah 1 : Off atau matikan hp anda. Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda. Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda. Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod ‘ID. 10T’ tertera pada skrin hp anda. Sekiranya kod ‘ID. 10T’ tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi! *Sila ambil perhatian; Sekiranya kod ‘ID.10T’ tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut. Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 26/6/2008, 9:29 am | |
| 1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'b*b* queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir) |
|
| |
lentugi CONTRIBUTOR
Age : 37 location : RuNNow ~ Penampang Sabah Points : 12427 Reputation : 0 Number of posts : 1755
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 26/6/2008, 9:35 am | |
| hehehe.......fakta yg berguna TQTQ... |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 28/6/2008, 2:24 am | |
| MARI BERPANTUN Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .
Kalau ada sumur di ladang Bolehlah hamba menumpang mandi Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kesian betul dengan kau ni Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah Pakai langsir berwarna biru Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pagi siram pokok bunga Haloo nyonya, mau tanya sikit Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Kalau padi tu belumlah masak Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Limau purut masak di dahan Batang selasih condong uratnya Limau purut tak boleh makan Nanti sakit perut apa ubatnya.
Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan Buah keranji dalam perahu Tolonglah jangan makan buah keranji tu Nanti badan kau orang berbau.
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda Ana banyak takut jalan tutup mata Memanglah takut kalau jalan tutup mata Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit jerit Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju Sampai pokok sena Woii, jangan buai laju-laju Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Cucur atap tak sedap Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap |
|
| |
dan88 REGULAR
Age : 36 location : Ranau-kk Points : 12170 Reputation : 0 Number of posts : 398
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 30/6/2008, 1:37 am | |
| ada2 ja ko ne....up lg2...... |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12622 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 30/6/2008, 2:17 pm | |
| merapuh tu anip ni....budak2 pun tahu ba tu |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 1/7/2008, 8:23 am | |
| Sejarah yang tidak tertulis dunia FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikaji selidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat di pinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera di dalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina binti Abdullah.
FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kaji selidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat di rumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.
FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.
FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.
FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.
FAKTA 6: Karam Singh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...kui...kui...kono...kono..
| |
|
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 1/7/2008, 8:26 am | |
| - dan88 wrote:
- ada2 ja ko ne....up lg2......
HAHAHAHA OK BRO saya SENTIASA UPDATE RUANGAN INI UTK KITA JADIKAN PANDUAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN................. THANKS 4 SUPPORT |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12100 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 2/12/2008, 11:40 am | |
| wah lama tak melihat ruangan nie hehehehe anyway tunggu kemunculan fakta2 baru pelik tapi benar...................................zassssssssssssssssssss |
|
| |
iemori69 MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KaYkAy CiTy Tag ID: : SFC 03059 Points : 13470 Reputation : 12 Number of posts : 4507
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA 29/12/2008, 2:51 pm | |
| ya ya ya ya~ add lagi fakta² hebat ko tu bro ekekeke~ |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: FAKTA KEHIDUPAN KITA | |
| |
|
| |
|