SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
F1 HISTORY AND FAQ Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
F1 HISTORY AND FAQ Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 F1 HISTORY AND FAQ

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 15167
Reputation : 9
Number of posts : 5398

F1 HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: F1 HISTORY AND FAQ   F1 HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:50 am

Formula Satu, atau F1, atau juga dikenali sebagai perlumbaan Grand Prix, adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah. Ia mengandungi siri-siri perlumbaan yang dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi menentukan dua pemenang tahunan : pemandu dan pembina kereta.
Kereta F1 berlumba pada kelajuan yang selalunya melebihi 320 kilometer
sejam atau 200 batu sejam. Kereta F1 perlu memenuhi beberapa
spesifikasi yang dicipta bagi menyekat tahap kelajuan maksimum demi
keselamata. Pada 2006 dengan peraturan baru, enjin kereta F1 telah di
kurang ke enjin V8 normally-aspirated dengan sesaran 2.4 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 750 bhp pada hampir 20,000 rpm. Peraturan-peraturan perlumabaan F1 memberikan penekanan khas pada eletronik, aerodinamik, sistem gantungan dan tayar.
Perlumbaan F1 telah melalui banyak evolusi dan perubahan melalui
sejarah persukanan ini : dari enjin beraspirasi biasa 4-sejajar ke
enjin V12 supercaj, seseran dari 1.6 ke 4.5 liter dan kuasa maksimum mencecah 1200 bhp dalam sejarah siri F1 di era turbo.
Eropah
merupakan pusat tradisi F1 dan masih lagi menerajui market F1, namun
begitu, Gran Prix diadakan di seluruh dunia, dan dengan perlumbaan di Bahrain, China, Malaysia dan Turki, ianya terus berkembang. Sebagai sukan
termahal dunia, kesan ekonominya adalah nyata sekali, dan kewangannya
dan pertarungan politik secara luas diperhatikan. Profailnya yang
tinggi dan populariti membuatkan ia alam barang niaga yang ketara
dimana memandu ke pelaburan tinggi dari tajaan terjemahkannya ke dalam
belanjawan kewangan yang tersangat tinggi untuk pasukan konstruktor, bagaimanapun, pada tahun kebelakangan beberapa pasukan telah gulung tikar seperti Prost Peugeout dan Arrows.
Sukan ini dikawal oleh Fédération Internationale de l'Automobile, dengan ibu pejabatnya di Place de la Concorde, Paris. Presidennya yang kini ialah Max Mosley, dan secara amnya dinaikkan pangkat dan dikawal oleh pemegang hak komersial rasmi Bernie Ecclestone melalui pelbagai entiti korporat.



Senarai kandungan


[tutup]


  • 1 Sejarah

    • 1.1 Kembalinya perlumbaan (1950–1958)
    • 1.2 'Garagistes' (1959 - 1980)
    • 1.3 Perniagaan lumayan (1981–2000)
    • 1.4 Kembalinya para pembuat kereta (2000–2006)

  • 2 Grand Prix
  • 3 Nota dan rujukan
  • 4 Pautan luar
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 15167
Reputation : 9
Number of posts : 5398

F1 HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: F1 HISTORY AND FAQ   F1 HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:51 am

Sejarah


Siri F1 berasaskan lumba kereta Grand Prix Eropah pada tahun 1920-an
dan 1930-an. "Formula" tersebut ialah satu set peraturan yang perlu
dipatuhi kesemua peserta. F1 merupakan formula baru yang dipersetujui
setelah Perang Dunia Kedua pada tahun 1946,
iaitu tahun ketika perlumbaan bukan kejohanan dilangsungkan. Sebilangan
pertubuhan perlumbaan Grand Prix telah merangka peraturan bagi satu
Kejohanan Dunia sebelum perang, namun akibat penggantungan acara lumba
ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947.
Perlumbaan kejohanan dunia pertama diadakan di Silverstone, United Kingdom pada tahun 1950. Satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958. Kejohanan negara wujud di Afrika Selatan
dan UK pada 1960-an dan 1970-an. Perlumbaan F1 bukan kejohanan
dilangungkan selama beberapa tahun, namun oleh sebab kos penganjuran
yang makin tinggi, perlumbaan sedemikian yang terakhir diadakan pada 1983.
Gelaran sukan ini, Formula Satu, menandakan bahawa sukan ini
dihendakkan menjadi formula perlumbaan yang paling canggih dan
kompetitif.

[sunting] Kembalinya perlumbaan (1950–1958)

F1 HISTORY AND FAQ 225px-Alfa-Romeo-159-%281951%29F1 HISTORY AND FAQ Magnify-clip

Juan Manuel Fangio memandu Alfa Romeo 159 ini utnuk merangkul kejuaraan pada tahun 1951.




F1 HISTORY AND FAQ 225px-MossLotusClimax19610806F1 HISTORY AND FAQ Magnify-clip

Stirling Moss di Nürburgring pada tahun 1961.





Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai oleh Giuseppe Farina dari Itali dengan kereta Alfa Romeonya pada tahun 1950, dengan menang tipis atas rakan sepasukannya dari Argentina Juan Manuel Fangio. Namun begitu, Fangio merangkul gelaran juara pada musim-musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957, manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada thaun 1952 dan 1953. Meskipun Stirling Moss
dari UK mampu bertanding dengan kerap, beliau tidak pernah mampu
menjuarai Kejohanan Dunia, maka kini banyak dianggap sebagai pemandu
terhebat yang tidak pernah merangkul gelaran itu. Sementara itu, Fangio
dikenang kerana mendominasi dekad pertama F1 maka sekian lama dipandang
sebagai "grand master" F1.
Zaman ini didominasi oleh pasukan-pasukan yang dikendali oleh pembuat kereta jalanan - Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes Benz dan Maserati
- keempat-empatnya pernah bertanding sebelum tercetusnya perang.
Musim-musim terawal menyaksikan penggunaan kereta yang dibangunkan
sebelum zaman perang seperti Alfa Romeo 158.
Kereta-kereta ini berenjin di bahagian hadapan, dengan tayar berjejak
nipis dan enjin meruap 1.5 liter atau enjin beraspirasi biasa 4.5
liter. Kejohanan dunia 1952 dan 1953 diadili meenurut peraturan Formula Dua,
lalu menyaksikan kereta yang lebih kecil dan kurang kuasanya, atas
sebab kebimbangan mengenai bilangan kereta Formula Satu yang ada.
Apabila Formula Satu yang baru, demgan enjin-enjin yang terhad kepada
2.5 liter, dipulihkan dalam kejohanan dunia pada tahun 1954,
Mercedes-Benz memperkenalkan W196 yang canggih, yang bercirikan inovasi seperti injap desmodromik dan suntikan bahan api
serta juga pembuatan badan yang diperkemas dan terlitup. Mercedes
memenangi kejohanan pemandu selama dua tahun, sebelum menarik diri
daripada semua sukan bermotor akibat Bencana Le Mans 1955.

[sunting] 'Garagistes' (1959 - 1980)


Perkembangan teknologi utama yang pertama, pengenalan semula kereta berenjin tengah oleh Cooper's (mengikuti jejak pempeloporan Auto Union oleh Ferdinand Porsche pada 1930-an), yang berevolusi daripada rekaan Formula Tiga yang berjaya daripada syarikat tersebut, berlaku pada 1950-an. Jack Brabham dari Australia yang menjadi Juara Dunia pada musim-musim 1959, 1960 dan 1966, membuktikan kecanggihan rekabentuk baru tersebut. Menjelang musim 1961, kesemua pasukan yang bertanding beralih kepada kereta berenjin tengah.
Juara Dunia yang pertama dari United Kingdom World Champion ialah Mike Hawthorn, yang memandu kereta Ferrari untuk merangkul gelaran tersebut pada musim 1958. Bagaimanapun, apabila Colin Chapman menyertai F1 sebagai pereka rangka kereta dan kemudiannya pengasas Team Lotus, warna hijau kereta lumba British mula mendominasi pertandingan F1 bagi sedekad yang seterusnya. Antara Jim Clark, Jackie Stewart, John Surtees, Jack Brabham, Graham Hill, dan Denny Hulme, pasukan British dan pemandu dari negara Komanwel memenangi 12 kejohanan dunia antara 1962 dan 1973.
Pada musim 1962,
Lotus memperkenalkan sejenis kereta dengan rangka monokok helaian
aluminium sebagai ganti kepada rekaan bingkai ruangan yang biasa. Ini
terbukti sebagai kejayaan teknologi paling cemerlang sejak pengenalan
kereta berenjin tengah. Pada musim 1968, Lotus mengecat keretanya dengan warna seragam Imperial Tobacco, lalu mempelopori penajaan kepada sukan ini.
Daya turun (downforce) aerodinamik lambat-launnya makin
dipandang berat dalam rekabentuk kereta sejak munculnya aerofoil pada
akhir 1960-an. pada akhir 1970-an Lotus memperkenalkan aerodinamik
"kesan bumi" (ground effect) yang memeberi daya turun yang amat kuat dan banyak meningkatkan kelajuan membelok (meskipun konsep ini pernah digunakan oleh Chaparral 2J panduan Jim Hall
pada 1970-an). Oleh sebab daya aerodinamik aamt kuat sekali menekan
kereta pada permukaan landasan, ada sesetengah kereta yang menanggalkan
spring dalam suspensinya dan menggantikannya dengan ketulan aluminium
pejal untuk meminimumkan perubahan dalam ketinggian pemandu akibat
perubahan drastik dalam daya turun dari kelajuan rendah ke kelajuan
tinggi, inipun bergantung segalanya kepada tayar bagi mana-mana amaun
kecil perlindungan dalam kereta dan pemandu dari apa-apa kelaurbiasaan
dalam permukaan jalan.[petikan diperlukan]
Pengasasan Fédération Internationale du Sport Automobile (FISA) pada tahun 1979 mencetuskan perang FISA-FOCA, apabila FISA dan presidennya Jean-Marie Balestre kerap berselisih dengan Persatuan Pembina Kereta Formula Satu mengenai keuntungan siaran televisyen dan peraturan teknikal.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 15167
Reputation : 9
Number of posts : 5398

F1 HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: F1 HISTORY AND FAQ   F1 HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:52 am

Perniagaan lumayan (1981–2000)


Tahun 1981 menyaksikan penandatanganan Persetujuan Concorde
yang pertama, satu kontrak yang mewajibkan semua pasukan untuk
bertanding sehingga tarikh luput kontrak itu dan dijaminkan sebahagian
daripada untung penjualan hak-hak penyiaran televisyen, maka
terlerailah Perang FISA-FOCA lalu membawa kepada kawalan kewangan
menyeluruh terhadap sukan ini oleh Bernie Ecclestone, itupun setelah banyak melalui rundingan.
FIA mengharamkan aplikasi areodinamik kesan bumi mulai musim 1983. Meskipun begitu, pada masa itu enjin berkuasa turbo yang dipelopori Renault pada musim 1977, menghasilkan lebih 700 bhp (520 kW) dan dijadikan penting untuk daya saing. Pada tahun-tahun kemudian, terutamanya musim 1986,
kereta turbo Formula One turbo menghasilkan lebih 1,100 bhp (820 kW)
pada hari perlumbaan (dan sebanyak 1,400 bhp / 1050 kW pada pusingan
kelayakan). Kereta-kereta ini menjadi kereta lumba litar beroda terbuka
(open-wheeled) paling berkuasa yang pernah wujud. Bagi
mengurangkan hasil keluaran kuasa enjin dan kelajuannya, FIA
mengehadkan muatan tangki minyak pada musim 1984 dan tekanan perangsang pada musim 1988 sebelum melarang penggunaan enjin berkuasa turbo sama sekali pada musim 1989.
Pada awal 1990-an, pasukan-pasukan mula memperkenalkan bantuan pemandu elektronik seperti ssupensi aktif (active suspension), kotak gear semi-automatik dan kawalan penarikan (traction control). Ada juga ciri-ciri yang dipinjam dari kereta jalanan terkini.[petikan diperlukan]
Sesetengah ciri-ciri baru itu, seperti suspensi aktif, dibangunkan
terutama untuk kereta lumba dan kemudiannya dipasang kepada kereta
jalanan. Akibat rungutan sesetengah pihak bahawa teknologi makin banyak
menentukan keputusan perlumbaan berbanding kemahiran pemandu, FIA
melarang kebanyakan bantuan baru tersebut bagi musim 1994.
Namun begitu, kebanyakan pemerhati sukan ini merasa bahawa larangan
terhadap bantuan pemandu setakat larangan atas nama semata-mata kerana
FIA tidak mempunyai teknologi atau kaedah menghapuskan ciri-ciri ini
dari pertandingan.
Pasukan-pasukan menandatangani Persetujuan Concorde yang kedua pada
tahun 1992 dan yang ketiga pada 1997, yang dijangka luput pada hari
terakhir tahun 2007.
Di atas landasan perlumbaan, pasukan McLaren dan Williams mendominasi musim-musim 1980-an dan 1990-an. McLaren yang pernah dibantu oleh Porsche, Honda,
dan Mercedes-Benz, memenangi 16 kejuaraan (tujuh untuk pembina,
sembilan utnuk pemandu) selama tempoh itu, manakala Williams memakai
enjin sumbangan Ford, Honda, dan Renault untuk juga mencapai 16 gelaran (sembilan untuk pembina, tujuh untuk pemandu). Persaingan antara lagenda perlumbaan Ayrton Senna dan Alain Prost benjdai tumpuan utama F1 pada musim 1988, dan berterusan sehinggalah Prost bersara pada akhir musim 1993. Malangnya, Senna yang mengambil alih penerajuan Prost pada musim 1994 itu kehilangan nyawa di San Marino
setelah melanggar tembok pada sudut keluar pada lengkok Tamburello yang
bahaya itu. Turut terkorban di tempat dan masa yang sama ialah Roland Ratzenberger
yang turut terkorban dalam kemalangan ketika pusingan kelayakan hari
sabtu. Sejak insiden itu, FIA bekerja keras untuk meningkatkan piawaian
keselamatan sukan ini. Maka, sejak itu tiada seorang pun pemandu yang
terkorban di atas landasan dalam kereta F1, meskipun dua orang marsyal
landasan pernah diragut, seorang pada Grand Prix Itali 2000, dan seorang lagi pada Grand Prix Australia 2001.
Sejak kematian Senna dan Ratzenberger, FIA telah mengetengahkan
keselamatan sebagai sebab mengenakan perubahan dalam peraturan yang
sebaliknya, di bawah Persetujuan Concorde, perlu dipersetujui oleh
kesemua pasukan - terutamanya perubahan yang diperkenalkan bagi musim 1998.
Masa yang bergelar zaman 'trek sempit' ini menyaksikan kereta mempunyai
tayar belaakng yang lebih kecil, trek perlumbaan yang lebih sempit
keseluruhannya dan pengenalan tayar 'beralur' bagi emngurangkan
cengkaman mekanikal. Terdapat empat alur, pada bahagian hadapan dan
belakang, yang berfungsi melalui seluruh lilitan tayar. Tujuannya ialah
untuk mengurangkan kelajuan membelok dan untuk menghasilkan keadaan
perlumbaan yang serupa kerpada keadaan hujan dengan menguatkuasakan a
smaller tampalan sentuhan (contact patch) di antara tayar dan trek, bagi memupuk kemahiran pemandu dan meningkatkan mutu persembahannya.
Kesannya banyak bercampur-campur setelah ketiadaan cengkaman
mekanikal menyebabkan pereka-pereka yang lebih bijak menutup
kepincangan ini dengan cengkaman aerodinamik - menolakkan lebih daya
pada tayar melalui sayap, alatan aerodinamik dan sebagainya - yang
turut menyebabkan kurangnya pemotongan dalam perlumbaan kerana
alatan-alatan ini sering menyebabkan ekor kereta menjadi 'kotor' lalu
menghalang kereta lain daripada merapatinya, akibat pergantungannya
kepada udara 'bersih' untuk memastikan kereta masih di atas trek. Tayar
beralur ini juga ada kesan sampingan negatif iaitu mula-mulanya
dibentuk daripada bahan kompaun yang lebih keras bagi memegang
blok-blok pijakan alur, mengakibatkan kemalangan teruk jika berlakunya
kegagalan cengkaman aerodinamik, seperti kegagaan sayap belakang,
kerana bahan kompaun yang keras itu tidak boleh mencengkam trek dengan
sebaiknya.
Pasukan-pasukan yang lebih inovatif telah mencari ikhtiar untuk
memaksimumkan perubahan mendadak ini. McLaren, dengan kereta rekaan Adrian Newey,
menggunakan brek 'fiddle' pada kereta 1998-nya membolehkan pemandu
menekan brek pada salah satu daripada dua roda belakang keretanya untuk
memberi mereka pembelokan yang lebih keams. Ini pun telah diharamkan
sebagai bantuan pemandu.
Pemandu-pemandu McLaren, Williams, Renault (dahulunya Benetton) dan Ferrari, bergelar "the Big Four", telah menjuarai setiap Kejohanan Dunia dari musim 1984
hingga ke hari ini. Akibat kemajuan teknologi pada 1990-an, kos
bertanding dalam Formula Satu turut meningkat secara mendadak. Ini
telah menambahkan beban kewangan, dan beserta dengan dominasi dominasi
keempat-empat pasukan tersebut (yang banyak dibiayai oleh pembuat
kereta ternama seperti Mercedes-Benz),
menyebabkan pasukan persendirian yang tidak sekaya untuk bergelut bukan
sahaja untuk memastikan daya saing, malah juga untuk terus beroperasi.
Masalah kewangan banyak memaksa beberapa pasukan untuk menarik diri.
Sejak musim 1990, 28 pasukan telah mendarik diri daripada Formula Satu. Ini menyebabkan bekas pemilik Jordan, Eddie Jordan untuk menyatakan bahawa zaman persaingan adil sudah tamat.[2]
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 15167
Reputation : 9
Number of posts : 5398

F1 HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: F1 HISTORY AND FAQ   F1 HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:52 am

Kembalinya para pembuat kereta (2000–2006)

F1 HISTORY AND FAQ 200px-F1_yellow_flag_and_SC_signF1 HISTORY AND FAQ Magnify-clip

Papan tanda menyatakan bahawa kereta keselamatan (safety car, SC) sedang menjalankan tugas. Keselamatan amat dipandang berat dalam F1.





Tanpa disangka-sangka, Michael Schumacher dan Ferrari bersama-sama memenangi lima kejohanan pemandu dan enam kejohanan pembina kereta berturut-turut dari 1999 hingga 2004.
Schumacher telah banyak mencatat rekod baru, termasuk jumlah kemenangan
Grand Prix terbanyak (91), kemenangan terbanyak dalam semusim (13
daripada 18), dan kejohanan pemandu terbanyak (7).[3] Tuah Schumacher berakhir pada 25 September 2005 apabila pemandu Renault Fernando Alonso
menjadi juara Formula Satu termuda. Pada tahun 2005 dan 2006, Renault
dan Alonso merangkul kejuaraan pemandu dan pembina kereta selama dua
tahun berturut-turut. Juara Dunia tujuh kali Schumacher bersara pada
akhir musim 2006, setelah 16 tahun berkecimpung dalam Formula Satu.
Sepanjang tempoh ini peraturan kejohanan banyak menerima perubahan
oleh FIA yang bertujuan meningkatkan aksi atas trek dan menurunkan kos.[4] Arahan pasukan
yang dibenarkan sejak kejohanan bermula pada tahun 1950, diharamkan
pada tahun 2003 setelah berlakunya beberapa insiden yang mana
pasukan-pasukan memanipulasi keputusan perlumbaan secara terbuka, lalu
menarik publisiti negatif, terutamanya yang dilakukan oleh Ferrari
sewaktu Grand Prix Austria 2002.
Perubahan-perubahan lain termasuk format kelayakan, sistem pungutan
mata, peraturan teknikal yang menentukan berapa lama enjin dan tayar
hendak bertahan. Satu 'perang tayar' yang meletus antara
pembekal-pembekal Michelin dan Bridgestone menyaksikan kelajuan pusingan jatuh, meskipun ketika Grand Prix Amerika Syarikat 2005 di Indianapolis
hanya tiga daripada sepuluh pasukan berlumba setelah tayar Michelin
yang digunakan tujuh pasukan lain didapati tidak selamat digunakan.
Pada akhir musim 2006 Max Moseley
menggariskan masa depan yang lebih ‘mesra alam’ bagi Formula Satu, yang
mana penggunaan tenaga yang cekap dijadikan faktor penting.
Sejak tahun 1983, Formula Satu telah didominasi oleh pasukan lumba
pakar seperti Williams, McLaren dan Benetton yang menggunakan enjin
yang dibekal oleh pembuat kereta besar seperti Honda, Renault dan Ford.
Mulai tahun 2000 dengan penghasilan pasukan Jaguar oleh Ford yang gagal itu, pasukan milik pembuat kereta yang baru memasuki Formula Satu buat pertama kalinya sejak Alfa Romeo dan Renault pada tahun 1985. Pada tahun 2006, pasukan jenama kereta ternama – Renault, BMW, Toyota,
Honda dan Ferrari – mendominasi kejuaraan dengan merangkul lima
daripada enam tempat teratas dalam kejohanan pembina kereta. Satu
pasukan yang lain itu ialah McLaren yang saebahagiannya dimiliki oleh
Mercedes Benz. Melalui Persatuan Pembuat Kereta Grand Prix (Grand Prix Manufacturers Association,
GPMA) pasukan-pasukan tersebut melobi sebahagian untung komersil
Formula Satu yang lebih besar dan lebih hak untuk memebri pandangan
mengenai hal pengendalian sukan ini.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 15167
Reputation : 9
Number of posts : 5398

F1 HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: F1 HISTORY AND FAQ   F1 HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:53 am

Kembalinya para pembuat kereta (2000–2006)

F1 HISTORY AND FAQ 200px-F1_yellow_flag_and_SC_signF1 HISTORY AND FAQ Magnify-clip

Papan tanda menyatakan bahawa kereta keselamatan (safety car, SC) sedang menjalankan tugas. Keselamatan amat dipandang berat dalam F1.





Tanpa disangka-sangka, Michael Schumacher dan Ferrari bersama-sama memenangi lima kejohanan pemandu dan enam kejohanan pembina kereta berturut-turut dari 1999 hingga 2004.
Schumacher telah banyak mencatat rekod baru, termasuk jumlah kemenangan
Grand Prix terbanyak (91), kemenangan terbanyak dalam semusim (13
daripada 18), dan kejohanan pemandu terbanyak (7).[3] Tuah Schumacher berakhir pada 25 September 2005 apabila pemandu Renault Fernando Alonso
menjadi juara Formula Satu termuda. Pada tahun 2005 dan 2006, Renault
dan Alonso merangkul kejuaraan pemandu dan pembina kereta selama dua
tahun berturut-turut. Juara Dunia tujuh kali Schumacher bersara pada
akhir musim 2006, setelah 16 tahun berkecimpung dalam Formula Satu.
Sepanjang tempoh ini peraturan kejohanan banyak menerima perubahan
oleh FIA yang bertujuan meningkatkan aksi atas trek dan menurunkan kos.[4] Arahan pasukan
yang dibenarkan sejak kejohanan bermula pada tahun 1950, diharamkan
pada tahun 2003 setelah berlakunya beberapa insiden yang mana
pasukan-pasukan memanipulasi keputusan perlumbaan secara terbuka, lalu
menarik publisiti negatif, terutamanya yang dilakukan oleh Ferrari
sewaktu Grand Prix Austria 2002.
Perubahan-perubahan lain termasuk format kelayakan, sistem pungutan
mata, peraturan teknikal yang menentukan berapa lama enjin dan tayar
hendak bertahan. Satu 'perang tayar' yang meletus antara
pembekal-pembekal Michelin dan Bridgestone menyaksikan kelajuan pusingan jatuh, meskipun ketika Grand Prix Amerika Syarikat 2005 di Indianapolis
hanya tiga daripada sepuluh pasukan berlumba setelah tayar Michelin
yang digunakan tujuh pasukan lain didapati tidak selamat digunakan.
Pada akhir musim 2006 Max Moseley
menggariskan masa depan yang lebih ‘mesra alam’ bagi Formula Satu, yang
mana penggunaan tenaga yang cekap dijadikan faktor penting.
Sejak tahun 1983, Formula Satu telah didominasi oleh pasukan lumba
pakar seperti Williams, McLaren dan Benetton yang menggunakan enjin
yang dibekal oleh pembuat kereta besar seperti Honda, Renault dan Ford.
Mulai tahun 2000 dengan penghasilan pasukan Jaguar oleh Ford yang gagal itu, pasukan milik pembuat kereta yang baru memasuki Formula Satu buat pertama kalinya sejak Alfa Romeo dan Renault pada tahun 1985. Pada tahun 2006, pasukan jenama kereta ternama – Renault, BMW, Toyota,
Honda dan Ferrari – mendominasi kejuaraan dengan merangkul lima
daripada enam tempat teratas dalam kejohanan pembina kereta. Satu
pasukan yang lain itu ialah McLaren yang saebahagiannya dimiliki oleh
Mercedes Benz. Melalui Persatuan Pembuat Kereta Grand Prix (Grand Prix Manufacturers Association,
GPMA) pasukan-pasukan tersebut melobi sebahagian untung komersil
Formula Satu yang lebih besar dan lebih hak untuk memebri pandangan
mengenai hal pengendalian sukan ini.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 15167
Reputation : 9
Number of posts : 5398

F1 HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: F1 HISTORY AND FAQ   F1 HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:54 am

Grand Prix


Bilangan acara Grand Prix yang diadakan dalam satu musim banyak
berubah dari tahun ke tahun. Hanya tujuh perlumbaan membentuk musim
julung pada 1950; selama bertahun-tahun saiz kalendar penganjurannya
berganda tiga kali. Sungguhpun bilangan perlumbaan kekal pada 16 atau
17 sejak1 1980-an, bilangan 19 perlumbaan juga tercapai pada 2005.

[sunting] Nota dan rujukan



  1. ↑ The formula was defined in 1946; the first Formula One race was in 1947; the first World Championship season was 1950.
  2. ↑ Jordan: Privateer era is over. ITV-F1.com: (2006-08-24). Dicapai pada 2006-09-12.
  3. ↑ Schumacher makes history. BBC Sport: (2002-07-21). Dicapai pada 2006-09-12.
  4. ↑ FIA Rules & Regulations Sporting Regulations: 2006 season changes. www.formula1.com. Dicapai pada 2006-05-11.




[sunting] Pautan luar

F1 HISTORY AND FAQ 50px-Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:Formula One





Laman rasmi

  • Formula1.com — Laman web rasmi Pengurusan Formula Satu; mengandungi jadual, keputusan lumba, catatan masa secara langsung ketika setiap perlumbaan, kedai rasmi F1, dan berita
  • Peraturan terkini — dari FIA website



Berita dan rujukan

  • autosport.com — Berita, artikel dan analisa sukan motor
  • GrandPrix.com — Berita F1 dan ensiklopedia Grand Prix



Sejarah

  • AutocourseGPA.com — keputusan dan statistik sejarah serta gambar-gamabr foto sejak 1950
  • statsf1
Back to top Go down
Sponsored content




F1 HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: F1 HISTORY AND FAQ   F1 HISTORY AND FAQ Icon_minitime

Back to top Go down
 

F1 HISTORY AND FAQ

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: MOTORSPORTS CATEGORY :: Formula 1-
Jump to: