Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S.
Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.
Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
-Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.
Pintasan ke 'Start'
-Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.
Menaip URL pada Address Bar
-Jika anda menggunakan Internet Explorer.Anda tidak perlu menaip "http://www.yahoo.com" Sebaliknya anda hanya perlu taip "yahoo" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com
Mencetak dari web
-Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.
Melihat properties sesuatu fail
-Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik
Membuka satu tetingkap IE baru
-Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.
Menamakan (rename) sesuatu fail
-Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.
Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
-Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.
Menyimpan Url kedalam My Favorite
-Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.
Hentikan Fungsi Autoplay
-Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.
Pintasan ke tapak web baru
-Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin
menggunakan kekunci L selain kekunci O.
Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.
Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.
Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.
Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.
Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.
Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.
Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.
Pintasan mudah
-Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
Tekan kekunci Windows dan :
E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
R -membuka kotak Run
F -membuka kotak Find
F1- melancarkan help
M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)