SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12535
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Empty
PostSubject: Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap   Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Icon_minitime14/4/2008, 10:20 pm

KESIBUKAN tugasan di pejabat sehingga lewat petang menyebabkan semakin ramai pemandu di negara ini gemar memandu pada waktu malam terutama ketika pulang ke kampung.

Selain keadaan trafik yang tidak terlalu sesak, suhu dingin menyebabkan suasana pemanduan lebih selesa dan tenang.

Bagaimanapun, siapa sangka perjalanan yang 'dingin' itu boleh bertukar hangat apabila lampu depan kereta menjadi tidak terang sehingga pemanduan lebih berpandukan garisan putus-putus di jalan bagi mengelak terbabas.

Masalah berkenaan menyebabkan pemanduan pada sebelah malam bertukar kabur sehingga jarak pandangan di hadapan terhad dan cukup berbahaya.

Terdapat beberapa sebab terjadinya perkara ini sama ada berpunca daripada masalah mentol, pendawaian ataupun punca kuasa elektrik iaitu bateri.

Apabila cahaya lampu kenderaan kurang terang, berkemungkinan sambungan wayar pada bateri longgar menyebabkan aliran arus elektrik tidak mencecah ke mentol untuk memberi kuasa menyalakan lampu.

Keadaan itu memerlukan pemilik kenderaan memeriksa sendiri sambungan terminal pada bateri.

Biasanya, lampu akan terpadam dan menyala semula apabila hubungan kabel terputus dan tersambung kembali selepas berlaku getaran pada kenderaan ketika melalui jalan berliku atau rosak.

Sebelum melakukan perjalanan malam, pemilik kenderaan perlu memastikan sistem pendawaian, kedudukan lampu dan sambungannya berada dalam keadaan baik.

Ada juga kerosakan pada penebat wayar yang akan menyebabkan berlaku litar pintas apabila wayar itu menyentuh badan kenderaan.

Keadaan itu juga sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan berlaku kebakaran sekiranya arus elektrik menyentuh bahagian sensitif seperti getah dan kabel minyak.

Selain itu, kerosakan penebat juga boleh menyebabkan litar pintas sehingga mengganggu sistem elektronik kenderaan.

Oleh itu, pemilik dinasihatkan membaiki kabel penebat yang rosak dengan cara membalut bahagian itu menggunakan pita pelekat, tetapi jika gagal mencari kerosakannya, bawa kenderaan itu ke bengkel.

Sementara itu, apabila mengalami masalah seperti hanya satu daripada dua lampu kereta menyala, pemilik perlu memeriksa kedudukan kabelnya.

Masalah yang timbul mungkin disebabkan lampu rosak atau kedudukan mahupun hubungan antara lampu kurang baik atau kabel putus selain berlaku litar pintas.

Bagaimanapun, jika kedua-dua lampu tidak berfungsi, kemungkinan besar masalah ini disebabkan fius yang putus dan penggunaan fius simpanan membolehkan keadaan kembali kepada asal.

Pemeriksaan keadaan fius adalah tidak sukar disebabkan fius terletak dalam kotak khas.

Apabila kerosakan itu berpunca daripada fius, ini bermakna pemilik perlu menggantikannya dengan yang baru tetapi pastikan kuasanya sama dengan yang asal.

Kekuatan fius boleh dilihat melalui tulisan yang dicetak pada bekasnya.

Sekiranya pemilik tidak mempunyai fius simpanan, mereka boleh menggunakan fius yang tidak begitu penting seperti lampu dalam atau pengelap cermin depan untuk sementara waktu.

Jika keadaan terdesak, anda boleh menggunakan semula fius rosak dengan membalutnya bersama kertas aluminium pembalut rokok atau dawai tembaga halus bagi menghubungkan kedua-dua terminal fius.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan segera menggantikan fius yang terbakar kerana ia tidak dapat berfungsi sebagai alat keselamatan.




PUNCA KEROSAKAN LAMPU HADAPAN


1. Bateri tidak berfungsi

2. Kesalahan penyambungan pada terminal

3. Kabel hampir putus

4. Penebat kabel sudah rosak sehingga dawainya menyentuh badan kereta

5. Lampu tidak terpasang dengan baik (longgar) pada kedudukannya

6. Sambungan kabel longgar

7. Lampu sudah rosak

8. Fius putus
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Ejam
SUPERIOR
SUPERIOR
Ejam

Male
Age : 43
location : KK
Tag ID: : 2186
Points : 12280
Reputation : 0
Number of posts : 2579

Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap   Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Icon_minitime18/4/2008, 9:42 am

info yg baik....
patutla kadang2 lampu aku pandai malap pastu terang balik...
mau check ni..... Suspect
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12535
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap   Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Icon_minitime18/4/2008, 12:01 pm

ya saya pun pernah macam tu juga bro..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
xiaomao
MODERATOR
xiaomao

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota kinabalu,sabah
Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361
Tag ID: : 00735
Points : 14133
Reputation : 24
Number of posts : 7994

Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap   Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Icon_minitime18/4/2008, 1:18 pm

skrg aku pun mcm ni...HID,lampu kecil,meter,...huhu...
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12535
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap   Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Icon_minitime2/5/2008, 3:03 pm

mahu kena jaga wiring tu bro.. Very Happy
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Sponsored content




Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap   Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tip Pemanduan: Wayar bateri longgar punca lampu malap

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: