David Beckham hadiah mertua rumah RM50 jutaBECKHAM
LONDON – Bintang bola sepak, David Beckham dengan murah hati menghadiahkan sebuah rumah percutian di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernilai lebih £8 juta pound (RM50 juta) kepada ibu bapa mertuanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemain bola sepak England berkenaan telah menyerahkan kediamannya itu kepada pasangan Tony dan Jackie Adams serta memberitahu mereka supaya menganggap bahawa rumah tersebut seperti milik mereka sendiri.
Bagaimanapun, Beckham dan isterinya, Victoria masih merupakan pemilik kediaman mewah tersebut.
Bechkam yang kini sedang beraksi di Los Angeles membuat keputusan bahawa kediaman mereka di Timur Tengah itu akan menjadi hadiah paling bermakna kepada pasangan tersebut. Satu sumber terdekat memberitahu bahawa Bechkam sedar yang dia tidak akan berkesempatan untuk menghabiskan setiap masanya di Dubai.
“Dia mempunyai beberapa urusan di Los Angeles dan ia adalah satu perjalanan jauh terutamanya ketika dia perlu menghabiskan banyak masa di London.
“Oleh itu, dia berbincang dengan Victoria dan membuat keputusan bahawa rumah tersebut adalah hadiah istimewa kepada ibu bapa isterinya kerana mereka telah banyak berkorban untuk keluarga pasangan terkenal itu,” katanya.
Pemain yang menerima antara bayaran paling mahal di dunia itu sangat mempercayai ibu bapa mertuanya itu dan mengetahui bahawa hartanya akan selamat sekiranya berada di tangan pasangan tersebut. – Agensi