SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ingatlah orang yang tersayang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ingatlah orang yang tersayang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ingatlah orang yang tersayang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12429
Reputation : 0
Number of posts : 737

Ingatlah orang yang tersayang Empty
PostSubject: Ingatlah orang yang tersayang   Ingatlah orang yang tersayang Icon_minitime9/5/2008, 3:03 pm

Dari kejauhan,lampu lalulintas disatu persimpangan itu masih menyala
hijau.Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau
terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.


Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang,
haruskah ia berhenti atau terus saja.'Ah, aku tak sempat untuk memijak
pedal break mendadak,' fikirnya sambil terus memandu laju.


Prit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya
berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat
dalam
hati.Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak
terlalu asing baginya.

Hey,itu kan
Usof, teman sepermainannya semasa di sekolah menengah duhulu. Hati Harun agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.


'Hai, Usof. Gembira sekali saya bertemu kau...............'

'Hai, Harun.' Tanpa senyum.

'Aduh, saya ni sebenarnya nak cepat sangat nih.Saya memang agak terburu-buru.Isteri saya sedang menunggu di rumah.

'Oh ye ke?' Nampaknya Usof agak ragu.

' Ye la Sof,hari ini isteriku menyambut ulang tahun kelahiran. Dia dan
anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu '

'Saya faham. Tapi,sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu merah di persimpangan ini.'

Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti ganti strategi. 'Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu merah.
Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.' berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.


'Ok Run. Sebenarnya i melihatnya dengan jelas.Tolong keluarkan lesen dan
kad pengenalan.

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan
kad pengenalan lalu masuk ke dalam
kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Usof menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Usof mengetuk kaca
keretanya.Harun memandang wajah Usof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu sedikit.


'Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman.'


Tanpa berkata-kata Usof terus kembali ke tempat dia bertugas Harun mengambil
surat saman yang diselipkan Usof
di sela-sela kaca kenderaan. Tapi,hei apa ini. Ternyata lesen
memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota
yang berisi tulisan tangan Usof.


'Run, Tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu
isteri dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa
itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.Beberapa kali aku
cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri pemandu seperti pemandu
itu. Maafkan aku Run. Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya.
Berhati-hatilah ketika memandu Run' - Usof


Harun terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Usof.Namun, Usof sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.Sepanjang jalan pulang ia
memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya
dimaafkan.

Tak selamanya pengertian k ita harus sama dengan pengertian orang lain..
Boleh jadi suka k ita tak lebih dari duka rakan k ita . Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12125
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Ingatlah orang yang tersayang Empty
PostSubject: Re: Ingatlah orang yang tersayang   Ingatlah orang yang tersayang Icon_minitime9/5/2008, 3:10 pm

nilahsatu pengajaran yang amat sedih yg pernah saya baca.ni kasi sedar saya ni cry
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12371
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Ingatlah orang yang tersayang Empty
PostSubject: Re: Ingatlah orang yang tersayang   Ingatlah orang yang tersayang Icon_minitime9/5/2008, 4:22 pm

ingatlah ini satu pengajran hidup
Back to top Go down
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12429
Reputation : 0
Number of posts : 737

Ingatlah orang yang tersayang Empty
PostSubject: Re: Ingatlah orang yang tersayang   Ingatlah orang yang tersayang Icon_minitime9/5/2008, 8:43 pm

mungkin cerita ini boleh memberi pengajaran kepada kita yang selalu alpa
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
4x4Drifter
SUPERIOR
SUPERIOR
4x4Drifter

Male
Age : 35
location : Menggatal Kg Paling A
Points : 12433
Reputation : 0
Number of posts : 2547

Ingatlah orang yang tersayang Empty
PostSubject: Re: Ingatlah orang yang tersayang   Ingatlah orang yang tersayang Icon_minitime9/5/2008, 9:25 pm

boleh di buat amalan .... jan langgar lampu kuning atau merah...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/tulangblakangz
Sponsored content




Ingatlah orang yang tersayang Empty
PostSubject: Re: Ingatlah orang yang tersayang   Ingatlah orang yang tersayang Icon_minitime

Back to top Go down
 

Ingatlah orang yang tersayang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: