SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lagenda 10 kereta James Bond Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lagenda 10 kereta James Bond Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lagenda 10 kereta James Bond

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12427
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Lagenda 10 kereta James Bond Empty
PostSubject: Lagenda 10 kereta James Bond   Lagenda 10 kereta James Bond Icon_minitime14/4/2008, 10:11 pm

PEREMPUAN seksi dan wajah tampan James Bond membuatkan filem berkenaan sentiasa mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kejayaan James Bond yang bijak memerangkap penjahat bukan saja disebabkan ketampanan dan kebijaksanaannya semata-mata, tetapi turut dibantu jentera canggih melampaui jangkaan musuhnya.

Sehingga kini, sebanyak 21 filem ejen perisikan British itu dihasilkan bermula daripada filem Dr No yang diterbitkan pada 1962 sehingga filem Casino Royale yang ditayangkan kira-kira dua tahun lalu.

Daripada semua jumlah filem itu, sebanyak 10 kenderaan digunakan perisik terbabit berjaya mendapat perhatian sebagai kereta terbaik yang melampau tahap pemikiran manusia dan musuhnya.

Bermula dengan filem Dr No lakonan Sean Connery, James bergaya menewaskan musuh dengan kereta sport terbaik zaman itu, Sunbeam Alpine yang gagah menyusuri jalan raya dan bukit-bukau sekitar Jamaica.

Dalam filem itu juga, Bond turut menggunakan Chevrolet Convertible 1957 dan Mk II Ford Consul.

Perisik British itu kelihatan lebih bergaya dalam filem Goldfinger apabila Aston Martin DB5 miliknya dilengkapi dengan mesingan, radar dan but belakang kalis peluru manakala dalam filem Thunderball, Bond menggunakan jentera Mercedes 220 sebagai kelengkapan yang dicipta Ejen R.

Model kenderaan Jepun, Toyota 2000GT turut tidak ketinggalan apabila Bond menggunakan jentera berkenaan dalam filem You Only Live Twice yang turut dilengkapi pelancar roket jarak dekat.

Sebanyak dua Toyota 2000GT diperuntukkan dalam filem itu dan orang ramai boleh melihat satu daripada kenderaan asal dipamerkan di Muzium Toyota, Jepun manakala sebuah lagi dipercayai hilang serta gagal dikesan.

Perisik Ratu England dilakonkan George Lazenby dalam filem You Only Live Twice yang menggunakan jentera baru, Aston Martin DBS berjaya menjadikan kenderaan terbabit begitu popular di kalangan peminat kereta.

Lazenby pada asalnya hanya pelakon iklan coklat menerima pujian tinggi dan dianggap pelakon Bond paling berjaya ketika melakonkan watak perisik dengan jentera daripada Aston Martin DBS berbanding lakonan Sean Connery dan Roger Moore dalam filem terdahulu.

Dalam filem Diamonds are Forever, Ford Mustang Mach 1 diberi kepercayaan sebagai peralatan sokongan Bond apabila jentera itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang termasuk ketika adegan kejar mengejar, Mach 1 mampu bergerak menggunakan dua roda secara mengiring di lorong sempit.

Lotus Esprit seterusnya menjadi pilihan Ejen R dalam filem The Spy Who Loved Me apabila menjadikan kenderaan itu bersifat dua alam iaitu kereta dan kapal selam yang boleh mengelakkan diri daripada dikesan radar serta melancarkan peluru berpandu torpedo ke pesawat musuh.

Esprit turbo turut digunakan dalam filem For Your Eyes Only pada 1981.

Melangkah ke era moden, James Bond dilengkapi dengan jentera lebih canggih seperti Aston Martin V8 dalam filem The Living Daylights, BMW Z3 (Goldeneye) dan BMW Z8 (The World is Not Enough).

Semua kenderaan ini dilengkapi ciri asas seperti pelancar roket, badan kalis peluru termasuk BMW Siri 7 yang boleh dipandu menggunakan jam tangan serta memiliki tayar kalis paku.

Pada 2006, watak Bond lakonan Daniel Craig hadir bersama jentera Aston Martin DB9 berjaya mencuri tumpuan peminat filem perisikan itu berbanding pelakon watak sama sebelumnya.

Bagaimanapun, jentera DB9 yang digunakan Craig tidak memiliki keistimewaan tersendiri dan gagal mendapat tempat dalam 10 kenderaan terbaik James Bond.

Akhir tahun ini, masyarakat seluruh dunia akan dihidangkan dengan sebuah lagi misi terbaru James Bond berjudul Quantum of Solace tetapi difahamkan Ejen 007 ini tidak memiliki jentera istimewa atau sesuatu yang berbeza dengan kenderaan lain.



10 kenderaan terbaik James Bond

1. Sunbeam Alpine (Dr No)

2. Derby Bentley (From Russia With Love)

3. Aston Martin DB5 (Goldfinger and Thunderball)

4. Toyota 2000GT (You Only Live Twice)

5. Aston Martin DBS (On Her Majesty's Secret Service)

6. Ford Mustang Mach 1(Diamonds are Forever)

7. Lotus Esprit (The Spy Who Loved Me)

8. Aston Martin V8 (The Living Daylights)

9. BMW Z3 (Goldeneye)

10. BMW Z8 (The World is Not Enough)
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Lagenda 10 kereta James Bond

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: