SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bendalir brek perlu dijaga Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bendalir brek perlu dijaga Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bendalir brek perlu dijaga

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bendalir brek perlu dijaga Empty
PostSubject: Bendalir brek perlu dijaga   Bendalir brek perlu dijaga Icon_minitime14/4/2008, 10:09 pm

KENDERAAN bergaya dan cantik seakan tidak bermakna sekiranya pemiliknya mengabaikan aspek keselamatan jentera mereka.

Selain penjagaan luaran, dalaman dan enjin, pemilik sering terlupa serta mengabaikan penjagaan salah satu komponen yang boleh dianggap penyelamat ketika kecemasan iaitu sistem brek.

Tidak dinafikan kenderaan kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti Brek Anti Kekunci (ABS), Edaran Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan sebagainya tetapi teknologi berkenaan tidak bermakna sekiranya pemandu tidak mempedulikan keadaan asas brek kenderaan mereka.

Kebanyakan pemandu mula menyedari menghadapi masalah brek ketika gagal memberhentikan kenderaan mereka secara mengejut dalam situasi kecemasan.

Kebanyakan kenderaan kini menggunakan brek cakera pada keempat-empat tayar, tetapi ada yang menggunakan sepasang saja manakala yang lainnya masih mengenakan brek jenis dram.

Jika diteliti, fungsi brek perkara paling penting selepas penjagaan terhadap enjin kenderaan.

Bagaimanapun, kebanyakan pemilik kenderaan kini tidak mengambil endah sangat masalah brek, sama seperti mereka menunggu tayar kenderaan mereka haus sebelum ditukar baru.

Bendalir brek misalnya perlu dijaga dengan berkala. Bendalir yang berkurangan perlu ditambah dari semasa ke semasa kerana kekurangan bendalir menyebabkan brek tidak berfungsi.

Pada masa ini, semua teknologi tidak dapat berfungsi dengan sempurna menyebabkan kenderaan dipandu tidak dapat dihentikan pada masa yang tepat.

Kebocoran pada sistem brek hendaklah diperbetulkan segera kerana pemilik bukan saja akan mendapati bahagian enjin mereka dikotori minyak brek, malah boleh menyebabkan brek itu sendiri kurang anjal.

Ada beberapa faktor boleh menyebabkan brek kenderaan menjadi kurang anjal akibat kekurangan bendalir brek seperti cakera brek menipis atau haus atau pelapik brek yang kurang berfungsi.

Bagi mengatasi masalah itu, pelapik brek perlu diganti segera kerana selain menghasilkan bunyi bising, jarak pemberhentian menjadi lebih panjang.

Apabila piring brek rosak, pemilik perlu pula melicinkan semula kerana permukaan kasar pada piring brek menyebabkan pelapik brek tidak tahan lama.

Elakkan perkara ini kerana sekiranya ia berlaku, pemilik bukan saja membuang masa, malah terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membaik pulih kedua-dua kerosakan itu.

Biar apapun jenis sistem brek dan teknologi yang digunakan kenderaan, pemilik masih perlu memberi perhatian lebih kepadanya kerana mereka pasti sukar jika sistem itu rosak.

Selain melihat amaran kerosakan brek pada panel meter, ada beberapa tanda lain yang boleh dijadikan panduan sekiranya ingin mengetahui masa sesuai untuk menggantikan brek sebelum rosak sepenuhnya.

Kerosakan boleh dikesan secara manual sekiranya ada bau hangit dari satu daripada empat tayar kenderaan, brek tidak anjal apabila pedal ditekan menyebabkan kenderaan berhenti jauh daripada jangkaan dan mendengar bunyi geseran yang bising ketika melakukan brek.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18887
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Bendalir brek perlu dijaga Empty
PostSubject: Re: Bendalir brek perlu dijaga   Bendalir brek perlu dijaga Icon_minitime28/9/2010, 4:12 pm

Ngam la tu bro..mmg skg ne byk pmandu yg x pduli ttg sstem brek ne..ada yg tggu smpai piring disc brek sda x rata bru mo gnti brek pad..itu la brek pad x tahan lama.. Wink
Back to top Go down
 

Bendalir brek perlu dijaga

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: