SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Legenda kereta Mini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Legenda kereta Mini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Legenda kereta Mini

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12243
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Legenda kereta Mini Empty
PostSubject: Legenda kereta Mini   Legenda kereta Mini Icon_minitime14/4/2008, 10:19 pm

40 tahun kuasai jalan raya di seluruh dunia, kini tampil dengan model alaf baru gabungan teknologi Rover, BMW dan Chrysler
KETIKA mula dilancarkan di England pada 1959, tiada siapa berani meramalkan kereta bersaiz kecil ini bakal menjadi salah sebuah kenderaan paling digilai peminat terutama golongan muda pada abad ini.

Tetapi itulah hakikatnya. Kereta Mini yang asalnya dikeluarkan British Motor Corporation (BMC) untuk mengatasi masalah kekurangan minyak kini masih bertahan sebagai kereta idaman.

Ia gah selepas lebih 40 tahun menguasai jalan raya di seluruh dunia.

Lebih menarik, peminat model kompak ini bukan sahaja meminati model Mini terbaru di pasaran, malah versi asal yang dikeluarkan sekitar tahun 60-an.

Ini kerana, Mini versi asal tergolong sebagai kereta klasik dan mempunyai nilai sejarahnya tersendiri sehingga kehadirannya di jalan raya menarik perhatian ramai.

Kereta mini diilhamkan oleh BMC pada 1955 selepas tercetusnya masalah kekurangan minyak yang melanda benua Eropah sesudah penutupan Terusan Suez pada pertengahan 1950-an.

Bagi mengurangkan masalah itu, BMC bercadang mencipta kenderaan yang mampu bergerak dengan penggunaan minyak yang minimum.

Manusia yang bertanggungjawab melahirkan Mini adalah jurutera reka bentuk terkenal ketika itu, Sir Alec Issigonis yang berasal dari Smyrna, Turki.

Issigonis juga adalah orang bertanggungjawab mencipta sebuah lagi kenderaan bersaiz mini yang dikenali sebagai Morris Minor.

Sejajar dengan masalah kekurangan minyak dunia ketika itu, Alec diarahkan mereka cipta kereta bersaiz kecil yang mampu mengurangkan penggunaan minyak.

Lakaran reka bentuknya bermula apabila beliau melilitkan empat lelaki Inggeris di atas kerusi yang rendah.

Selepas diambil kira ukuran ruang enjin dan barang, lahirlah lakaran 10 kaki 0.25 inci panjang, 4 kaki 7.5 inci lebar dan 4 kaki 5 inci tinggi.

Lakaran itu membolehkan beliau mereka bentuk sebuah kenderaan yang sesuai untuk empat lelaki dewasa dengan kapasiti enjin kecil termasuk saiz tayar.

Selepas meneliti saiz badan kenderaan yang sesuai, komponen utama lain yang diambil kira ialah bahagian enjin iaitu dengan meletakkan kotak gear di tengah enjin.

Selain itu, Issigonis turut menggunakan roda berukuran 10 inci dan sistem ampaian diperbuat daripada getah, bertujuan mengurangkan berat kenderaan.

Pada 26 Ogos 1959, lahir versi pertama Mini dan BMC mula mengeluarkan 50 model terawal kenderaan itu dengan kapasiti enjin hanya 848 cc.

Pada masa itu, model Mini dikatakan kenderaan yang paling ringkas dan 'tulen' iaitu mudah dikendali, bersih, jimat, tangkas serta menarik.

Oleh kerana kenderaan terbabit paling menjimatkan petrol, ia mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Eropah dan BMC berjaya dijual sehingga 200,000 unit.

Mini diiktiraf serba boleh dan menarik sehingga menjadi kenderaan pilihan pada era 1960-an.

Selepas beberapa tahun, penjualan Mini semakin meningkat dan BMC mengeluarkan beberapa versi tetapi paling popular ialah Mini Cooper S yang dikeluarkan pada 1963 menggunakan enjin 1,071 cc yang boleh mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam.

Versi berprestasi tinggi itu dihasilkan bersama dengan pengeluar kereta lumba terkenal, John Cooper.

Kereta berkenaan dengan pantas menjadi satu fesyen atau gaya hidup sehingga kehebatannya turut dipamerkan dalam filem The Italian Job pada tahun 1969 yang menunjukkan Mini mampu menuruni tangga, meredah halangan, bergerak licik di jalan raya dan melompat tinggi di atas sebuah bas yang sedang bergerak.

Kereta Mini yang kesejuta dikeluarkan pada 1965 dan pada tahun berikutnya BMC bergabung dengan British Leyland selain mengekalkan menghasilkan Mini Clubman sebagai model terlaris ketika itu.

Pada 1980, British Leyland mengeluarkan versi Austin Mini Metro.

Kereta Mini ke-5,387,862 dikeluarkan pada 1986 sebelum syarikat terbabit menjadi ahli Kumpulan Rover dan pada 1994.

Seterusnya, syarikat pengeluar kereta dari Jerman, Kumpulan BMW membeli Kumpulan Rover termasuk hak mengeluarkan model Mini.

Kini, Kumpulan BMW meneruskan usaha untuk mengekalkan legenda Mini dengan mengeluarkan model Alaf Baru Mini yang menggabungkan teknologi Rover dan BMW serta Chrysler.

Ia direka bentuk pasukan jurutera Rover dan menggunakan enjin yang dimajukan oleh BMW dan Chrysler.

Model Mini alaf baru yang lebih bergaya, besar tetapi mengekalkan rupa asal dipamerkan buat pertama kali di Pertunjukan Motor Frankfurt pada tahun 1997.

Mini model terbaru itu menggunakan teknologi tinggi terutama peningkatan ciri keselamatan tinggi setanding kenderaan mewah dan bukannya lagi sebuah kenderaan 'bajet' keluarga yang murah.

Model mini kini mempunyai kuasa 1.6 liter, dengan Mini Cooper S mempunyai pengecas super (supercharger) untuk pemanduan bergaya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan terkini.

Ruang juga tidak menjadi masalah kerana saiz Mini kini lebih besar daripada mana-mana kenderaan dua pintu lain.

Malah, Mini hari ini turut dikenali sebagai sebuah kenderaan mewah di bawah keluarga BMW sehingga ada yang mengatakan, 'sekiranya tidak mampu memiliki BMW, Mini Cooper pun jadilah' yang menunjukkan memandu Mini hari ini sama seperti memandu sebuah BMW.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
conggoz
REGULAR
REGULAR
conggoz

Male
Age : 43
location : Semporna,Tawau,KK
Points : 11822
Reputation : 0
Number of posts : 392

Legenda kereta Mini Empty
PostSubject: Re: Legenda kereta Mini   Legenda kereta Mini Icon_minitime21/5/2008, 10:39 pm

nice info bro..

** aku pun fanatik mini prenn... thanks for the info prenn..
Back to top Go down
conggoz
REGULAR
REGULAR
conggoz

Male
Age : 43
location : Semporna,Tawau,KK
Points : 11822
Reputation : 0
Number of posts : 392

Legenda kereta Mini Empty
PostSubject: Re: Legenda kereta Mini   Legenda kereta Mini Icon_minitime21/5/2008, 10:40 pm

http://www.gen2club.com/v2/forum/index.php?topic=9789.45

check this out!
Back to top Go down
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12287
Reputation : 10
Number of posts : 2945

Legenda kereta Mini Empty
PostSubject: Re: Legenda kereta Mini   Legenda kereta Mini Icon_minitime22/5/2008, 7:14 am

kreta nie, pakai enjin 1.3 webber sidedraft, bleh buang Honda track racing spec Wooo!!!
Back to top Go down
Sponsored content




Legenda kereta Mini Empty
PostSubject: Re: Legenda kereta Mini   Legenda kereta Mini Icon_minitime

Back to top Go down
 

Legenda kereta Mini

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: