STAILOFacet Fire tiada penduaOleh SUBASHINI RAJANDRA
Sentiasa mementingkan empat prinsip utama iaitu integriti, kebenaran, kesempurnaan dan kecantikan, Facet Fire menghasilkan satu unit barangan kemas bagi setiap tema reka bentuk.RANTAI dan cincin Zaffiro Da Oceano.
UMPAMA sebuah galeri seni, ruang Facet Fire semestinya mendukung matlamat butik yang menyampaikan keindahan cinta, mimpi dan rekaan dalam sentuhan unik.
|
SET Stella Brillante yang tiada pendua dan berkualiti tinggi.
|
Pernah memenangi Anugerah Malaysian Interior Design 2005 untuk kategori Design Excellence, Facet Fire mempersembahkan koleksi barangan kemas mewah untuk wanita anggun, elegan dan mewah.
Didatangkan dalam pelbagai bentuk dan bertatahkan batu-batu permata termahal dunia seperti berlian, nilam, mutiara dan lain-lain, Facet Fire yang terletak di tingkat Explore, Starhill, Kuala Lumpur menggunakan kepakaran tukang emas yang berpengalaman selama lima dekad.
Sebut sahaja Kumpulan Wah Chan yang ditubuhkan pada 1955, pasti anda mengetahui keunggulan mutu kerja yang tiada bandingan. Facet Fire adalah cabang kumpulan ini. Begitupun, mereka memastikan rangkaian barangan kemas Facet Fire lain daripada yang lain.
|
KOLEKSi set Corralina yang anggun bertahtakan 95 batu nilam dan 658 berlian.
|
Sentiasa mementingkan empat prinsip utama iaitu integriti, kebenaran, kesempurnaan dan kecantikan, Facet Fire menghasilkan satu unit barangan kemas bagi setiap tema reka bentuk.
Misalnya, Stella Brillante berasaskan kepada tarikan alam semula jadi yang paling kuat di dunia iaitu titisan hujan. Seperti temanya, kedua-dua rantai dan cincin Stella Brillante berbentuk seperti titisan hujan yang bertatahkan 882 berlian.
"Berlian-berlian ini adalah seleksi terbaik dari Australia dan Afrika Selatan. Kebanyakan daripada koleksi yang dipamerkan ini, direka dan dibentuk di Malaysia. Itulah satu-satunya kebanggaan kami dari segi kepakaran tukang emas kami yang tidak boleh diperlekehkan," ujar Pengurus Kanan Pemasaran, Facet Fire Sdn. Bhd., Laura Pang.
"Untuk memastikan kualiti dan mutu pembuatan kami tidak terjejas, pihak pentadbiran Facet Fire tidak mengeluarkan barangan kemas ini dalam kuantiti besar iaitu bersifat komoditi. Sebaliknya, setiap satu adalah unik dan tiada pendua," ujarnya yang menambah ramai pelanggan mereka terdiri daripada golongan elit dan kerabat diraja.
Walaupun mempunyai hampir sedozen tukang emas, setiap set barang kemas mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan untuk disiapkan. Di Facet Fire, barangan kemas mutiara berwarna keemasan juga disediakan yang dikenali dengan panggilan Avorniello, di samping Merletto yang bagaikan tekstur kain baldu dan Corallina yang berinspirasikan hidupan marin iaitu terumbu karang.
|
IMPIKAN barangan kemas mewah, datanglah ke Facet Fire di Starhill.
|
Dengan perancangan membuka sebuah lagi butik di New York dan Shanghai pada tahun ini, seperti namanya, Facet Fire akan terus menyerlah dan melebarkan sayapnya ke persada dunia. Setiap musim, jelas Laura, butik ini akan menghasilkan rekaan baru yang memenuhi cita rasa semasa. Bermula dari harga RM11,000 untuk sebentuk cincin hinggalah set barangan kemas yang melebihi angka setengah juta, Facet Fire juga menerima tempahan khas dengan membuat temu janji awal.