| Harga Uniform Parlimen RM1,500 | |
|
Author | Message |
---|
fizul03 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : ~Sandakan~KK~UMS Points : 12091 Reputation : 0 Number of posts : 320
| Subject: Harga Uniform Parlimen RM1,500 7/5/2008, 7:10 pm | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mei - "Demam kalau kena bayar sendiri...nasib baik Parlimen yang bayar..tapi saya ingat ini semua membazir wang rakyat sahaja."
Demikian bicara santai Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin ketika menceritakan soal harga pakaian atau uniform Parlimen yang lebih dikenali sebagai baju istiadat (No. 1 Dress) dalam blognya.
Menurut blognya itu, harga sepasang pakaian itu bagi seorang ahli Parlimen berjumlah RM1,500 dan Parlimen membelanjakan kira-kira RM333,000 untuk tujuan itu bagi pakaian sejumlah 222 ahli Parlimen.
Harga bagi baju dan seluar sahaja membabitkan harga RM700 manakala 'appollete & geogette' yang terletak di bahu dan kolar baju berharga kira-kira RM600.00.
"Kalau beli songkok kosong di Mydin harganya hanyalah RM13 tetapi bila tambah riben kuning dengan lencana Parlimen..praappp..jadi RM120," katanya secara berseloroh dalam blognya itu.
"Saya ingat kalau makcik-makcik yang keluar dalam rancangan 'BersamaMu' itu tau harga uniform ni mau dia 'tempeleng'...," katanya.
Berikut adalah senarai harga baju parlimen terbabit:-
1.- Baju RM 450 2.- Seluar RM 250 3.- Songkok RM 120 4.- Appollette/Geogette RM 600 5.- Butang RM 80 Jumlah RM 1500 ( x 222 Ahli Parlimen) = RM 333,000.00
Bagi waterlily yang mengahantar komen dalam blog beliau menyatakan rasa sungguh kecil hati berhubung harga pakaian terbabit.
"Gaji saya juga bawah paras RM600 tanpa KWSP.Alahai YB.Bukan salah YB pun. Sekadar ikut protokol yang direka-reka," katanya.
Manakala Hanif Amran memuji tindakan Zulkifli yang mendedahkan hal terbabit.
"Bestla YB cerita 'detail' hal parlimen ni sampai ke baju yang selama ni orang tak tau. Mahal betul baju tu...," katanya.
Malah ada pemberi komen secara sinis mempersoalkan pihak mana yang mendapat keuntungan besar hasil kontrak membuat baju parlimen terbabit.
Dalam pada itu Zulkifli kini menyedari kewajaran Almarhum Tun Zahir membina mini zoo sebelum ini di Parlimen.
"Dulu saya ingat membazir..tapi saya ingat Almarhum ada maksud tersirat..dia nak peringatkan Ahli Parlimen jangan jadikan Parlimen macam zoo," katanya.
p/s : mahal jugak baju tu kan....YB..YB....!! |
|
| |
w4nz_7 ELITE
Countries/State : Age : 40 location : UMS, Kota Kinabalu Points : 12219 Reputation : -1 Number of posts : 4377
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 7/5/2008, 8:47 pm | |
| mahal nya utk baju jah.... |
|
| |
zerone CONTRIBUTOR
Age : 55 location : Keningau / Kota Kinabalu Points : 12265 Reputation : 0 Number of posts : 1078
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 7/5/2008, 9:13 pm | |
| RM 333,000.00 sekiranya di salurkan kepada rakyat Malaysia yang benar2 memerlukan lebih banyak faedah dia.. |
|
| |
fizul03 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : ~Sandakan~KK~UMS Points : 12091 Reputation : 0 Number of posts : 320
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 7/5/2008, 9:20 pm | |
| itu laa pasal...tadi tengok berita tun mahathir risau sudah dengan kerajaan skarang....takut itu pembangkang take over malaysia ooo!!! |
|
| |
otai ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 42 location : Kudat Sabah Tag ID: : 999999 Points : 12596 Reputation : 0 Number of posts : 1159
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 7/5/2008, 9:43 pm | |
| kalau endah 1/2 duit rakyat dgn duit diorg.. aku kasi haram dunia akhirat kalau semua pkai duit rakyat...
aku pun ada bayar tex maaaaa....... |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 8/5/2008, 10:43 am | |
| klu bagi aku...siap sebiji rumahlah |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 8/5/2008, 10:56 am | |
| ini tiap tiap tahun ada baju baru lah ni...atau seorg diperuntukan berapa pasang baju satu tahun ni?takan satu pasang ja kut.... |
|
| |
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12429 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 8/5/2008, 11:08 am | |
| memang membazir betul..........patutnya duit tu diperuntukkan untuk rakyat yang miskin & hidup melarat |
|
| |
shahrul_sky REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : Taman Bersatu Putatan Tag ID: : SFC00119 Points : 12805 Reputation : 3 Number of posts : 496
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 12/5/2008, 10:35 pm | |
| |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Harga Uniform Parlimen RM1,500 | |
| |
|
| |
| Harga Uniform Parlimen RM1,500 | |
|