|
| PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA | |
| Author | Message |
---|
Hulk Malaysia JUNIOR
location : Kota kinabalu-KL Points : 12886 Reputation : 0 Number of posts : 145
| Subject: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 8/4/2007, 10:58 pm | |
| Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat. Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan. Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.
Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi |
| | | dawggene FRESHIE
location : Kota Kinabalu Points : 12902 Reputation : 0 Number of posts : 66
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 15/4/2007, 3:14 am | |
| ada lagi sedikit penambahan. tp klo korg tanya dari segi statistik aku nda dpt jawab la...
klo tayar kurang angin, akan menyebabkan geseran tambahan di permukaan jalan ~ geseran + daya engine untuk mengatasi geseran = petrol >
pengunaan bodykit yg tidak sesuai menyebabkan geseran permukaan kereta berlawan dengan potongan angin = petrol >
spoiler yg 'WOW'. spoiler berfungsi untuk menambah cengkaman roda belakang dgn menggunakan beban dari angin ~ bertambah berat = petrol >
rim 'bling²' ato 'WOW', biasanya lebih berat banding rim asal. ~ bertambah berat = petrol >
cement kereta, nak cover kurap² ato untuk stylo ~ bertambah berat = petrol >
untuk mengatasi masalah² di atas:
pastikan isipadu angin dalam tayar sesuai dengan spesifikasi. klo terlebih isi, nanti kurang grip, tarabang kereta.
bodykit dgn spoiler direka untuk memotong angin (aerodynamic). gunakan ferarri, lambo, lotus dan dll sebagai inspirasi.
beli rim yang ringan (mahal ooOOOooo). lagi bagus klo dapat pakai rim basikal.
kurangkan penggunaan cement di kereta. tutup jer kurap² kereta pakai plaster. klo nak bergaya, pakai jer cardboard ato kertas keras. |
| | | Hulk Malaysia JUNIOR
location : Kota kinabalu-KL Points : 12886 Reputation : 0 Number of posts : 145
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 16/4/2007, 6:14 pm | |
| wow... macam tul jaga korang cakap ni.. dapat dari mana artikel? ada tak rujukan mana² korang dapat.. ? |
| | | dawggene FRESHIE
location : Kota Kinabalu Points : 12902 Reputation : 0 Number of posts : 66
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 16/4/2007, 6:57 pm | |
| tiada rujukan yg spesifik, tp informasi telah digubah dari artikel² yg berkait dgn aerodinamik, fizik, interview(cerita² dari kedai kopi), pendidikan seni, dan kemahiran hidup. |
| | | pitodiackh MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : bongawan Tag ID: : SFC00006 Points : 12940 Reputation : 0 Number of posts : 434
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 19/4/2007, 2:45 am | |
| Forum ini lebih sesuai di bahagian tips penjimatan minyak sebelum ini. |
| | | dawggene FRESHIE
location : Kota Kinabalu Points : 12902 Reputation : 0 Number of posts : 66
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 19/4/2007, 9:59 am | |
| Wah, junior admin komen sama admin... |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 23/4/2007, 5:01 pm | |
| antara faktor pembaziran minyak dalam engin.... Pada asalnya semua enjin adalah bersih dan menjimatkan. Walaubagaimanapun, setelah dipakai beberapa ketika, enapan karbon mula berlaku di pelbagai bahagian enjin seperti didalam kebuk pembakaran,penyuntik dan juga pelbagai tempat lain. Kewujudan enapan karbon ini menyebabkan enjin menjadi tidak cekap.Minyak terbazir apabila sebahagian darinya terserap kedalam enapan karbon dan menjadikan ia tidak dapat dibakar. Enapan karbon yang terbentuk didalam penyuntuk pula menyebabkan semburan minyak menjadi tidak baik. Ia tidak lagi menghasilkan semburan yang halus, tetapi sebaliknya menghasilkan semburan yang lebih berupa seperti paip. Enapan karbon juga lama kelamaan akan mula rebak dari dinding enjin dan jatuh kedalam minyak pelincir, ini memendekkan jangka hayat pelincir dan menjadikan ia kotor dengan cepat. |
| | | madperak OBSERVER
Countries/State : location : penang 'n' perak Points : 12875 Reputation : 2 Number of posts : 351
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 17/5/2007, 2:35 am | |
| Aku pasal minyak nie aku xkisah sangat, klau nak jaga detail sangat, susah oooo....
Yg biasa aku buat
Isi minyak sewaktu malam, kuran permeluapan. Menggunakan gear yg betul, supaya tak bebankan enjin. Bawak slow2 selagi org tak cucuk blakang. service mau rajin. Jgn kasi org pinjam keta kita. Last skali keta parking umah, bawak motorsikal jer. |
| | | budaknakal66 REGULAR
Age : 40 location : Kajang Points : 12611 Reputation : 0 Number of posts : 429
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA 22/8/2007, 4:38 pm | |
| aku pnye minyak rm30 mggu pn pn xckup.tpt keje pnye lar dkat,5 mnit pn da sampai.tp aku pn xtau ler... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA | |
| |
| | | | PUNCA PERTAMBAHAN PENGGUNAAN PETROL KERETA ANDA | |
|
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|