| Blackout 21 April (Monday) | |
|
Author | Message |
---|
KenDiriwan JUNIOR
Age : 36 location : Tuaran Points : 12474 Reputation : 0 Number of posts : 176
| Subject: Blackout 21 April (Monday) 21/4/2008, 10:50 pm | |
| KOTA KINABALU: Sabah was thrown into total darkness about 6.45pm Monday after a trip in the grid system connecting the various power stations. As at press time at 10.30pm, power supply had yet to be restored. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) officials said they could not immediately pinpoint the exact location of the trip. Many consumers called up The Star here to complain that their telephones to the SESB hotline went unanswered. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said he had asked SESB to rectify the problem as soon as possible. Musa, who is in Kuala Lumpur attend the Rulers Conference, said he had contacted SESB to find out the reason for the power outage. He said it was believed the blackout was due to “power drag” at the independent power producing plant at Sepangar Bay.
Sources > TheStar
|
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15110 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 21/4/2008, 11:50 pm | |
| patutlah... satu sabah bah pula black out ni... sudahlah panas.. mahu lepak kedai mamak pun black out... macam rasa zaman 60an pula smlm. hidup dengan kegelapan.. minta laporan dari yg lain? black out ka tempat korang malam ni? dari jam 6.45 tadi sampai jam 10.30 pm baru ada bekalan electrik.. sunyi terus sioloon malam ni... hehehe.. |
|
| |
4x4Drifter SUPERIOR
Age : 35 location : Menggatal Kg Paling A Points : 12433 Reputation : 0 Number of posts : 2547
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 12:39 am | |
| erm tempat sya plak dr jam 6.50pm sampai jam 11.++ pm lah gitu ... susah oh member sya d center point matik2 ingat kana bom sudah kk teda karan hahahaha lawak2 |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12378 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 3:44 am | |
| tempat aku steady jak sebab ada bulan purnama..sungguh indah sambil baring dipangkuan org tersayang..nasib line clear klu inda nahas..haha..opss back to topic!! aku dgr bukan satu sabah sebab sebelah b'fort cousin aku ckp ok saja..no problem at all.. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 9:47 am | |
| mau ambil duit di bank pun kelmarin tidak dpat.......terpaksa ambil stok DCL separuh ja.......tidak cukup cash......atm out of service.....adeh...... |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 9:51 am | |
| Sabah terputus elektrik, 2 juta penduduk ‘bergelap’
Oleh ZULHISHAM ISHAK
KOTA KINABALU 21 April – Hampir 90 peratus daerah di seluruh Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik bermula dari pukul 6.45 petang sehingga tengah malam ini. Pengurus Komunikasi Korporat Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Cendramata Cinteh berkata, gangguan bekalan itu berpunca daripada kerosakan di stesen jana kuasa di Inanam dan Karambunai. Dianggarkan kira-kira dua juta penduduk Sabah terjejas ekoran gangguan tersebut. “Kerosakan di kedua-dua stesen itu telah mengakibatkan stesen jana kuasa terdekat di Sepanggar menerima kesannya. “Seterusnya, ia mengakibatkan gangguan kepada sistem utama SESB sehingga menyebabkan gangguan bekalan kira-kira 500 megawatt dialami di hampir keseluruhan Sabah. “Kawasan yang terkecuali daripada mengalami gangguan bekalan elektrik hanyalah Labuan serta pedalaman Ranau dan Telupid,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini. Cendramata berkata, kerja membaik pulih sudah dimulakan sejak pukul 7.30 malam. Antara bandar utama terjejas ialah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Sementara itu, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor lewat malam ini berkata, sehingga pukul 10 malam tadi, hampir kesemua kawasan telah dapat dipulihkan. ‘‘Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan beliau mahukan Petronas membekalkan gas bagi menyokong stesen janakuasa terlibat,’’ katanya. |
|
| |
President MonsterCrew SENIOR
Age : 40 location : KM, SABAH Points : 12215 Reputation : 0 Number of posts : 531
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 10:00 am | |
| |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 10:12 am | |
| patutla semalam panas...inda ada karan pula.spoil my time mau main pc games and tengok astro.ginila perkhidmatan yg cekap dikatakan. |
|
| |
4x4Drifter SUPERIOR
Age : 35 location : Menggatal Kg Paling A Points : 12433 Reputation : 0 Number of posts : 2547
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 10:28 am | |
| tp walau papa pun masalah kita cpt jua dia orang kaci bagus kan ... klu tidak na rasa ko mcm ikan kering + peluh hehehe |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 10:30 am | |
| Terima kasih kepada sesb kerana berusaha secepat mungkin memulihkah bekalan letrik.......susah jugak teda karan ni....semuanya tidak ketentuan |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 10:43 am | |
| iyah bah,berpusing pusing saya mau cari angin sejuk...bukan main panas lagi semalam.nasib karan datang pukul 9.30 pm.tapi dua kali putus semalam di penampang. |
|
| |
xiaomao MODERATOR
Countries/State : Age : 35 location : Kota kinabalu,sabah Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361 Tag ID: : 00735 Points : 14147 Reputation : 24 Number of posts : 7994
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 11:00 am | |
| semalam syok2 cuci kereta...sekali xde karan...aduii....terus tidur sampai pagi ini.... |
|
| |
vamsufer REGULAR
Points : 12482 Reputation : 0 Number of posts : 485
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 11:13 am | |
| - xiaomao wrote:
- semalam syok2 cuci kereta...sekali xde karan...aduii....terus tidur sampai pagi ini....
teda mandi kah? hahahaha |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 11:15 am | |
| bagusnya ko geng,buli tidur lagi...saya berguling guling mau tidur inda dpt.last2 ambil kertas A4 berapa keping dan layan kipas...pakai tangan he he he |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 12:40 pm | |
| bila aku dngr lebih kurang 90% pnddk sabah begelap smlm.. trus aku jd bingung? .. ya la sini Beaufort steady jak karan dia smlm . Nasib baik Beaufort not including dlm insiden smlm, klu nda SANGSARA jua mo kasi tido anak aku. tau la dia tu pantang klu panas. cian pla kamu smlm tau |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 22/4/2008, 7:18 pm | |
| semalam saya lalu sesb building, terang benderang dengan lampu neon sama sportlight. cilakak betul!! hahaha
jangan pula macam di usa tahun 1988 seluruh bandar tiada electric hehe. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Pencuri besi punca Sabah bergelap 23/4/2008, 10:15 am | |
| Pencuri besi punca Sabah bergelap
Oleh Suzianah Jiffar [url=mailto://][/url]
KOTA KINABALU: Kehilangan beberapa batang besi dipercayai dicuri hingga meruntuhkan menara talian penghantaran 132 kiloVolt (kV) milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Suang Parai, Inanam, dikenal pasti punca sebahagian besar negeri itu bergelap beberapa jam, petang kelmarin.
Pengarah Urusan SESB, Baharin Din, berkata pihaknya mengesan kehilangan 20 batang besi menara itu dengan setiap satunya berukuran antara 4.5 meter hingga enam meter panjang dan berat 10 kilogram (kg).
Beliau berkata, keruntuhan menara itu menyebabkan sistem talian bekalan elektrik terpelantik dan secara automatik ia turut berlaku di semua stesen jana kuasa SESB serta pengeluar tenaga bebas (IPP) berikutan penurunan frekuensi.
“Pemantauan SESB di tempat kejadian mendapati 20 batang besi menara hilang disyaki dicuri dan laporan polis sudah dibuat. Kalau besi itu dijual, keuntungannya cuma dalam RM40 tetapi SESB menanggung kerugian besar, begitu juga kira-kira 300,000 pelanggan kami.
“Berdasarkan siasatan awal dan bukti, kecurian batang besi itu bukan dilakukan dalam tempoh satu malam, sebaliknya dipercayai sejak dua atau tiga hari lalu,” katanya pada sidang media di Wisma SESB di sini, semalam.
Terdahulu, beliau melawat menara talian penghantaran yang mengalami kerosakan itu. Turut hadir, Ketua Polis Bandaraya, Asisten Superintendan Ahmad Sofi Zakaria. Kelmarin, hampir 90 peratus daerah di seluruh Sabah kecuali Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Ranau, Telupid dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik mulai jam 6.41 petang. Masalah itu dipulihkan secara berperingkat dan bekalan kembali seperti sedia kala pada jam 12.15 tengah malam.
Baharin berkata, kerosakan menara itu menyebabkan bekalan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Utara Bandar terpaksa disalurkan menerusi kabel bawah tanah 66kV dari PMU Inanam.
“Kerja pembaikan menara akan dibuat secara sementara dan dijangka mengambil masa selama tiga minggu manakala pembaikan kekal memerlukan tempoh empat bulan.
“Dalam tempoh itu, sistem pembekalan ke UMS dan sebahagian bandar raya Kota Kinabalu disifatkan sangat rapuh. SESB akan mengadakan rondaan di sekitar kawasan itu bagi memastikan tiada kerja pengorekan yang boleh menjejaskan kabel bawah tanah,” katanya. Baharin berkata, pemeriksaan di menara juga adalah rutin harian tetapi mengakui pemantauan sepenuhnya sukar dilakukan dengan hanya 2,000 kakitangan SESB berkhidmat mengendalikan bekalan di seluruh negeri. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 23/4/2008, 10:24 am | |
| Kerosakan menara kabel,SESB rugi RM300,000Oleh sitti nor azizah talata KOTA KINABALU 22 April - Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) mengalami kerugian kira-kira RM300,000 akibat kerosakan yang dialami pada menara kabel Pencawang Masuk Utama (PMU) di Suang Parai, Kota Kinabalu, petang semalam. Berikutan itu juga, SESB memerlukan perbelanjaan lebih RM400,000 untuk memperbaiki kerosakan menara kabel tersebut yang mana kerja-kerja pembaikan sepenuhnya dijangka mengambil masa empat bulan. Pengarah Urusannya, Ir. Baharin Din berkata, sebagai langkah jangka pendek kerja-kerja akan dilakukan bagi membina sebuah menara kabel sementara yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu untuk siap. Menurut beliau, komponen menara kabel sementara itu akan dibawa dari Semenanjung dengan bantuan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dijangka sampai di sini esok. Katanya, pada masa ini SESB terpaksa menggunakan kabel bawah tanah sebagai alternatif kecemasan akibat kejadian dan bekalan elektrik pada masa ini juga sangat rapuh dan tidak stabil. ''Ketika ini, kami cuma dapat menyalurkan tenaga elektrik sebanyak 66 kilovolt (kV) melalui kabel bawah tanah dari PMU Inanam, berbanding 132 kV pada hari-hari biasa," katanya pada sidang akhbar di Wisma SESB di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.41 petang semalam, bekalan elektrik terputus di semua kawasan Pantai Barat, Pantai Timur, Pantai Barat Utara, sebahagian Wilayah Persekutuan Labuan kecuali Beaufort, Keningau, Tambunan, Tenom, Telupid dan Ranau. Baharin memberitahu, punca kejadian semalam adalah disebabkan oleh menara talian penghantaran 132 kV di antara Kayu Madang ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) tumbang di kawasan Suang Parai. Ini menyebabkan talian tersebut terpelantik sehingga mengakibatkan semua stesen janakuasa SESB dan projek jana kuasa bebas (IPP) turut terpelantik akibat penurunan frekuensi. Menurutnya, jumlah kehilangan kapasiti janaan dianggarkan lebih kurang 500 megawatt (MW) dan hampir 90 peratus kawasan di negeri ini telah mengalami gangguan elektrik. Jelasnya, kerja pemulihan dimulakan secara berperingkat sejurus selepas kejadian itu. Di Sandakan dan Tawau bekalan elektrik pulih secara berasingan mulai pukul 7.15 malam, manakala Lahad Datu pula pukul 7.30 malam. Keadaan bergelap itu kembali pulih kira-kira pukul 9.55 malam, melibatkan 90 peratus kawasan di seluruh negeri. Sistem Grid dapat dipulihkan sepenuhnya pada pukul 12.15 malam tadi. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 23/4/2008, 10:34 am | |
| Patutlah.....bekalan letrik belum dapat sepenuhnya .Semalam...kakak shopping di supermarket punyalah panas......dorang pakai kipas jak aircond tidak boleh hidup....... |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 23/4/2008, 12:12 pm | |
| aku rasa penyangak2 yg slalu jual n beli besi buruk ni patut kena hambat ngan tiang letrik la :gangster: bikin susah org lo . tp siapa yg curik tu ah? local ka .... atau diorang *tut*. nasib baik sini Beaufort nda trlibat |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 23/4/2008, 1:58 pm | |
| nasib saya sini ok ja semalam hehe |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 23/4/2008, 2:09 pm | |
| - Nieto wrote:
- nasib saya sini ok ja semalam hehe
mungkin nyenyak tidur suda ko ni bro...he he he..main2 ja. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) 23/4/2008, 2:38 pm | |
| tidur mati sudah.... ZZZzzzz hehehe |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Blackout 21 April (Monday) | |
| |
|
| |
| Blackout 21 April (Monday) | |
|