SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
misteri askar mati dalam lokap tentera.... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
misteri askar mati dalam lokap tentera.... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 misteri askar mati dalam lokap tentera....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12544
Reputation : 0
Number of posts : 2311

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime10/4/2008, 2:21 am

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang
askar untuk berhenti daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) serta mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya berakhir
tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan misteri dalam lokap
tentera, kelmarin.

Kematian Prebet Mohd Shahrizal Mohd Shafie,
27, mencetuskan tanda tanya di kalangan ahli keluarga berikutan pegawai
tentera bertugas hanya memberi alasan dia meninggal dunia selepas sakit
perut, muntah dan terjatuh.

Lebih memeranjatkan apabila anggota
keluarga yang menziarah jenazah mangsa di bilik mayat Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini, kelmarin,
mendakwa melihat banyak kesan luka di pipi kiri selain parut di kepala.

Bapa
mangsa, Mohd Shafie Osman, 50, berkata dia hanya mengetahui kejadian
menimpa anak sulungnya itu selepas dihubungi pihak ATM kira-kira jam
2.30 petang kelmarin.


Dia yang menetap di Kuala Kangsar,
Perak, terkejut dengan kejadian itu berikutan Shahrizal sebelum ini
sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit berbahaya.

“Saya
cuma dimaklumkan dia (Shahrizal) muntah dan terjatuh sebelum meninggal
dunia di Kem Sungai Besi di sini. Punca kematiannya amat susah untuk
saya percaya kerana anak saya berbadan tegap dan aktif.

“Apa
yang saya tahu dia ditahan di bilik tahanan dalam kem tentera berkenaan
atas kesalahan tidak hadir bertugas sejak dua bulan lalu. Jika benar
itu kesalahan dilakukan arwah adalah tidak wajar dia dihukum secara
fizikal,” katanya ketika ditemui di HUKM, semalam.

Shafie yang
juga anggota polis berpangkat koperal di Balai Polis Kuala Kangsar,
berkata anaknya pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lalu dan kini
dalam proses untuk berhenti daripada ATM.

“Apa yang saya tahu
dia dalam proses menunggu MyKadnya siap untuk kembali menjadi orang
awam hujung April ini. Dia memberitahu tidak sabar pulang dan bekerja
sebagai polis bantuan di Bank Simpanan Nasional (BSN) serta berkahwin,”
katanya.

Sementara itu suasana di luar Bilik Mayat HUKM tegang
seketika apabila ahli keluarga mangsa gagal mendapatkan keputusan
laporan bedah siasat selepas menunggu sejak jam 9 pagi semalam.

Kakitangan
HUKM dikatakan hanya membenarkan anggota keluarga melihat jenazah
Shahrizal sebelum dibawa keluar pada jam 2.30 petang dengan van jenazah
ATM.

Bapa saudara mangsa, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Sukan
Negara (MSN), Fahmi Omar musykil punca kematian Shahrizal berikutan
ahli keluarga tidak diberikan laporan bedah siasat oleh pihak HUKM.

Menurutnya,
ahli keluarga ingin mengetahui sama ada wujud unsur kecederaan fizikal
yang menyebabkan kematian mangsa, namun doktor di HUKM memberitahu
hanya akan menyerahkannya kepada keluarga selepas melihat lokasi
Shahrizal meninggal dunia.

“Kami keliru dan tertanya-tanya,
malah bertambah pelik apabila saya melihat bengkak di perut dan dada
kiri sewaktu jenazahnya dimandikan.

“Sebagai anggota keluarga,
kami hanya mahukan kebenaran terhadap punca kejadian. Adakah dia mati
akibat sakit atau dipukul dalam tahanan?” katanya.

Menurutnya, anggota keluarga belum membuat laporan polis berikutan belum menerima laporan bedah siasat daripada pihak HUKM.

Ibu
saudara mangsa, Zaleha Ismail, 54, berkata dia sebelum ini sering
melawat mangsa ketika dalam tahanan dan mendapati dia sihat.

“Biasanya
dia akan meminta mak cik menghantar sabun mandi, selimut dan ubat
nyamuk. Semua permintaannya itu akan segera mak cik penuhi mengenangkan
dia anak yatim selepas kehilangan ibunya, Julai tahun lalu akibat sakit
darah tinggi,” katanya.

Mengulas kes itu, Ketua Polis Daerah
Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata kejadian itu
sudah dilaporkan kepada pihaknya.

Menurutnya, laporan penuh
bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa hanya akan
diketahui selepas siasatan lengkap dijalankan.
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15112
Reputation : 101
Number of posts : 7895

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime10/4/2008, 2:27 am

huhuhuhu.... artikel ni dari mana dapat? kalau boleh source disertakan bro... takut² org ingat kita yg buat artikel ni... kalau semua copy paste dari website sioloon.. matilah kita menjawab nanti .... hahaha.. but nice information
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12544
Reputation : 0
Number of posts : 2311

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime10/4/2008, 2:28 am

ok bha nanti aku tgo dari mana nie..sbb ada orang e_mail bha...
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12407
Reputation : 0
Number of posts : 2370

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime10/4/2008, 7:51 am

nie crita ada keluar brita tv3 ari1..
takziah kepada keluarga mangsa
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12504
Reputation : 0
Number of posts : 1109

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime21/4/2008, 6:53 pm

askar nie biasa kene ragging...adik aku masa mula2 masuk askar dulu..habis kulit tangan dia koyak2...siap kene sapu najis lagi dekat hidung...kesian!!!
dia syorkan kpd adik2 sy yg lain supaya jgn masuk askar.... 8)
kalau tak sanggup!!!!!!
Back to top Go down
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 12336
Reputation : 0
Number of posts : 1557

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime21/4/2008, 9:50 pm

Besalah tu sedangkan menterinya bom orang apalagi anak2 buahnya kompom dorang punya onar ba tu....
Back to top Go down
shahrul_sky
REGULAR
REGULAR
shahrul_sky

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Taman Bersatu Putatan
Tag ID: : SFC00119
Points : 12807
Reputation : 3
Number of posts : 496

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime14/5/2008, 2:46 pm

ni mesti kes kena pukul oleh org2 sana jugak tu.. besalah tentera ni..
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12127
Reputation : 0
Number of posts : 2142

misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime14/5/2008, 2:53 pm

kes dera ni suda tu...biasalah kalu lawan cakap bos,ingat bos inda buli buat apa apa...tapi kalu suda naik angin tu,segala gala nya keluar..hambat pakai itu ini.mcm juga kes kadet tentera udara tu yg kena gambar masuk TV3.org inda minat suda,jgnlah paksa paksa..
Back to top Go down
Sponsored content




misteri askar mati dalam lokap tentera.... Empty
PostSubject: Re: misteri askar mati dalam lokap tentera....   misteri askar mati dalam lokap tentera.... Icon_minitime

Back to top Go down
 

misteri askar mati dalam lokap tentera....

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: