|
Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Periksa sekali setahun.. 2/5/2008, 5:56 pm | |
| KEBELAKANGAN ini, pemilik kenderaan sering menukar stereng asal kenderaan mereka kepada bentuk yang lebih sporty.
Selain kelihatan lebih sporty, pemilik seolah-olah puas walaupun stereng baru itu tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan kilang pengeluar asal atau menyukarkan lagi pemanduan.
Menukar stereng kepada yang lebih kecil tidak menjadi satu kesalahan tetapi pemilik perlu memastikan bahagian bawah batang stereng terutama dua lengan yang dikenali sebagai 'knuckle arm' atau 'stering arm' berada dalam keadaan sempurna.
Sistem stereng yang tidak berfungsi dengan baik perlu diperbetulkan dengan segera sebelum mendatangkan kemalangan yang menyebabkan kerugian besar.
Terdapat dua lengan stereng pada setiap kereta dan reka bentuknya mungkin berlainan sedikit atau tidak sama antara model terutama bagi stereng yang dilengkapi beg udara.
Awas! Jangan membuka stereng yang dibekalkan dengan beg udara kerana ia amat berbahaya selain sensitif kepada gegaran.
Lengan stereng kiri berfungsi menggerakkan roda kiri manakala yang kanan menggerakkan roda kanan.
Lengan stereng biasanya dibuat daripada besi waja, berbentuk sebatang besi bulat sepanjang kira-kira lapan sentimeter dengan hujung bahagian dalam bersambung kepada gigi stereng berlubang.
Manakala hujung bahagian luar bersambung kepada pemegang induk besi roda yang turut disambung dengan bebola besi dan lurah skru pengikat nat.
Kekuatan sambungan lengan stereng terletak pada ikatan nat dan pasak (bolt) berlurah skru.
Untuk keselamatan, anda perlu mencucuk pin secara melintang terhadap lubang pasak pada ikatan nat tetapi pergerakan serta hentakan roda dan goncangan stereng menyebabkan ia longgar.
Begitu juga dengan pasak berlurah skru pada penyambung gigi stereng. Ia lebih mudah menjadi longgar dan terlucut apabila gegaran demi gegaran ketika kenderaan bergerak.
Justeru, penting lengan stereng diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam satu tahun kerana ia adalah nadi kepada kawalan kereta anda.
Mekanik bertauliah boleh mengesyorkan sama ada lengan stereng patut ditukar baru atau diketatkan tetapi lengan stereng boleh bertahan sehingga lebih 10 tahun.
Bagi kenderaan yang berusia lebih 10 tahun, pemilik perlu menjalani pemeriksaan kerana stereng yang berusia lebih 10 tahun dianggap tidak selamat dan perlu diperiksa.
Lengan stereng boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alat ganti kereta dengan pada harga tidak melebihi RM100 seunit bagi kereta bukan jenis mewah.
Anda dinasihati menggantikannya sepasang (kiri dan kanan) supaya ia mempunyai keseimbangan.
Jika bercadang menggantikannya sendiri, jetkan kereta sehingga kedua-dua tayar tergantung sebelum membuka ikatan nat dan pasak secara berhati-hati.
Masukkan bahagian yang baru dan ketatkan dan cuba menggerakkan stereng ke kiri atau ke kanan.
Apabila selesai, penjajaran roda mesti dilakukan dan anda dinasihatkan membuat penjajaran menggunakan sistem komputer supaya keseimbangan tayar lebih tepat. |
|
| |
mantan73 CONTRIBUTOR
Age : 111 location : SEMPORNA-KK Points : 12285 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 2/5/2008, 7:27 pm | |
| |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 3/5/2008, 12:22 am | |
| satu lagi info yang berguna untuk para pemilik kereta.. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 3/5/2008, 12:29 am | |
| dan juga pakai saja steering ori untuk keselematan, ianya dibuat oleh besi dan kalau kemalangan, ia cuma bengkok saja. kalau macam steering ferrari saya atau steering vip yang dibuat oleh tanduk kerbau atau kayu, memang bahaya. sebab kalau kemalangan, ianya akan patah dan boleh tertikam badan anda. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 3/5/2008, 12:31 am | |
| barulah ku tahu.....thanks andy for info |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14366 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 3/5/2008, 1:08 am | |
| |
|
| |
jaguar SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 location : kk,Run-Now,Brunai Points : 12205 Reputation : 0 Number of posts : 2129
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 3/5/2008, 5:39 pm | |
| |
|
| |
Dvivie99 REGULAR
Age : 47 location : KL & KK Points : 12228 Reputation : 0 Number of posts : 411
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 3/5/2008, 10:16 pm | |
| Ya btul tu..stereng sporty mmg disukai..digilai..tp keselamatan tu penting. Coz stereng rusak kita bleh beli baru...klu nyawa kita teda jual d kadai weiii... Ingat2 la aaaaa....... |
|
| |
jambory2001 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : Tamparuli Sabah Points : 12060 Reputation : 0 Number of posts : 430
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 8/7/2008, 9:28 pm | |
| lengan sterring?? sama ka tu dengan Drive shaft?? |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. 8/7/2008, 9:37 pm | |
| bukan driveshaft bro, actually driveshaft tidak berkaitan dengan steering. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Periksa sekali setahun.. | |
| |
|
| |
|