SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12256
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Empty
PostSubject: Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan   Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Icon_minitime6/5/2008, 7:22 am

Pelakon Nasreen Ngasri serta emak dan adik cedera dalam kemalangan

SEREMBAN: Pelakon Nasreen Ngasri, 25, atau lebih dikenali sebagai ’Darling’ serta emak dan adiknya dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 247, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang dekat sini, pagi ini.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Halil Hamzah, berkata kemalangan itu berlaku jam 7.50 pagi ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

"Nasreen yang memandu dalam keadaan jalan licin akibat hujan dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbabas sebelum melanggar belakang lori, dan akibatnya, bahagian depan kereta remuk manakala lori yang membawa pokok bunga itu terbalik di tengah lebuh raya,” katanya.

Nasreen mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher manakala emaknya, Habibah Jaafar, 53, mengalami lebam di muka dan cedera di kaki kanan, dan adiknya, Norsuhada, 14, cedera di badan.

Adik Nasreen, Nasriah Ngasri, 24, atau lebih dikenali sebagai ’Anne’ bersama suaminya, Abdul Wafi Hassan, 26, adalah antara yang awal melawat mereka.

Abdul Wafi berkata Nasreen serta emak dan adiknya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri kenduri di rumah saudara mereka di Johor Bahru.

"Kami terkejut menerima berita kemalangan itu pagi ini dan bergegas ke HTJS.

"Kami sepatutnya mengadakan sedikit jamuan kesyukuran sempena hari lahir saya hari ini, tetapi tak sangka ini pula terjadi. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Pemandu lori Mohd Alif Yusof, 25, yang ditemui di tempat kejadian, berkata beliau dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur apabila tiba-tiba belakang lorinya dirempuh sebuah kereta.

"Akibat rempuhan itu, saya hilang kawalan lalu terbalik di tengah lebuh raya. Namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya. — Bernama

credit to : Berita Harian online
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12256
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Empty
PostSubject: Re: Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan   Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Icon_minitime6/5/2008, 7:34 am


Kereta BMW milik pelakon dan pengacara Nasreen Ngasri atau lebih dikenali sebagai Darling, 25, remuk setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa pokok bunga di KM247 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Nasreen dikatakan gagal mengawal kereta itu yang dipandunya semasa hujan menyebabkannya melanggar belakang lori berkenaan.

Akibat kemalangan itu, Nasreen cedera di kepala dan leher, ibunya Habibah Jaafar, 53, cedera di kaki dan muka manakala adiknya Norsuhada, 14, cedera di badan.

Mereka, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, adalah dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur.



Anne Ngasri menolak kerusi roda norsuhada kat hospital tuanku jaafar, seremban



Habibah Jaafar (53)




Nasreen Ngasri (darling) yg diusung kat hospital tuanku jaafar, seremban
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12470
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Empty
PostSubject: Re: Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan   Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Icon_minitime7/5/2008, 12:44 pm

MALANG TIDAK BERBAU.. aku bila dngr psl eksiden2 ni.. trus tringat kisah silam yg buat aku mau.. cry ...
Back to top Go down
Sponsored content




Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Empty
PostSubject: Re: Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan   Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan Icon_minitime

Back to top Go down
 

Pelakon Nasreen Ngasri cedera dalam kemalangan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: