First topic message reminder :
Pengurus wanita lebih fokus
[url=mailto://][/url]
SYDNEY: Wanita adalah ketua yang lebih baik berbanding lelaki dalam kebanyakan lapangan perniagaan kecuali dua bidang pengurusan tetapi lelaki memiliki keupayaan apabila tumpuan perlu diberi kepada soal memastikan keuntungan.
Data yang dikumpulkan daripada 1,800 Ketua Pegawai Eksekutif serta pengurus wanita dan lelaki Australia mendapati wanita menunjukkan cara lebih strategik, sedia mengambil risiko, mempunyai skil dan inovasi serta menyamai lelaki dalam bidang membabitkan kestabilan emosi.
Namun, lelaki mengatasi wanita apabila perlu mengarah dan mengawal operasi pengurusan serta memberi tumpuan kepada mendapatkan pulangan kewangan.
Tinjauan itu yang dibuat untuk Program Langkah Kepemimpinan oleh firma perunding pekerjaan, Peter Berry Consultancy, mendapati wanita lebih kemungkinan mengambil risiko dengan idea mereka dan mencabar keadaan.
“Wanita bercita-cita tinggi, berani, nakal, ceria dan penuh imaginasi. Mereka lebih yakin, berdaya saing dan mempunyai wawasan,” kata Pengurus Besar program berkenaan, Gillian O'Mara.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati lelaki lebih memberi fokus kepada tugas dan memberi tumpuan dalam memastikan tugas diselesaikan berbanding berurusan dengan masalah hubungan.
“Lelaki percaya pada dasarnya wang adalah penting. Motif utama mereka dalam hidup berkisar sekitar pendapatan, bajet dan keuntungan. Di rumah dan tempat kerja, mereka mensasarkan peluang kewangan.
“Mereka lebih fokus kepada tugas dan memberi tumpuan memastikan tugas diselesaikan tanpa begitu ambil berat mengenai hubungan,” kata O’Mara. - Agensi