SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Akhirnya Azharina akui dah bercerai Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Akhirnya Azharina akui dah bercerai Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Akhirnya Azharina akui dah bercerai

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12429
Reputation : 0
Number of posts : 737

Akhirnya Azharina akui dah bercerai Empty
PostSubject: Akhirnya Azharina akui dah bercerai   Akhirnya Azharina akui dah bercerai Icon_minitime12/5/2008, 7:57 am

Akhirnya Azharina akui dah bercerai

[url=mailto://][/url]

Penyanyi popular berpisah dengan suaminya awal Februari lalu

APABILA mengikuti segala kontroversi panas yang membabitkan isu perkahwinan dan perceraian Juara Bintang RTM 2001, Azharina Azhar, 23, berdetik di hati Zubir untuk bertanya dengan tuan punya badan, sejauh mana kebenarannya selepas sekian lama Zubir sekadar mengikuti perkembangan mengenainya menerusi akhbar, majalah dan kaca TV saja.

Sudah lama Zubir tidak bertentang mata dengan Azharina dan agak mengejutkan, dia tidak menolak pelawaan Zubir untuk bertemunya baru-baru ini bagi mendapatkan kepastian cerita sebenar.
Bersama linangan air mata, Azharina membuka bicaranya.
“Benar Abang Zubir, Rina (Azharina) pernah berkahwin pada 2006. Nama suami Rina ialah Datuk Shukri Haji Mohamed berusia 51 tahun. Dia adalah peguam dan bekas ahli Parlimen Kelantan. Jika sebelum ini banyak cerita Rina dengar, Rina hidup bermadu. Baiklah, terus-terang Rina katakan di sini, Rina adalah isteri ketiga Datuk Shukri!

“Bukan niat Rina untuk merahsiakan perkahwinan ini daripada pengetahuan media dan peminat, tapi ia semata-mata mengikut kehendak suami, justeru Rina perlu akur dengan kemahuannya yang meminta perkahwinan kami tidak dihebohkan. Sebelum kahwin, Datuk kata dia tidak kisah perkahwinan kami diketahui umum, tapi apabila sudah bergelar isterinya, dia mahu saya merahsiakannya. Saya keliru dan serba salah,” kata Rina berterus-terang.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Elergi Sepi ini tidak mampu berselindung lagi apabila dia akhirnya mengakui, perkahwinannya dengan Datuk Shukri hanya mampu bertahan kira-kira dua tahun saja apabila awal Februari lalu, Datuk sudah melafazkan talak terhadapnya.

“Benar, Rina sudah bercerai. Kini, tempoh edah Rina baru saja tamat. Justeru, jika sebelum ini apabila orang bertanya sama ada Rina sudah bercerai atau belum, Rina tidak berani membuat sebarang pengesahan, Rina kena tunggu habis edah. Rina yang meminta perceraian ini daripada Datuk, antara kami sudah tidak ada jodoh. Tapi, percayalah, sampai ke saat ini, saya masih menyayangi Datuk,” kata Rina sambil air matanya semakin banyak membasahi pipinya yang putih gebu itu.

Tanpa berselindung juga, Azharina turut mengaku kepada Zubir, dirinya pernah mengandung, tapi selepas usia kandungannya melewati dua bulan, dia keguguran selepas terjatuh tangga. Sebelum pulang, Azharina sempat merayu kepada rakan media di luar sana, hentikanlah segala spekulasi yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

“Berilah ruang pada Rina perbaiki keadaan. Selagi Rina diterima peminat, Rina akan terus menyanyi. Rina masih ada tanggungan di kampung dan pekerja yang harus diberi gaji,” katanya yang memiliki produksi sendiri, Top 3 Production Sdn Bhd dan Azharina Entertainment.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 478

Akhirnya Azharina akui dah bercerai Empty
PostSubject: Re: Akhirnya Azharina akui dah bercerai   Akhirnya Azharina akui dah bercerai Icon_minitime12/5/2008, 8:40 am

Ex student convent,She get married masa umur 21thn...ada great tone of voice,sygnya dia pilih utk kawin di usia muda..jd 3rd wife lg. Aduiiii....
Past is past rina...still blom terlambat lg...jgn persia2kan bakat anda..
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12592
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Akhirnya Azharina akui dah bercerai Empty
PostSubject: Re: Akhirnya Azharina akui dah bercerai   Akhirnya Azharina akui dah bercerai Icon_minitime12/5/2008, 2:50 pm

mimie1010 wrote:
Ex student convent,She get married masa umur 21thn...ada great tone of voice,sygnya dia pilih utk kawin di usia muda..jd 3rd wife lg. Aduiiii....
Past is past rina...still blom terlambat lg...jgn persia2kan bakat anda..
yap msh blum trlmbt lg... smoga trus brjaya dlm kerjaya
Back to top Go down
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12542
Reputation : 0
Number of posts : 2311

Akhirnya Azharina akui dah bercerai Empty
PostSubject: Re: Akhirnya Azharina akui dah bercerai   Akhirnya Azharina akui dah bercerai Icon_minitime14/5/2008, 9:41 am

up dulu pic hubby rina tue..

Akhirnya Azharina akui dah bercerai 2420388769_35675ca8c2_o
Back to top Go down
shahrul_sky
REGULAR
REGULAR
shahrul_sky

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Taman Bersatu Putatan
Tag ID: : SFC00119
Points : 12805
Reputation : 3
Number of posts : 496

Akhirnya Azharina akui dah bercerai Empty
PostSubject: Re: Akhirnya Azharina akui dah bercerai   Akhirnya Azharina akui dah bercerai Icon_minitime14/5/2008, 2:50 pm

jadi isteri ke 3 kah..?? alalalalalalala... rugi status janda tu..
Back to top Go down
Sponsored content




Akhirnya Azharina akui dah bercerai Empty
PostSubject: Re: Akhirnya Azharina akui dah bercerai   Akhirnya Azharina akui dah bercerai Icon_minitime

Back to top Go down
 

Akhirnya Azharina akui dah bercerai

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: