drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Elak benda putih 2/5/2008, 12:47 am | |
| Oleh Mohd Roji Abdullah mdroji@bharian.com.my
BATU PAHAT: “Saya cuba mengelak sesuatu objek berwarna putih yang tiba-tiba melintas di depan kereta ketika melalui selekoh gelap.
“Dalam sekelip mata, saya berasa hentakan kuat. Kemudian saya memanggil abah di sebelah tapi dia senyap saja,” kata Mohd Hairul Mohd Lani, 22, yang terselamat dalam kemalangan meragut dua nyawa, awal pagi semalam.
Dalam kemalangan jam 4 pagi di Kilometer 3, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam di sini, bapa Mohd Hairul, Mohd Lani Maskon, 46, dan sepupunya, Azlan Roslan, 16, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan beberapa bahagian badan.
Mohd Hairul cuma cedera di dada dan tangan manakala adiknya, Mohd Nizam, 19, serta sepupu, Azli Roslan, 26, cedera parah di kepala serta badan dan masih dirawat di wad Hospital Batu Pahat.
Menurut Mohd Hairul, sehingga sekarang, dia tidak dapat mengenal pasti objek berwarna putih yang tiba-tiba melintas di depan kereta dipandunya.
“Saya memang tidak tahu apa sebenarnya objek itu dan ketika kejadian hanya saya seorang yang sedar manakala yang lain semuanya tidur,” katanya.
Sebelum kejadian, katanya, dia sekeluarga menguruskan sajian untuk majlis meraikan sekumpulan pelatih politeknik yang sedang menjalani perkhemahan di pusat peranginan diusahakan bapanya di Institut Haiwan Ayer Hitam.
Selepas majlis itu, bapanya mengajak mereka memancing di kolam di pusat peranginan itu.
“Selepas puas memancing, abah mengajak kami balik. Dia yang memandu hingga ke pintu keluar dari kawasan institut haiwan itu.
“Apabila melalui jalan utama Kluang-Batu Pahat, abah meminta saya memandu kerana dia mengantuk. Selepas saya mengambil alih pemanduan, abah terus tertidur dan tak sangka pula dia akan tidur (meninggal dunia) selama-lamanya,” katanya.
Mohd Lani meninggalkan seorang balu, Rozita Musbah, 39, serta empat anak lelaki berusia antara dua setengah tahun hingga 22 tahun.
Mangsa turut mengusahakan ladang ternakan kambing boer di Kampung Sri Jasa, Sri Medan.
Rakan kongsinya, Kamil Jaini, berkata arwah yang dikenalinya sejak kecil memang seorang yang cukup rajin bekerja.
“Saya kehilangan seorang yang cukup rapat, bukan saja rakan kongsi, malah sahabat baik sejak kecil lagi.
“Saya memang terkilan dengan kehilangannya tetapi Tuhan lebih sayangkannya,” katanya.
Ladang ternakan kambing boer yang diusahakan Kamil dan Mohd Lani, antara yang berjaya di daerah ini.
Gambar mereka turut disiarkan dalam sisipan Johor Buzz, New Straits Times, semalam, iaitu pada hari pemergian Mohd Lani.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Mohd Hairul gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan. |
|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Elak benda putih 2/5/2008, 12:08 pm | |
| bah hantu lah bah tu.. apalagi.. |
|
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12127 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Elak benda putih 2/5/2008, 12:13 pm | |
| biasalah tu..usah ditegur bah...paham paham aja lah |
|
sakura CONTRIBUTOR
Age : 46 location : JB Points : 12504 Reputation : 0 Number of posts : 1109
| Subject: Re: Elak benda putih 21/5/2008, 1:48 pm | |
| saja nak mengusik tu!!!!! |
|
blugu ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 46 location : Kota Kinabalu-Putatan Tag ID: : SFC02202 Points : 12595 Reputation : 10 Number of posts : 2945
| Subject: Re: Elak benda putih 22/5/2008, 7:23 am | |
| Alasan mau ambik bisnes bapa dia nie? atau mau mengelak dari siasatan polis.... hahahaha... jkjkjkjkjk...
Last edited by blugu on 22/5/2008, 7:25 am; edited 1 time in total |
|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Elak benda putih 22/5/2008, 7:24 am | |
| benda tu mau uji dia ba....... |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Elak benda putih | |
| |
|