Tahukah Anda?
Kira-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap
sikap suami yang terus tidur atau beredar dari
tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu
masalah.
Kerana mereka tidak suka perangai sedemikian.
Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai
mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar
berbual mesra.
Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang
tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana
mereka inginkan teman untuk berbual, terutama
perkara berkaitan peribadi.
Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya
mementingkan diri.
Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada
suami hanya disebabkan masalah berkenaan.
Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan
hanya sekadar menunaikan tanggungjawab,
menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.
Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki,
kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok
dengan keintiman seksual.
Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas
mereka salah.
Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual
semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual
dengan pasangan anda juga satu keseronokan.
Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika
aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan
yang mereka lakukan.
Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar,
apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat
perhatian.
Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar
begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan
utama mereka ialah surat khabar.
Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang
mahukan perhatian ketika mereka berbual.
Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki
menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang
lain akan menjadi kabur kepada mereka.
Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula
jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.
Seorang isteri akan mendapati banyak lagi
perbezaan di antara diri mereka dengan suami
kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak
lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri
kurang senang. Seperti tabii pembawaan daripada
keluarga, alam sekitar dan pengalaman.
Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar
menempuhinya.
Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi
bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri
ia boleh diubah.
Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat
putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi
pasangan anda.