SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12422
Reputation : 0
Number of posts : 2311

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime23/5/2008, 5:57 pm

L/belakang Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

-
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000
pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas
tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1
juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat
Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana
sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan
sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras
kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.
Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke
surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar
yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja
seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak
bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa
lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan;
banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3.
Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam
saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh
menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi
tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali
kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta
orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah
jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka
(bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita.
Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar
dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan
kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.
Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York
dan London. Saya pun suka pakai baju elok.... Tapi kita hendak bermewah
setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa
rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12.
Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13.
Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita
tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah
tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14.
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah
banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
Back to top Go down
hYNdrAkrAziE
REGULAR
REGULAR
hYNdrAkrAziE

Male
Countries/State : Canada
Age : 41
location : Beaufort ke Lahad Datu
Points : 12002
Reputation : 0
Number of posts : 390

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime23/5/2008, 6:18 pm

Org ni memang rendah diri..ceritanya nie aku uda pernah dgr lama suda..walaupun dia dikira jutawan smua hartanya dia gunakan utk kebajikan..fuiyooo bukan ramai org kitani macam dia..jutawan pakai perdana ja..kalau kita nie kali hummer suda di beli wahaha!!! lubang idung pun kuyak..hari² eksen...eheheh!!! marilah kita mencontohi org nie...bahagia dunia akhirat hehe!!! Piss!! Very Happy
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14990
Reputation : 101
Number of posts : 7895

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime24/5/2008, 12:25 am

aku respect betul dengan dia ni... humble.. tapi berisi.. cerita dia ni sedikit sebanyak mampu membantu kita yg masih baru menceburi bidang perniagaan ini. vip_user ambil tauladan cerita beliau ni...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12258
Reputation : -1
Number of posts : 6286

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime24/5/2008, 1:19 am

mana dapat nie bro??
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12251
Reputation : 0
Number of posts : 2041

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime26/5/2008, 3:59 pm

pendidikan spm jah tapi kaya..gam jadi mentua aku ni What a Face
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12101
Reputation : 0
Number of posts : 1246

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime26/5/2008, 5:16 pm

memang semua info vip lah rangking....kan
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12472
Reputation : 0
Number of posts : 1268

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime29/5/2008, 8:55 am

kesimpulan yg kita dpt dr informasi ini adalah.. semua org mampu utk brjaya asalkn kita rajin brusaha, yakin dengan diri sendiri n slalu mendekati yg Maha Kuasa.. Very Happy
Back to top Go down
HayyTheCool
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Malaysia
Age : 32
location : Sarawak,Malaysia
Points : 10907
Reputation : 1
Number of posts : 1

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime18/10/2009, 9:06 pm

ehm..
hati die yg pemurah krn dtg dr keluarga yg "miskin" kunci kejayaan dan sifat rendah diri beliau dan sentiasa nak berkhidmat kpd masyarakat..
harap ramai lg umat Islam terutama di mly mencontohi teladan beliau
~rezeki 2 Allah akan bg lpd sesiapa yg berusaha mencari nya
~wasalam~
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12472
Reputation : 0
Number of posts : 1268

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime20/10/2009, 11:20 am

aku dah print out kisah psl beliau ni.. slalu aku baca utk memotivasikn diri ini mana tau satu hari boleh jd macam dia? renung2kn n slamat bramal
Back to top Go down
DonJuanDeMarco
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : Selangor
Age : 47
location : SHAH ALAM
Points : 11885
Reputation : 9
Number of posts : 269

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime20/10/2009, 11:32 am

untuk pengatahuan..

10 org terkaya didunia sekolah tak abis pon....

terbaru TSSM beli saham lebih 60% untuk selamatkan peniaga Padi di kedah dari di kuasai sepenuhnya jutaan dari china... ..

semoga Allah memberkati niat baik beliau ..amin
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12676
Reputation : 0
Number of posts : 649

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime26/10/2009, 8:56 pm

yaa...amin
Back to top Go down
ah chong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ah chong

Male
Countries/State : Australia
Age : 41
location : melbourne,australia
Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon
Tag ID: : SFC 06241
Points : 12579
Reputation : 10
Number of posts : 1288

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime29/10/2009, 6:53 pm

tuelha bila kita udah senang bantu2 org yang dalam kesusahan..bukan pi berjoli sakan sampai lupa diri...
Back to top Go down
Sponsored content




TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Empty
PostSubject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)   TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) Icon_minitime

Back to top Go down
 

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: