SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Deja Moss, Fendy sedia kahwin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Deja Moss, Fendy sedia kahwin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Deja Moss, Fendy sedia kahwin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Deja Moss, Fendy sedia kahwin Empty
PostSubject: Deja Moss, Fendy sedia kahwin   Deja Moss, Fendy sedia kahwin Icon_minitime24/6/2008, 9:56 am

Deja dan Fendy bakal ke pelamin

Oleh JESSABELL SOO


Deja Moss, Fendy sedia kahwin Hi_01.1
PERKENALAN sebagai sahabat akhirnya membibitkan rasa cinta antara Fendy dan Deja.




MEREKA sebenarnya sudah mengenali lebih 10 tahun tetapi tidak saling berhubung. Namun, selepas bertemu semula dua tahun lalu, hubungan antara Deja Moss, 35, dan Azfendy Azzuddin (Fendy), 29, mula rapat dan semakin serasi.
Memandangkan hubungan mereka sudah direstui ramai terutamanya pihak keluarga, maka timbul persoalan mengenai status hubungan mereka.

Malah pihak media juga sebelum ini sudah mengetahui tentang keakraban mereka, tetapi baik Deja atau Fendy tidak banyak mengulas. Mungkin mahu membiarkan bibit-bibit cinta antara mereka berlangsung tanpa gangguan.
Justeru apabila Deja mendedahkan situasi terkini hubungannya dalam sidang akhbar kelmarin, ada yang terkejut. Kata Deja antara dia dan Fendy sudah menemui titik noktah perhubungan mereka.
Kahwin tahun ini
Deja dengan senyuman mengiyakan bahawa perhubungan itu sudah ke tahap yang cukup selesa sekali.
"Perkara baik kita akan umum nanti. Dijangka dalam tahun ini kami akan bernikah. Kalau jadi, kami akan hantar kad undangan. Saya tidak suka sorok-sorok benda baik. Itu bukan cara saya.
"Mungkin dalam masa dua atau tiga minggu lagi saya akan memberitahu kepada semua dalam sidang media. Lagipun sekarang saya kena jaga hati banyak pihak," kata Deja pada sidang media di Kuala Lumpur bagi mempromosikan acara Malam Bersama Anuar Zain di Kota Kinabalu dan Kuching.
Memberitahu keluarganya tidak pernah menyoal lebih mengenai kehidupan peribadinya, Deja juga tidak mempunyai masalah terutamanya dari segi komunikasi dengan keluarga Fendy.
"Keluarga kami berdua sudah lama mengenali memandangkan ibu kami sama-sama berasal dari Sarawak. Oleh kerana hubungan kekeluargaan ini, kami menjadi lebih rapat. Kami sudah mendapat restu daripada ahli keluarga," tambah Deja.
Mula menjalin hubungan serius kira-kira setahun tiga bulan lalu, Deja juga menegaskan bahawa episod baru hidupnya yang bakal dibina tidak lama lagi tiada kena mengena dengan cerita lama teman lelakinya.
Hubungan ini terjalin selepas Fendy putus tunang bersama pelakon drama Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar yang juga anak kepada dramatis Aznah Hamid. Dan disebabkan itu, Deja sendiri juga tidak 'mempercayai' perhubungan dalam istilah pertunangan.
"Semasa saya bersama Fendy, dia sudah kembali solo. Jadi saya bukan perampas atau orang ketiga seperti yang dikhabarkan.
"Kami juga tidak merancang untuk bertunang. Dulu dia pun bertunang selama empat tahun tetapi hubungan itu tidak sampai ke mana. Jadi tunang itu tidak perlulah," tambah Deja yang bakal merakamkan album kelimanya tidak lama lagi.
Deja Moss, Fendy sedia kahwin Hi_01.2





Lelaki yang dinantikan
Walaupun dengan jurang usia enam tahun, Deja yakin Fendy adalah lelaki yang dinanti-nantikan olehnya. Menyangkal bahawa dia seorang yang memilih, Deja juga tidak memandang wang ringgit sebagai faktor utama mencari calon suami.
"Sebelum ini memang saya tidak terfikir untuk berkahwin. Mungkin hati saya belum terbuka kerana tidak berjumpa dengan lelaki idaman.
"Selain daripada itu, usia saya yang semakin meningkat. Jadi saya rasa ini adalah masa yang sesuai. Tetapi saya bukan wanita yang materialistik," ujar Deja yang bakal membuat persembahan bersama Anuar Zain pada bulan Julai dan Ogos di Kota Kinabalu dan Kuching.
Kahwin cara sederhana
Penyanyi yang terkenal dengan Asmara Ini dan kekasihnya itu juga mengharapkan majlis pernikahan secara kecil-kecilan.
Fendy yang turut hadir pada sidang media sebagai penganjur persembahan berkenaan turut diajukan soalan berkaitan hubungannya dengan Deja.
Katanya, buat masa ini, kedua-dua pihak keluarga sedang berbincang mengenai persiapan majlis itu. Fendy juga memberitahu bahawa majlis hari bahagia mereka mungkin akan berlangsung di Kuala Lumpur.
"Kalau boleh kami mahukan majlis yang sederhana sahaja. Majlis sanding mungkin kemudian tetapi tidak pasti lagi lokasinya. Tetapi kami berharap pernikahan ini boleh berlangsung sebelum bulan puasa ini," jelas Fendy yang juga merupakan Pengarah Urusan dc borneo Sdn. Bhd.
Menurut Fendy dia akan sentiasa menyokong Deja dalam dunia seninya.
"Saya kenal dia sebelum dia bergelar penyanyi. Jadi saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kariernya. Saya akan menyokongnya," katanya.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
kuai
MODERATOR
kuai

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 03039
Points : 12012
Reputation : 0
Number of posts : 1258

Deja Moss, Fendy sedia kahwin Empty
PostSubject: Re: Deja Moss, Fendy sedia kahwin   Deja Moss, Fendy sedia kahwin Icon_minitime24/6/2008, 12:28 pm

addedeedee.....btl kaitu dorg ni...hehehhehehhehehee...god bless them..
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12371
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Deja Moss, Fendy sedia kahwin Empty
PostSubject: Re: Deja Moss, Fendy sedia kahwin   Deja Moss, Fendy sedia kahwin Icon_minitime24/6/2008, 2:34 pm

moga-moga ke jinjang pelamin...
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 41
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15204
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Deja Moss, Fendy sedia kahwin Empty
PostSubject: Re: Deja Moss, Fendy sedia kahwin   Deja Moss, Fendy sedia kahwin Icon_minitime28/6/2008, 10:43 am

harap2 cepat naik pelamin... umur pun bkn makin muda, tak gitu? hehehe...
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12620
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Deja Moss, Fendy sedia kahwin Empty
PostSubject: Re: Deja Moss, Fendy sedia kahwin   Deja Moss, Fendy sedia kahwin Icon_minitime30/6/2008, 2:36 pm

kalau jd kawin...moga2 bahgia sampai k anak cucu...
Back to top Go down
shahrul_sky
REGULAR
REGULAR
shahrul_sky

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Taman Bersatu Putatan
Tag ID: : SFC00119
Points : 12805
Reputation : 3
Number of posts : 496

Deja Moss, Fendy sedia kahwin Empty
PostSubject: Re: Deja Moss, Fendy sedia kahwin   Deja Moss, Fendy sedia kahwin Icon_minitime1/7/2008, 8:14 pm

kasih chance lah c deja moss ni kahwin..
Back to top Go down
Sponsored content




Deja Moss, Fendy sedia kahwin Empty
PostSubject: Re: Deja Moss, Fendy sedia kahwin   Deja Moss, Fendy sedia kahwin Icon_minitime

Back to top Go down
 

Deja Moss, Fendy sedia kahwin

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: