SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tips Untuk Autoshow Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tips Untuk Autoshow Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tips Untuk Autoshow

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
arnajmi1
JUNIOR
JUNIOR
arnajmi1

Male
Age : 53
location : Sabah
Points : 12463
Reputation : 0
Number of posts : 121

Tips Untuk Autoshow Empty
PostSubject: Tips Untuk Autoshow   Tips Untuk Autoshow Icon_minitime26/5/2008, 9:54 pm

Perkara Yang Menambah dan Mengurangkan Markah Auto Saloon / AutoShow:-

Kita
semua sedia ketahui, tiap2 tahun mesti ada Autoshow, tak kira anjuran
dari sesiapa pun. Sekarang ni Universiti pun ada menganjur dan boleh
tahan juga penganjuran diorang nih. Dalam berbagai show yang sudah
ditinjau dan diterjah, ada beberapa perkara yang masih belum nampak
peningkatannya ... angry.gif

Berikut ada beberapa tips yang
boleh diambil dan dijadikan panduan yang boleh menambah dan
mengurangkan markah dalam pertandingan yang mungkin terlepas
pandang.... unsure.gif

PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA DILAKUKAN:-
1.
Penggunaan kapas yang dihias atau disumbat didalam komparmasi enjin,
tayar, rim dan juga pada hujung ekzos adalah sama sekali TIDAK
DIBENARKAN PENGGUNAANNYA sekarang...hehehehe.

2. Penggunaan
daun-daun dan juga bunga plastik, buah plastik juga tidak mendatangkan
sebarang penambahan markah sebaliknya memenatkan si peserta itu sendiri
dan banyak masa terbuang untuk tujuan berhias......

3. Penggunaa
kertas aluminium (foil paper) bagi tujuan membalut juga tidak akan
menambah sebarang markah. Disini telah berlaku pembaziran kos.....

4.
Penggunaan anak-anak patung yang sedikit sebanyak lari dari konsep asal
sesebuah kereta. Misalnya, keseluruhan bahagian luaran berkonsepkan
MOVE HEART VILLAGE atau KANCIL MIRA L200S (tak kira apa kategori), bila
dilihat semuanya cantik, akhirnya ada patung harimau diatas bumbung
kereta ... atau ada patung doremon ... sedangkan sedikit pun barang
berkenaan tidak merujuk kepada konsep yang mahu ditonjolkan ...
akhirnya kita sendiri tak tau apa motif peserta sebenarnya! Lagi sekali
berlaku pembaziran .... bye

Ini adalah sebahagian daripada tips yang dapat disenaraikan. Kalau ada tambahan silalah kemaskini atau kesilapan tolong perbetulkan...
Back to top Go down
ap_opticlassic
REGULAR
REGULAR
ap_opticlassic

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 39
location : Tawau
Tag ID: : 2822
Points : 12159
Reputation : 0
Number of posts : 492

Tips Untuk Autoshow Empty
PostSubject: Re: Tips Untuk Autoshow   Tips Untuk Autoshow Icon_minitime8/6/2008, 3:05 pm

untuk no .4

klu dia pakai brg L2oos....tp kena airbrush...contohnya doremon...adakah ianya di luar konsep brg itu..sebab merujuk kepada ayat ini ..(sedangkan sedikit pun barang
berkenaan tidak merujuk kepada konsep yang mahu ditonjolkan ...)....mcm mana tu ya...kurang paham sikit lah...al maklum la...naru blajar2 jak nie...he3...


bulih2 suda tu tau... Very Happy
Back to top Go down
http://www.pipercross.niceboard.net
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15110
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Tips Untuk Autoshow Empty
PostSubject: Re: Tips Untuk Autoshow   Tips Untuk Autoshow Icon_minitime3/7/2008, 1:25 am

Seperti yang diketahui, acara seperti auto show/auto salon sememangnya banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak. Mengikut pengalaman KERETA sendiri, masih ramai peserta yang masih keliru tentang corak pengadilan acara-acara seperti ini. Adakah dengan membawa masuk supercar seperti Ferrari akan menjamin kemenangan? Ataupun enjin Evo III yang menghasilkan 500hp akan menjaminkan kemenangan? Jawapannya tidak sama sekali!

Nasihat pertama KERETA kepada peserta ialah supaya memahami terdahulu corak pertandingan tersebut. Sebagai contoh, perkataan Auto Show bermaksud "Peragaan Kereta" dan perkataan "Salon" yang ser­ing disalah eja sebagai Saloon diambil daripada bahasa Perancis yang bermaksud kedai kecantikan(beauty salon).

Jadi dari perkataan tersebut, kita boleh menganggapkan bahawa pertandingan ini mementingkan kecantikan lebih daripada yang lain, dan apabila dikaitkan dengan kereta ubahsuai, sudah tentulah pengadil mahu lihat sebuah kereta ubahsuai yang CANTIK, KEMAS dan BERSIH (Sangat penting!) Sebagai langkah permulaan, selalunya pertandingan seumpama ini mempunyai 5 orang pengadil. Jumlah markah keseluruhan akan dikira mengikut purata daripada 5 orang pengadil tersebut. Oleh itu, tidak timbul masalah ketidakadilan ketika proses pemberian markah dijalankan kerana terdapat 5 kertas pengadilan yang berbeza. Sepanjang perjalanan pertandingan, KERETA belum lagi berjumpa dengan situasi di mana kelima-lima pengadil tersebut mengenali secara peribadi dengan pemilik kereta yang bertanding. Setakat ini, sistem 5 pengadil ini masih relevan dan dianggap yang paling sesuai.

Sebagai pengadil, beliau akan melihat beberapa aspek kereta bagi menentukan markah yang patut diberikan. Pertama, beliau akan melihat bahagian dalaman enjin. Bila kita bicrakan tentang "enjin", pasti ramai yang berpendapat enjin tersebut mestilah “power" dan telah diubahsuai sepenuhnya dari segi mendapatkan kuasa kuda mutlak. Pendapat itu salah. Segala ubahsuai tambahan seperti menukar enjin hanya dianggap bonus kepada kereta tersebut. Yang penting enjin kereta tersebut BERSIH, KEMAS dan kalau boleh dihias dengan cantik seperti rocker cover dicat semula/krom, kabel plug berwarna, hos-hos silikon / braided. Benda-benda tu semua akan menarik perhatian pengadil untuk memberi markah yang lebih. Ingat, ruang enjin yang kotor dan selekeh adalah faktor utama yang menyumbangkan markah sedikit di bahagian enjin! Jadi, ambillah usaha membersihkannya sebelum pertandingan.



Dari segi keselamatan pun diambil kira jugak sebab kereta-kereta yang memasuki pertandingan ini semuanya kereta-kereta kegunaan jalan raya (road use). Secara jujur pengadil tidak berupaya untuk mengadili aspek ini dengan ketepatan 100% sebab aspek ini sebenarnya hanya PUSPAKOM sahaja yang boleh memeriksa dengan ketepatan 100%. Oleh tu, pangadil akan melihat ubahsuai-ubahsuai yang boleh dilihat secara fizikal kesemua aspek yang boleh melibatkan keselamatan keseluruhan kenderaan. Sebagai contoh, jika kereta tersebut menggunakan enjin turbo, sudah tentulah sistem breknya terpaksa dipertingkatkan, sekurang-kurangnya ia mestilah menggunakan brek cakera keseluruhannya (kecuali Kancil dgn enjin L200 yang hanya perlu menukar brek cakera hadapannya). Aspek seperti tayar akan dilihat dari segi bunga tayarnya sudah haus ataupun tidak, kalau direndahkan, pengadil akan tengok pada kesan menyagat dan kalau yang terlebih perihatin, cukai jalan pun akan diperiksa untuk sama ada enjin sudah didaftarkan atau tidak.

source
www.majalahkereta.com
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Sponsored content




Tips Untuk Autoshow Empty
PostSubject: Re: Tips Untuk Autoshow   Tips Untuk Autoshow Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tips Untuk Autoshow

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: