Ezam Mohd Noor yang memasuki semula parti UMNO yang telah ditinggalkan
10 tahun dulu membuka mata kita apakah benar dia seorang pejuang?
Jika
dulu dia lantang mengkritik pimpinan kerajaan yang mengamalkan rasuah
dan sanggup dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen bertaraf OSA yang
melibatkan Rafidah Aziz tapi sekarang tanpa segan silu dia mengumumkan
untuk masuk semula ke dalam parti yang pernah dikatakan sebagai korupsi.
Adakah
saudara Ezam ingin mengubah UMNO dari dalam sebagaimana yang telah
dibuat oleh Anwar Ibrahim? Tidakkah dia melihat apa yang telah
dilakukan kerajaan kepada Anwar Ibrahim dan dia sendiri yang bangkit
melaungkan reformasi untuk keadilan kepada Anwar.
Atau Ezam
sudah dibeli oleh Khairy untuk menjadi boneka kerajaan untuk
menumbangkan Pakatan Rakyat? Apa pun tanggapan kita saudara Ezam tidak
boleh kita jadikan sebagai contoh untuk bercakap mengenai perjuangan.Bukan
senang untuk menjadi pejuang yang tulen, yang tidak mementingkan diri
sendiri dan meletakkan Allah dan Rasul dihadapan gerak geri kita. Mulut
mudah untuk mengungkapkan ayat-ayat pembangkit semangat tetapi nilai
ukurannya adalah apa yang diterjemahkan oleh diri kita sendiri adakah
selari dengan apa yang diucapkan.Masalah peribadi kita tidak
boleh dijadikan penghalang dalam menegakkan kebenaran dan sekiranya
Ezam mempunyai masalah peribadi dengan bekas bos lamanya Anwar Ibrahim
tidak patut dia menggadaikan maruahnya sendiri dengan meninggalkan
terus perjuangan yang disertainya.Mungkin sumpah seranahnya
terhadap UMNO ketika berceramah di pentas PAS memakan dirinya sendiri
yang satu ketika dulu dia pernah diucapkan di hadapan Tuan Guru Dato’
Nik Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Dan
adakah Ezam telah dilantik oleh Anwar untuk menjadi agen perosak kepada
UMNO dari dalam dan akan di bantu oleh Anwar dari luar? Segala
kemungkinan boleh berlaku biarlah masa yang menentukannya tetapi kita
hendaklah berpegang dengan prinsip kita iaitu keredhaan Allah dan Rasul
yang menjadi matlamat.