KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pengeluar kereta tempatan sudah mencapai
persetujuan untuk menyediakan dan memasang tali pinggang keledar di
bahagian belakang kenderaan secara percuma bagi kereta buatan tempatan
tidak lama lagi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat
berkata perjanjian berhubung perkara itu telah dirumuskan dan
memorandum persefahaman antara kerajaan dan pengeluar dijangka
ditandatangani dalam beberapa hari lagi.
"Kami sudah memperincikan perkara ini secara sistematik kerana ia membabitkan wang dan juga kejuruteraan.
"Kami
berharap inisiatif ini akan mengurangkan beban orang ramai berikutan
peraturan mensyaratkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang
di bahagian belakang kenderaan mulai hari ini,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan pameran lukisan Cina hari ini.
Ong
berkata, kerajaan juga sedang bekerjasama dengan sektor korporat untuk
menubuhkan tabung bagi mensubsidikan kos pemasangan tali pinggang
keledar di bahagian belakang kenderaan.- Bernama
sumber-bernama