Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan
Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah
milik Malaysia.Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.
RTM telah menyiarkan secara langsung pengumuman penghakiman tersebut dari Hague mulai jam 4 petang ini.
Penghakiman
tersebut diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat
Al-Khasawneh. Beliau mengambil masa hampir dua jam untuk membaca
keputusan tersebut.Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca
oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung
Penyusuh di Johor.Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan.Menteri
Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia
mendengar penghakiman itu di Hague, menyifatkan keputusan itu sebagai
"menang-menang". Dalam temubual yang disiar secara langsung oleh
RTM1, beliau berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak
kepada republik itu, amun penting juga dilihat bahawa kedaulatan
Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi
kepada Malaysia."Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah
memberi kemenangan epada kedua-dua pihak...pada satu peringkat mahkamah
ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta
menimbulkan kesan-kesan pentadbiran
dan lain-lain hal berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh. "Mahkamah
memutuskan untuk memberi kedaulatan kepada republik Singapura, api pada
masa yang sama...ini penting...Pulau Middle Rocks adalah diberi milik
kedaulatan kepada Malaysia. Dan ini merupakan satu kemenangan kepada
Malaysia jua," katanya. Mengenai Terumbu Karang Selatan yang
juga dikenali South Ledge, Rais berkata, mahkamah menentukan bahawa
kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki
oleh sesebuah negara. "Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang
harus disusul bersama oleh ingapura dan Malaysia menentukan tahap serta
status kedaulatan kepulauan tersebut," kata Rais.
credit by malaysiatoday