SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 10 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 10 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12042
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 13066
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime26/2/2009, 7:56 pm

PKR juga setuju sambung cuti Wong



Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PETALING JAYA: Biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang
bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk mengikut keputusan Menteri
Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melanjutkan cuti Exco dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam isu
tersebarnya gambar separuh bogel wakil rakyat itu.

"Keputusannya masih sama, Biro Politik hanya bincang dan mendengar penjelasan daripada Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor.
"Saya tidak boleh dedahkan hasil perbincangan dalam mesyuarat ini kerana semuanya sulit," katanya kepada mStar Online
Petang semalam, kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk
memanjangkan cuti Wong sehingga siasatan polis berhubung penyebaran
gambar separuh bogel ADUN tersebut selesai.Khalid berkata, sebarang
keputusan mengenai kedudukan Wong hanya akan dibuat setelah polis
selesai menjalankan siasatan.

Wong bercuti selama sebulan sejak pertengahan minggu lalu.Pagi
semalam, Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan
nasihat baginda berhubung isu peletakan jawatan Wong sebagai ADUN dan
Exco negeri berikutan tersebarnya gambar separuh bogel Wong sejak dua
minggu lalu.

Baginda bagaimanapun menyerahkan kepada Khalid untuk membuat
keputusan mengenai isu itu memandangkan kes Wong masih dalam siasatan
polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam
hal ehwal politik.

Dalam pada itu, menurut Syed Husin, mesyuarat malam tadi
dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail,
namun ia kemudiannya diambil alih oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 malam tadi berlangsung selama tiga jam di Ibu Pejabat parti.
Jelas beliau, bukan hanya isu Wong dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Lapan agenda lain termasuk perkara berkaitan pilihan raya kecil 7 April ini turut dibincangkan secara panjang lebar.
Pilihan raya raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau
akan berlangsung 7 April dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.

Kerusi DUN Bukit Selambau kosong selepas,penyandangnya, V. Arumugam
yang juga bekas ahli PKR mengisytiharkan keluar parti terbabit 8
Februari lalu.
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12592
Reputation : 0
Number of posts : 1268

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime5/5/2009, 9:25 am

Sabah contoh terbaik konsep 1Malaysia: PM










KOTA
KINABALU: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Sabah sebagai contoh
terbaik yang menepati konsep 1Malaysia berikutan keupayaan 45 etnik dan
subetniknya hidup harmoni sejak sekian lama tanpa jurang perbezaan
ketara.


Perdana Menteri berkata, warna-warni kehidupan rakyat di
Sabah yang mampu hidup bersama dalam lingkungan pelbagai kaum
mewujudkan suasana `tiada sempadan'.


"Di Sabah inilah letaknya contoh terbaik konsep 1 Malaysia
apabila kita saling menghormati tetapi boleh dikatakan 'seamless'
(tiada sempadan) antara sesama etnik, seolah-tiada tiada sekatan antara
mereka.







"Malah, sukar bagi kita membezakan satu dengan lain.
Dalam Umno sendiri ada ahli etnik Kadazandusun yang ada masanya memakai
pakaian tradisional masyarakatnya dan ada kalanya menyarung baju
Melayu.





"Apa yang penting bukan dari mana asal kumpulan etnik ini,
tetapi hakikat mereka adalah rakyat Malaysia, orang Barisan Nasional
(BN) dan inilah yang akan menjadikan kita bertaut lebih kukuh," katanya
pada majlis makan malam bersama pemimpin BN Sabah di Pacific Sutera
Harbour Resort di sini, malam tadi.


Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua
Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta
barisan pemimpin Kerajaan Persekutuan dan negeri.







Lawatan dua hari itu adalah kunjungan rasmi pertama Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.


Sambil merakamkan penghargaan atas sokongan rakyat dan BN
Sabah terhadapnya selama ini, Najib melahirkan keyakinannya untuk terus
menerima sokongan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri
dan Pengerusi BN.


"Sabah memang negeri penting bagi BN terus memegang tampuk
pemerintahan negara. Beberapa tahun lalu, saya menyifatkan BN Sabah
sebagai 'simpanan tetap' BN dan hari ini saya datang untuk melihat
nilai simpanan tetap ini sama ada kekal atau menurun.


"Saya percaya nilainya kekal, insya-Allah. Melihat air muka
ahli Yang Berhormat yang masih senyum, saya yakin rakyat Sabah masih
terus memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap BN.





"Ini adalah kekuatan BN dan kita akan beri suntikan baru supaya ia sentiasa segar," katanya.


Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan pemimpin pelbagai
peringkat supaya tidak mengambil mudah sokongan rakyat dengan
menganggap ia bakal kekal selama-lamanya.


Sebaliknya, Najib berkata, sokongan sedemikian hanya
berterusan jika pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna,
baik atas kapasiti jawatan parti, wakil rakyat atau anggota
pentadbiran.


Bersandarkan kepada kesedaran ini, katanya, beliau melontarkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


Menyentuh pendekatan 'tinjauan mesra' (walkabout) yang
diamalkannya sejak mengambil alih pentadbiran negara sebulan lalu,
Najib berkata, kaedah itu membolehkan pemimpin memupuk kemesraan dengan
rakyat pada akar umbi.


"Ada banyak bezanya kalau kita mendengar taklimat di pejabat
berhawa dingin, berbanding kita turun dan melihat sendiri apa yang
dirasai rakyat biasa.


"Kita mesti tahu apa masalah rakyat. Kita mesti ingat untuk
mencapai kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kerjanya bukan masa
kempen.


"Kerjanya bermula hari ini hinggalah hari mengundi. Rakyat
semakin terdidik dan ingin melihat pendekatan yang disenangi mereka,
maka kita perlu turun padang dan dengar suara rakyat... bantu mereka
selesaikan masalah," katanya.
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12592
Reputation : 0
Number of posts : 1268

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime5/5/2009, 9:31 am

aku rasa mengenai konsep 1Malaysia ni kita sudah terapkan dlm SIOLOON ni yg mana dlm SIOLOON semua bangsa ada. kita brgabung dlm 1 komuniti yg harmoni yg mana penerapan nilai2 murni dan setia kawan mmng d amalkan dlm SIOLOON. so peliharalah apa yg telah kita semua usahakan selama ini. elakkan pertelingkahan, kukuhkan lagi SIOLOON ini agar dapat menajadi satu wadah atau platform dalam menyatukan seluruh masyarakat tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. lagi satu dlm SIOLOON x ada istilah prejudis terhadap kaum. .. Very Happy
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12592
Reputation : 0
Number of posts : 1268

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime5/5/2009, 11:57 am

Bakal mekanik mati dipukul mat rempit


KUANTAN 4 Mei - Hasrat seorang lelaki untuk menjadi seorang mekanik
tidak kesampaian apabila dia dipukul hingga mati oleh sekumpulan mat
rempit ketika berehat di sebuah taman rekreasi di sini awal pagi Khamis
lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, sekumpulan mat rempit
terbabit dipercayai memukul mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri
Sembilan itu ketika dia dan dua rakannya sedang berehat di Taman
Esplanade.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Bahagian Risikan dan
Operasi, Supritendan Nordin Mustapha berkata, mangsa yang berusia 42
tahun dan dua rakannya dipercayai datang ke bandar ini kerana mendapat
pekerjaan sebagai mekanik di sini.
"Setelah tiba bandar ini kira-kira pukul 2.30 pagi Khamis lalu
dengan menaiki sebuah kereta, mangsa dan rakan-rakannya berehat di di
Taman Esplanade kerana bercadang berjumpa majikannya pagi yang sama,"
katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Pahang di sini hari ini.
Nordin memberitahu, berdasarkan laporan, sebelum kejadian mangsa dan
seorang rakannya dipercayai tidur di kaki lima manakala seorang lagi
rakannya berbaring di dalam kereta.
Menurutnya, rakan mangsa yang berada di dalam kereta tiba-tiba
terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan dan apabila keluar dari
kenderaan tersebut, dia mendapati mangsa dan seorang lagi rakannya
meraung kesakitan.
Katanya, rakan mangsa itu mendakwa, dia melihat mangsa dan seorang
lagi rakannya dipukul dengan rakus oleh empat hingga lima lelaki
dipercayai mat rempit dengan menggunakan topi keledar.
Beliau berkata, rakan mangsa yang juga berusia 42 tahun itu cuba
menghentikan serangan malangnya dia turut dibelasah oleh kumpulan
terbabit dengan topi keledar.
"Setelah puas memukul mangsa dan rakan-rakannya, kumpulan itu
beredar dan mangsa yang cedera parah dibawa oleh rakannya ke Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan.
"Malangnya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian
kepala gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pukul 1.30
petang, Jumaat lalu," katanya.
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12592
Reputation : 0
Number of posts : 1268

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime6/5/2009, 12:12 pm

Tiga beranak pilu tunggu jenazah mangsa ragut


Oleh Johan Afandi
johan@bharian.com.my








BERITA HARI INI - Page 10 Mainpix1
RAZALI
Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad
Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah
Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air
Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma
tiga hari.




Wanita
hamil diragut mati selepas 3 hari koma meninggal selepas diragut;
Mangsa jatuh motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki


JOHOR
BAHRU: Seorang ibu yang mengandung dua bulan meninggal dunia semalam,
selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal
akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di
Taman Air Hitam, Air Hitam, Ahad lalu.


Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah
Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius
di kepala akibat terhentak di atas jalan.

Suami Jamilah, Razali Ahmad, 41, berkata pada hari kejadian
isterinya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebagai jurujual di
kedai kraftangan di pekan Air Hitam ke rumah di Taman Mekar.


Katanya, isterinya berhenti untuk membeli barang keperluan di
sebuah kedai di Taman Air Hitam dan selepas itu menunggang motosikal
jenis Honda EX 5 bersendirian sebelum diragut dua lelaki yang juga
menunggang motosikal.


"Jamilah dikatakan terjatuh daripada motosikalnya dengan
mukanya terhentak pada jalan. Seorang rakan abang saya yang kebetulan
lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki, terbabit melarikan diri
manakala isteri sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di
rumah mayat HSA.







Razali berkata, mereka mempunyai empat anak berusia antara 17 dan lima
tahun hasil perkahwinan terdahulu dan Jamilah mengandung dua bulan
selepas mereka berkahwin tujuh bulan lalu.


"Saya mempunyai dua anak berusia 17 tahun dan 15 tahun hasil
perkahwinan dengan isteri pertama yang meninggal dunia akibat barah,
manakala Jamilah mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan lima tahun
dengan suaminya terdahulu. Kami berkahwin selepas Aidilfitri lalu,"
katanya yang bekerja sendiri.


Katanya, Jamilah pernah diragut pertengahan tahun lalu, di
Jalan Johor-Air Hitam ketika menunggang motosikal dan turut kehilangan
beg tangan yang diletakkan dalam bakul kenderaan itu.


Sehubungan itu, katanya, seorang rakan mengajar Jamilah
menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelak
kehilangannya akibat diragut.





"Berdasarkan cerita rakan, motosikal Jamilah terseret beberapa meter,
mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan
pada cermin sisi... ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal kenderaannya
sebelum terjatuh," katanya.


Razali berkata, arwah isterinya dibawa ke HSA daripada
Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu, bagi menerima rawatan
rapi tetapi gagal diselamatkan akibat kecederaan parah pada bahagian
kepala serta muka.


Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam juga.
Back to top Go down
enourMOZE
REGULAR
REGULAR
enourMOZE

Male
Age : 33
location : papar-tuaran,sabah
Tag ID: : SFC 000211
Points : 12829
Reputation : 0
Number of posts : 302

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime6/5/2009, 4:46 pm

takziah kepada keluarga mangsa...
Back to top Go down
kizukata
FRESHIE
FRESHIE
kizukata

Male
Age : 37
location : Beaufort
Tag ID: : SFC04538
Points : 11659
Reputation : 0
Number of posts : 63

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime7/5/2009, 12:19 pm

Wanita hamil maut diragut

Oleh ROHANA MOHD. NAWI
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Mei - Berulang lagi!
Seorang wanita yang hamil hampir empat bulan maut dirempuh kereta
selepas terjatuh dari motosikal akibat diragut oleh dua lelaki
bermotosikal dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Jalan Melor,
Ketereh, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi, Saripah Mohd. Noor, 34,
ibu kepada lima anak berusia dua hingga 13 tahun yang mengalami cedera
parah di kepala, kaki dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah
berkata, suri rumah itu menunggang motosikal bersendirian dan dalam
perjalanan dari Ketereh menghala ke Melor dipercayai untuk pulang ke
rumah suaminya, Mat Zani Awang, 39, di Bachok.
Ibu malang tersebut yang dalam proses perceraian dikatakan dalam
perjalanan mengambil anak ketiganya dari suami untuk kembali tinggal
bersamanya.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa telah diekori
oleh sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki lalu meragut beg tangannya
yang disilang di badannya.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa ditarik dan hilang kawalan
menyebabkan dia tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar
sebuah kereta yang sudah terlalu hampir dengannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku selepas mangsa
diragut dua pemuda berusia dalam lingkungan 20-an yang kemudian terus
memecut ke arah Melor.
"Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Kok Bedullah Tumpat,
kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) untuk
bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya.
Ahad lalu, dalam insiden hampir sama, seorang ibu yang juga hamil,
Jamilah Selamat, 31, di Ayer Hitam, Johor terjatuh daripada motosikal
setelah diragut sehingga mengakibatkan dia koma selama dua hari sebelum
dan meninggal dunia semalam.
Zahruddin berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu
kereta terbabit yang tampil membuat laporan selepas kejadian itu.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan
kerana menyebabkan kematian dengan cuai dan jika disabit kesalahan
boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu seorang penduduk, Zakaria Yaakub, 45, berkata, dia
berada di pinggir jalan apabila melihat motosikal yang ditunggangi dua
pemuda berkenaan memecut dengan sangat laju.
"Kemudian saya ternampak seorang perempuan terbaring di jalan raya
dengan sebuah kereta berhampiran dan dimaklumkan dia dirempuh kenderaan
itu selepas terjatuh setelah menjadi mangsa ragut," katanya.
Penghulu Dewan Undangan Melor (DUN) Melor itu berkata, seorang
penduduk kemudian berusaha mengejar motosikal itu tetapi gagal menjejak
peragut tersebut.

*makin berani peragut sekarang ni....bahaya betul
Back to top Go down
http://psvcrew-ipgm.blogspot.com
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12592
Reputation : 0
Number of posts : 1268

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime19/5/2009, 12:34 pm

Amaran angin kencang, laut bergelora di Labuan, Sabah











KUALA
LUMPUR: Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 km sejam dan
ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Labuan, pantai
barat Sabah, Kudat dan Sandakan selama tiga hari bermula esok.


Menurut kenyataan Jabatatan Meteorologi Malaysia hari ini,
keadaan itu merbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan
sukan laut. - Bernama
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime28/5/2009, 3:34 pm

Korea Utara Lancarkan Ujian Peluru Berpandu Nuklear
ancam perang jika dicabar oleh Korea Seatan Dan Sekutu (US)
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime28/5/2009, 3:36 pm

Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - Dr Hatta Azamin Amin Thu | May 28, 09 | 2:10:33 pm MYT KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut. Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri. "Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu. Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi. "Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini. Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat. Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas. "Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi. "Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya. Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat. "Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat. "Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang. Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, _
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime28/5/2009, 3:58 pm

JUARA LIGA EROPAH 2009
Barcalona!!!!

Barca beat Man United 2-0!!
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime12/6/2009, 10:33 am

12JUN2009
who mengumumkan tahap keselamtan dan kematbahayaan H1N1 memasuki paras 6, iaitu tahap wabak. yang menular dan mengancam dunia
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12930
Reputation : 0
Number of posts : 470

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Khas buat penduduk sekitar daerah Papar....sila respon!!   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime12/6/2009, 11:54 am

dont know http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090612083016/Article/index_html
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime29/6/2009, 6:36 pm


Polis nasihati orang ramai jangan mudah terpedaya oleh penjenayah


26th June, 2009

PENAMPANG:
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya oleh mereka yang
disyaki penjenayah yang meminta pertolongan menunaikan cek mereka
Ketua polis daerah DSP Madang Usat berkata demikian setelah polis menerima dua laporan kes tipu yang membabitkan dua orang wanita yang kerugian RM35,000 dalam dua kejadian berasingan.
Kedua mangsa telah ditipu oleh dua lelaki yang dipercayai warga asing yang meminta mangsa membantu mereka menunaikan cek
suspek berkenaan telah menemui mangsa pertama berusia 37 tahun di
Tambunan dan membawa mangsa menaiki sebuah kereta pacuan empat roda ke
Penampang.
“Mangsa telah diminta mengeluarkan wang RM5,000 dari akaun simpanan ASB sebagai cagaran sebelumnya suspek menyerahkan cek kepada mangsa,” kata Madang.
Mangsa kemudian diminta membuat salinan Mykad di sebuah kedai dan apabila
kembali mangsa mendapati kedua lelaki tersebut hilang dari tempat letak
kereta.
Dalam kejadian kedua, kedua suspek telah menemui seorang wanita berumur 33 tahun di Beaufort.
“Mangsa kemudian di bawa menaiki sebuah kereta Proton Iswara ke Putatan untuk me-nunaikan satu cek bernilai RM200,000,” kata beliau.
Sebelum menyerahkan cek kepada mangsa, suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan RM30,000 dari akaun simpanannya sebagai cagaran di sebuah bank di Putatan.
Suspek kemudiannya membawa mangsa ke Papar dan menyuruh mangsa menunggu di dalam sebuah bank di sana.
Suspek kemudian melarikan diri bersama wang mangsa.
Kedua kejadian telah dilaporkan berlaku dalam masa dua minggu dalam bulan ini
dan dalam kedua kejadian suspek berjanji memberi ‘sagu hati’ berjumlah
ribuan ringgit jika mangsa bersetuju menolong suspek menunaikan cek
mereka.
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime29/6/2009, 6:40 pm


40 peratus petugas awam terima gaji bersih tidak sampai separuh

29th June, 2009

KUALA LUMPUR:Seramai
450,000 orang daripada 1.2 petugas awam menghadapi masalah hutang dan
golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus
dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah
Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian
mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai
kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus
daripada gaji mereka.

“Kebanyakan gaji mereka dipotong
untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah
suai rumah,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Shah berkata
ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat
kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan
berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

“Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang,” katanya.

Setiausaha
Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada
faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan
yang tinggi di bandar.

“Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah,” katanya.

Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20
tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan
penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Muhammad
Shaani berkata jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam,
ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam
lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka
dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu.
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime30/6/2009, 1:35 pm

Warga emas mati dalam bilik mak nyah

KUANTAN: Seorang peniaga berusia 78 tahun ditemui mati dalam bilik sewa seorang 'mak nyah' di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Tun Ismail di sini petang kelmarin, dipercayai diserang penyakit jantung.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, lelaki yang berasal dari Kubang Buaya di sini dikatakan memasuki bilik berkenaan dan berbaring di atas katil apabila tiba-tiba memegang dadanya sebelum tidak sedarkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan, Zulkifli Taha, berkata ketika kejadian hanya mangsa dan mak nyah berusia 31 tahun itu berada dalam bilik berkenaan.

"Mak nyah terbabit bertindak menghubungi rakannya yang kemudian menghubungi polis dan ambulans," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Zulkifli berkata, polis yang tiba kira-kira 10 minit selepas itu, mendapati mangsa berpakaian lengkap dan tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah kerana tiada kesan cedera atau lebam pada tubuhnya.

Polis mengambil keterangan daripada mak nyah itu, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan bekerja sebagai jurujual barangan kosmetik di sebuah kedai, di sini.

Mayat peniaga itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan jam 7 petang kelmarin, untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime2/7/2009, 2:41 pm

bukan hari ini..Jumaat (26 Jun 2009)

Micheal Jackson meninggal mybe heart attack / cardiac arrest.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime3/7/2009, 11:53 am

JACKSON DKEBUMI CARA ISLAM

Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai


LOS
ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael
Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu
mengikut cara Islam.


"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana
mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor
laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad
Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut
Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara
Islam," kata sumber itu.


Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum
dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada
pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi
pengebumiannya.


Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.







Raja
Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang
rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya
untuk menjadi penganut agama suci itu.


Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.


Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan
mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan
penyanyi itu di Los Angeles.


Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit
serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah
mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai
dugaan dan rintangan dalam hidupnya.





Jurucakap
penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada
semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan
Jackson memeluk Islam.

Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine
memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak
1989. - Agensi
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime4/7/2009, 8:22 am

Kereta tua tak dapat insurans


Oleh Kamarulzaidi Kamis



Syarikat enggan lindung kenderaan bawah RM10,000

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.

Berdasarkan aduan yang diterima Berita Harian, syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans.

Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yang bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.


Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi semalam, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu, terutama daripada pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas.

Sehubungan itu, Fomca menggesa pihak berkuasa khususnya Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan terbabit.

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata tindakan itu tidak adil kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah yang menggunakan kenderaan bernilai di bawah RM10,000.
"Kerajaan masih membenarkan rakyat menggunakan kenderaan berusia lebih 10 tahun. Saya tidak faham mengapa syarikat insurans tertentu enggan menerima permohonan dan pembaharuan insurans bagi kenderaan di bawah RM10,000," katanya.

Mohd Yusof berkata, syarikat insurans tidak mungkin menanggung kerugian selagi kenderaan berkenaan tidak terbabit dalam kemalangan.

"Setahu saya, masih tidak ada statistik rasmi yang menyatakan bahawa kadar kemalangan bagi kenderaan bernilai bawah RM10,000 atau berusia lebih 10 tahun adalah tinggi. Lagi pun, nilai yang dilindungi adalah rendah berbanding kereta baru," katanya.

PIAM ketika dihubungi semalam memberi jaminan akan meneliti aduan itu.
Sementara itu, sebuah syarikat insurans terbabit ketika dihubungi menjelaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kajian mendalam mengenai risiko dan keuntungan pada peringkat syarikat yang dibuat dari semasa ke semasa.

Jurucakapnya berkata, pihak syarikat sudah tentu mahu menjana keuntungan dan segmen perlindungan kenderaan di bawah RM10,000 dikenal pasti membawa kerugian kerana banyak tuntutan diterima.

Bagaimanapun, kajian peringkat syarikat akan terus dilaksanakan dan kemungkinan segmen itu diberi perlindungan semula jika ia didapati tidak berisiko tinggi pada masa akan datang.

p/s : kereta tua @ kreta ollskool
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime6/7/2009, 8:20 am

500 juta mohon hadiri majlis peringati raja pop LOS ANGELES:

Laman web memproses permohonan bagi menghadiri upacara memperingati raja pop Michael Jackson menerima lebih 500 juta permohonan dalam tempoh kurang dua jam. Satu kenyataan dikeluarkan wakil bagi keluarga Jackson berkata, satu lagi enjin carian terpaksa ditambah di laman www.staplescenter.com, bagi mengendalikan permohonan. "Sehingga jam 11.30 pagi ini, www.staplescenter.com menerima lebih 500 juta permohonan," kata kenyataan itu. Laman web itu mula 'diserbu' dalam tempoh beberapa minit selepas pegawai mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sistem loteri 'online' bagi 17,500 tiket percuma bagi menyaksikan upacara memperingati pemergian penyanyi itu di Staples Center dan satu lagi lokasi berhampiran di pinggir Los Angeles. Jackson, 50, meninggal dunia 25 Jun lalu selepas mengalami masalah fungsi jantung terhenti di rumahnya di Los Angeles. Sementara itu, peminat yang menuju ke Los Angeles untuk upacara itu digesa berpatah balik jika tidak mempunyai tiket yang diedarkan sistem loteri online itu. Kematian Jackson secara mendadak, mengejutkan peminatnya di seluruh dunia, manakala beratus ribu lagi dijangka tiba di Los Angeles untuk upacara memperingati beliau, Selasa ini. - AFP
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime15/7/2009, 10:25 am

YAYASAN 1MALAYSIA DILANCAR
Saluran Komuniti Rakyat

KUALA LUMPUR: Yayasan 1Malaysia dilancarkan semalam dengan lapan tokoh
terkemuka tanah air menganggotai Lembaga Pemegang Amanah, yang
dipengerusikan Dr Chandra Muzaffar dan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, sebagai penaungnya, bermatlamat menjadi saluran komunikasi
antara rakyat dan kerajaan.

Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just)
berkata, Yayasan 1Malaysia adalah sebuah badan bebas tanpa berasaskan
keuntungan dengan tujuan membangun, menyokong dan mengetuai program
membabitkan semua rakyat ke arah integrasi nasional.


Beliau berkata, tujuh ahli lain Lembaga Pemegang Amanah yayasan
berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Penerbangan
Malaysia (MAS), Datuk Seri Idris Jala; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
AirAsia Berhad, Datuk Seri Tony Fernandes; Presiden Mercy Malaysia, Tan
Sri Dr Jemilah Mahmood dan Pengerusi Yayasan SP Setia, Tan Sri Lee Lam
Thye.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak, Prof Emeritus
Datuk K J Ratnam; Ketua Pengarah Institut Strategik dan Kajian
Antarabangsa (Isis), Dr Mahani Zainal Abidin dan penyandang Kerusi
Sheikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Datuk Dr Ismail Ibrahim.

Bekas wartawan kanan TV3, Noorhaina Hirawani Mohd Noor, 31,
dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pertama bagi Yayasan
1Malaysia.

"Ketika ini, Yayasan 1Malaysia sedang mengatur beberapa rancangan,
termasuk untuk mewujudkan laman web di alamat www.1malaysia.org.my.

"Selain itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan
masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi, universiti,
belia, pegawai kerajaan, peniaga, pekerja dan sebagainya. Satu program
awal sedang dirancang dikenali sebagai 'My 1Malaysia Story' yang akan
dilancarkan bulan depan," katanya pada sidang media di Isis di sini,
semalam.

Chandra berkata, program 'My 1Malaysia Story' akan memberi
peluang kepada rakyat untuk meluahkan perasaan mereka berdasarkan
pengalaman masing-masing mengenai perkara berkaitan konsep 1Malaysia,
sama ada dalam bentuk tulisan, video mahu pun audio.

Selain itu, katanya, Yayasan 1Malaysia juga sedang memikirkan
idea untuk mengenal pasti kumpulan tertentu yang benar-benar menyumbang
kepada perpaduan masyarakat di negara ini dan diberi penganugerahan
sebagai satu bentuk penghormatan.

"Melalui perbincangan pada peringkat Lembaga Pemegang Amanah serta
maklum balas masyarakat nanti, kita akan cuba mengkaji dan menyelami
idea disuarakan oleh rakyat dan menyampaikannya kepada pihak
pemerintah," katanya.

"Yayasan ini tidak terbabit dengan politik kepartian tetapi
jika isu berbangkit berhubung kait dengan soal perpaduan nasional, kita
akan cuba memberikan pendapat. Yayasan 1Malaysia akan cuba mengadakan
dialog dengan semua pihak, termasuk pembangkang, kumpulan pendesak dan
media baru," katanya sambil menjelaskan yayasan itu mengumpul dana awal
sebanyak RM2 juta sumbangan sektor swasta.

Sementara itu, Lee berkata, gagasan 1Malaysia mampu
mewujudkan inspirasi kepada semua kaum untuk membina perpaduan utuh di
negara ini, manakala Idris dan Tony masing-masing gembira kerana dapat
bekerjasama menjayakan penubuhan Yayasan 1Malaysia.


Last edited by kidd on 15/7/2009, 10:42 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime15/7/2009, 10:35 am

UMAT ISLAM PERLU KETEPI PERBEZAAN UTK BERJAYA

Perdana Menteri mahu al-Quran diguna sebagai pedoman

IPOH: Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam menjadikan
al-Quran sebagai pedoman bagi membina kekuatan, sekali gus dapat muncul
sebagai Khaira Ummah atau umat yang terbaik.
Perdana Menteri berkata, untuk menjadi umat yang terbaik,
umat Islam perlu terlebih dulu memperkukuhkan semangat perpaduan bukan
saja sesama umat tetapi dengan golongan bukan Islam.
Katanya, umat Islam juga perlu menguasai pelbagai bidang ilmu
jika mahu menjadi Khaira Ummah kerana ia menjadi satu kewajipan kepada
umat Islam.
Najib turut menegaskan, usaha pembinaan Khaira Ummah juga
bergantung kepada semangat perpaduan dan di negara ini katanya, formula
keamanan serta kestabilan politik dibina di atas semangat perpaduan di
kalangan umat Islam serta persefahaman antara masyarakat berbilang
agama.
Beliau berkata, dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama
seperti Malaysia, perpaduan di kalangan umat Islam sebagai masyarakat
majoriti, serta persefahaman dengan masyarakat berbilang agama menjadi
asas penting kestabilan dan keamanan negara.
"Alhamdulillah, berkat perpaduan di kalangan umat Islam dan
wujudnya persefahaman dan pemuafakatan antara masyarakat berbilang
agama, kita dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara
kita.
"Hari ini, kita bergerak selangkah lagi dengan gagasan 1Malaysia yang
menghasratkan pembinaan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu
berasaskan prinsip penerimaan, kesaksamaan dan perkongsian antara
masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita," katanya dalam
ucapan perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-52
bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah di Universiti Teknologi
Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak, malam tadi.
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime15/7/2009, 11:24 am

JENAYAH PELAJAR PEREMPUAN NAIK

Pertambahan 673 kes dua tahun lalu berbanding 523 pada 2006: Kajian


KUALA LUMPUR: Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) mendapati,
kes salah laku jenayah di kalangan pelajar perempuan meningkat dalam
tempoh tiga tahun sejak 2005.
Pengarah ISM, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata
peningkatan itu membimbangkan kerana jumlah kes bertambah kepada 673
pada 2007 berbanding 523 kes pada 2006 dan 514 kes (2005).
Bagaimanapun, katanya pelajar lelaki kekal sebagai golongan paling
ramai melakukan kesalahan jenayah iaitu 6,090 pada 2007 berbanding
5,423 kes pada 2006.
Katanya, pada 2001, kes salah laku jenayah membabitkan
pelajar perempuan sebanyak 100 dan ia meningkat kepada 600 kes dalam
tempoh enam tahun.
"Pembabitan pelajar perempuan dalam salah laku jenayah
memberi amaran kepada semua pihak supaya mengambil tindakan wajar
kerana dikhuatiri akan terus meningkat.
"Pelajar perempuan sering dikaitkan sebagai golongan mematuhi disiplin
serta tekun dalam bilik darjah dan dilihat mula terkeluar daripada
norma hidup apabila turut terbabit dengan jenayah yang lazimnya
membabitkan pelajar lelaki," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohamed Fadzil berkata, pelajar perempuan berdepan krisis
identiti apabila mencecah usia remaja dan dalam proses mencari itu ada
antara mereka berdepan kekeliruan yang disebabkan pendedahan kepada
beberapa unsur.
Katanya, sebagai contoh, aksi lasak dan ganas yang
ditonjolkan dalam filem mempengaruhi perlakuan mereka dan pelajar
perempuan akan melakukan perbuatan yang dilihat betul seperti bergaduh
dan pukul, manakala idola bersifat kasar dan ganas menjadi ikutan.
"Kajian juga mendapati, pelajar perempuan yang terbabit
dengan kes jenayah berpunca tekanan dan dorongan serta cabaran rakan
sebaya
"Rakan sebaya adalah golongan yang paling rapat dan pengaruh rakan lelaki juga menyumbang kepada salah laku jenayah," katanya.
Sifat pelajar perempuan kata Mohamed Fadzil, cuba menguasai
dan mereka lebih berani apabila berkumpulan, termasuk mencari rakan
untuk melakukan kesalahan bersama.
Paling jelas, beliau berkata, pelajar perempuan tidak akan
melakukan kesalahan antaranya ponteng sekolah, vandalisme dan
penyalahgunaan dadah berseorangan kerana perbuatan secara berkumpulan
lebih selamat.
Katanya, pelajar perempuan tidak akan terjebak dengan salah
laku jenayah jika mereka mendapat perhatian serta didikan yang betul di
rumah.
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime15/7/2009, 11:48 am

KELIBAT WANITA BERKELIARAN PUNCA 5 HISTERIA

ARAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SMKSS) di sini
gempar apabila beberapa pelajarnya histeria selepas mendakwa melihat
kelibat wanita dalam keadaan mengerikan berkeliaran di pekarangan
sekolah itu, pagi semalam.

Selain kemunculan wanita muda yang cuba membunuh diri dengan
tali meliliti lehernya, beberapa kelibat lain seperti wanita yang mati
dirogol dan dibunuh secara kejam turut dikatakan berkeliaran di sekitar
kawasan sekolah, dipercayai menjadi punca utama kejadian histeria.

Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan pelajar
SMKSS yang baru pulang dari menyertai Latihan Perkhemahan Jabatan
Pertahanan Awam (JPAM) di Bukit Ayer dekat sini, meraung, meracau dan
menangis secara tiba-tiba.

Malah, ada antara mereka mula bertutur dalam loghat Indonesia
sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan rakan, sambil menangis
meminta tolong ketika cuba dirawat seorang pengamal perubatan
tradisional, Nordin Jusoh.

Perkara itu diakui sendiri beberapa pelajar yang menjadi
mangsa ketika ditemui. Malah, Nordin yang dipanggil pihak sekolah untuk
meredakan keadaan turut mengesahkan apa yang disuarakan pelajar
terbabit.

Pihak sekolah ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan
sebarang komen dan mengesahkan usaha membantu pelajar terbabit sedang
dijalankan.

Sumber berkata, kejadian selama sejam bermula 10 pagi itu sebenarnya
adalah lanjutan kepada serangan histeria yang dilaporkan berlaku di
Bukit Ayer di sini, yang turut membabitkan pelajar sekolah sama, petang
kelmarin.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya lima daripada 32
pelajar SMKSS yang menyertai Latihan Perkhemahan JPAM di Bukit Ayer,
dilaporkan mengalami histeria, sebelum dibawa pulang ke sekolah.

"Bagaimanapun, selepas tiba di sekolah, kejadian sama
berulang apabila beberapa pelajar mula meraung dan berlari sambil
menangis sehingga memaksa pihak sekolah menutup pintu pagar," katanya.

Tinjauan di pekarangan sekolah itu semalam mendapati beberapa
pelajar yang baru dipulihkan dilihat berada dalam keletihan di beberapa
lokasi bangunan sekolah, selain ada mengalami sakit dan lenguh sendi.

Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika ditemui mengesahkan
kejadian itu membabitkan sekurang-kurangnya sembilan pelajar.

"Buat masa sekarang, keadaan semua pelajar yang menjadi
mangsa dilihat stabil dan persekolahan dijalankan seperti biasa,"
katanya.
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 13345
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime16/7/2009, 12:59 pm

BONUS TETAP SEKTOR AWAM

Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang


KUALA
LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan
membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan
itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.

Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan
dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula
syarat perkhidmatan penjawat awam.

Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan
berdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang
menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta
penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga
mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan
daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.

Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres
itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada
maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang
tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.

Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang
tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang
perkhidmatannya dengan kerajaan.

Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat
berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan,
kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga
perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

Tuntutan lain ialah:

  • Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
  • Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
  • Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
  • Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
Sumber
itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan
mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA HARI INI - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 10 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 10 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: