SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12144
Reputation : 3
Number of posts : 615

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime5/8/2008, 2:01 pm

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 41
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15206
Reputation : 25
Number of posts : 6310

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime5/8/2008, 4:26 pm

life begin at 40.... huha huha
Back to top Go down
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12144
Reputation : 3
Number of posts : 615

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime6/8/2008, 12:58 pm

otai_queen wrote:
life begin at 40.... huha huha

akakka...kepada mereka2 yg mo ke 40-an tu keep n ready aja la...ehheheh
Back to top Go down
mantan73
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
mantan73

Male
Age : 111
location : SEMPORNA-KK
Points : 12287
Reputation : 0
Number of posts : 1268

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime6/8/2008, 1:15 pm

Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.. <======apa ertinya ni?
Back to top Go down
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12144
Reputation : 3
Number of posts : 615

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime6/8/2008, 1:44 pm

ouhh..itu ya...akhil baligh baitu...baca ayat dia betul2 ekekke
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 41
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15206
Reputation : 25
Number of posts : 6310

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime6/8/2008, 2:33 pm

mantan73 wrote:
Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.. <======apa ertinya ni?

tu namanya masalah besar tu bro... jelir
Back to top Go down
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12144
Reputation : 3
Number of posts : 615

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime10/8/2008, 4:06 pm

ekkeke....
Back to top Go down
mantan73
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
mantan73

Male
Age : 111
location : SEMPORNA-KK
Points : 12287
Reputation : 0
Number of posts : 1268

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime10/8/2008, 6:40 pm

otai_queen wrote:
mantan73 wrote:
Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.. <======apa ertinya ni?

tu namanya masalah besar tu bro... jelir

oooo....gitu, dgn kata lain MASIH tidak MANTAP LA KAN Laughing
Back to top Go down
brena9767
JUNIOR
JUNIOR
brena9767

Male
Age : 46
location : Penampang
Points : 12578
Reputation : -2
Number of posts : 100

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime10/8/2008, 8:58 pm

sebenarnya apa motif cerita u ni..info ja la kan ?
Back to top Go down
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12144
Reputation : 3
Number of posts : 615

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime11/8/2008, 8:31 am

brena9767 wrote:
sebenarnya apa motif cerita u ni..info ja la kan ?

info aja baini sist...tapi ada juga yg bg komen n cadangan..itu yg sy suka baca tu..ekekek
Back to top Go down
Holla RoLLa
REGULAR
REGULAR
Holla RoLLa

Male
Age : 41
location : kudat and Lahad Datu
Tag ID: : SFC 03674
Points : 12045
Reputation : 0
Number of posts : 410

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime29/11/2008, 11:51 am

ooo....begitu pula ah....em baguz juga info ni ah mizz comel...heheh....tau juga cikit2 pasal future life.........heheheh Ampun
Back to top Go down
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12144
Reputation : 3
Number of posts : 615

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime1/12/2008, 7:04 pm

Holla RoLLa wrote:
ooo....begitu pula ah....em baguz juga info ni ah mizz comel...heheh....tau juga cikit2 pasal future life.........heheheh Ampun

eheheh..aku suka cari info2 ni utk dikongsi bersama...itu aja Smile
Back to top Go down
Silent_Night
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Silent_Night

Male
Age : 37
location : Keningau-Kota Kinabalu
Tag ID: : 3910
Points : 12016
Reputation : 1
Number of posts : 1137

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime10/12/2008, 2:47 am

relax Tp kan...ada jg lelaki yg sebelum mencapai umur 40 tahun, mereka sdh ada ciri-ciri tu...
setiap ciri2 yang ada pada lelaki berumur 40 tahun boleh di jadikan sebagai petunjuk untuk terus maju...harap kamu faham maksud saya. Contohnya saya..saya sendiri sdh mula berfikir dan give effort untuk apa yang bakal terjadi kpd saya bila dah umur 40 tahun. Tapi kena ingat2 la..kita merancang,tuhan menentukan..Smile
Back to top Go down
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12144
Reputation : 3
Number of posts : 615

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime31/12/2008, 11:04 pm

Silent_Night wrote:
relax Tp kan...ada jg lelaki yg sebelum mencapai umur 40 tahun, mereka sdh ada ciri-ciri tu...
setiap ciri2 yang ada pada lelaki berumur 40 tahun boleh di jadikan sebagai petunjuk untuk terus maju...harap kamu faham maksud saya. Contohnya saya..saya sendiri sdh mula berfikir dan give effort untuk apa yang bakal terjadi kpd saya bila dah umur 40 tahun. Tapi kena ingat2 la..kita merancang,tuhan menentukan..Smile

uiseh..selut la bro dance
Back to top Go down
siotto
WEBMASTER
siotto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Kudat - Lahad Datu
Tag ID: : SFC 02605
Points : 15223
Reputation : 7
Number of posts : 3274

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime4/5/2009, 11:49 pm

misz_comel wrote:
Silent_Night wrote:
relax Tp kan...ada jg lelaki yg sebelum mencapai umur 40 tahun, mereka sdh ada ciri-ciri tu...
setiap ciri2 yang ada pada lelaki berumur 40 tahun boleh di jadikan sebagai petunjuk untuk terus maju...harap kamu faham maksud saya. Contohnya saya..saya sendiri sdh mula berfikir dan give effort untuk apa yang bakal terjadi kpd saya bila dah umur 40 tahun. Tapi kena ingat2 la..kita merancang,tuhan menentukan..Smile

uiseh..selut la bro dance

aku selut juga sama ko bro...puitis sungguh kata-kata mu itu...
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12515
Reputation : -6
Number of posts : 1063

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime9/7/2009, 9:46 am

:tepuk: :tepuk: ya betul tu aku sokong tu kita hanya merancang tuhan yang menentukan :tepuk: :tepuk:
Back to top Go down
aRyE
SENIOR
SENIOR
aRyE

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : K.k L!KAS<-->CpTaNG
Tag ID: : SFC 06922
Points : 12152
Reputation : 4
Number of posts : 883

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime12/7/2009, 7:06 pm

ACTUALLY LIFE BEGAN TAK LA IKUT UMUR,...

SEMUA TUE BERMULA DENGAN PENGALAMAN HIDUP MASING2....
SEMAKIN BANYAK PENGALAMAN ...MAKIN BANYAK LA PERKARA YANG DAPAT DI KETAHUI...

SEBAB PENGALAMAN MENGAJAR KITA TENTANG HIDUP... THEN , BERMULA DENGAN PEMIKIRAN MASING2... KALAU BERFIKIR DENGAN BAIK DAN BERFIKIR SECARA MATANG... TAK PERLU MENUNGGU HINNGA 40TAHUN...

SEMUA NYA TERPILANG PADA KEMATANGAN SESEORANG ... KALAU UMUR 40 DA,, TAPI STILL BERFIKIR SEPERTI BUDAK2 ...TAK BERMAKNA JUGA KAN...

SO, PENDAPAT AKU LA...

>> SEMUA NYA PADA DIRI SENDIRI... SAMA ADA NAK MENJADI MATANG ATAU TIDAK...SEBAB DIRI SENDIRI YANG PERLU DI LIHAT DULU SEBELUM KITA MELIHAT ORANG LAIN...

HUHUHU JUZ SETAKAT MEMBERI IDEA DAN PENDAPAT....

PEACE, NO WAR..........
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12515
Reputation : -6
Number of posts : 1063

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime13/7/2009, 9:14 am

Shocked Shocked YA BETUL TU Shocked Shocked
Back to top Go down
aRyE
SENIOR
SENIOR
aRyE

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : K.k L!KAS<-->CpTaNG
Tag ID: : SFC 06922
Points : 12152
Reputation : 4
Number of posts : 883

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime16/7/2009, 12:38 am

apa2 pun ... semua pun merasa jadi muda...dan semua juga jadi tua,,, tapi tak semua dapat merasa tua kalau ajal da tiba... pa pun .... berserah jak laaa
Back to top Go down
Sponsored content




alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Empty
PostSubject: Re: alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an   alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an Icon_minitime

Back to top Go down
 

alkisah si suami dan si isteri menjangkau umur 40-an

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Cinta-
Jump to: