SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12544
Reputation : 0
Number of posts : 2311

Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Empty
PostSubject: Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo   Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Icon_minitime9/6/2008, 8:33 am

Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo


KUALA
LUMPUR: Ketika Padiberas Nasional Bhd (Bernas) mengumumkan penurunan
harga borong beras wangi dan beras pulut masing-masing 15 peratus dan
12 peratus berkuat kuasa tengah malam ini, harga gula pula dijangka
naik 20 sen sekilogram awal tahun depan.

Pengarah Urusan Bernas,
Bakry Hamzah, berkata penurunan harga borong itu dijangka mengurangkan
harga runcit beras berkenaan sekurang-kurangnya 70 sen, berbanding
harga sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menjadi
panel Seminar Mengenai Krisis Makanan 'Kemelut Kenaikan Harga
Makanan-Apa Kesudahannya' di sini semalam, beliau berkata Bernas kini
menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan harga baru beras lain.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, yang ditemui pemberita
pada majlis sama berkata kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan
berikutan krisis makanan dan ketidaktentuan cuaca global.

"Apa
lagi kerajaan akan menandatangani kontrak perjanjian baru pembekalan
gula dengan Australia, akhir tahun ini. Mengikut senario harga gula
dunia, kerajaan tidak dapat mengelak daripada menaikkan harganya di
pasaran tempatan.

"Berdasarkan harga pasaran dunia sekarang,
kenaikan harga gula dijangka 20 sen. Bagaimanapun, kerajaan akan sedaya
upaya mendapatkan perjanjian dengan harga terendah bagi memastikan
kenaikannya pada tahap paling minimum," katanya.

Beliau yang
turut menjadi panel pada seminar anjuran Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) itu berkata, kerajaan menandatangani perjanjian jangka panjang
pembekalan gula dengan Australia dan ia biasanya diperbaharui antara
tiga hingga lima tahun.

Ketika ini, harga kawalan gula putih
bertapis kasar ditetapkan RM1.45 sekilo di Semenanjung, manakala di
Sabah dan Sarawak RM1.55. Dengan jangkaan kenaikan 20 sen itu, bermakna
harga gula di Semenanjung akan meningkat kepada RM1.65 sekilo, manakala
Sabah dan Sarawak RM1.75 sekilo.

Sebelum itu, Bakry berkata
sejak akhir-akhir ini Bernas membeli bekalan beras wangi dan pulut
dengan harga diskaun dari Thailand.

"Ini terjadi berikutan
penurunan harga beras di pasaran dunia apabila pengeluar beras yang
menyimpan stok terpaksa menjualnya segera akibat penuaian besar-besaran
padi di Thailand, Indonesia serta Vietnam," katanya.

Harga
borong beras wangi gred AAA yang sebelum ini mencecah RM4,700 satu tan
metrik akan diturunkan kepada RM4,000, beras wangi gred AA pula turun
kepada RM3,009 berbanding RM4,006, manakala beras pulut turun kepada
RM3,300 setan metrik berbanding RM3,350.

"Ini sejajar dengan
penurunan harga beras di pasaran dunia dan Bernas menjangka harga beras
global akan terus turun, tetapi dijangka tidak akan kurang daripada
AS$600 (RM1,954) setan metrik.

"Bernas akan membuat penyelarasan
dari semasa ke semasa dan secara amnya harga beras dunia menurun
daripada AS$1,200 (RM3,908) setan metrik kepada AS$800 (RM2,606),"
katanya.
Back to top Go down
iealza
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12303
Reputation : 0
Number of posts : 155

Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Empty
PostSubject: Re: Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo   Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Icon_minitime9/6/2008, 8:59 am

gila ehhh..pening oo pkir smua barang mo nek..kalo barang yg nek tiapalah...haha
Back to top Go down
vamsufer
REGULAR
REGULAR
vamsufer

Points : 12484
Reputation : 0
Number of posts : 485

Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Empty
PostSubject: Re: Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo   Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Icon_minitime9/6/2008, 9:10 am

ok juga beras turun...gula naik...at last, satu langkah yang ok dari gov setelah beban dengan rm 2.70!!! dengar cakap mo naik lagi..haiz
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12373
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Empty
PostSubject: Re: Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo   Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Icon_minitime9/6/2008, 12:05 pm

apalah...menyusahkan saja kita jgn pakai gulalah pungut saja pasir di pantai hahaha
Back to top Go down
Sponsored content




Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Empty
PostSubject: Re: Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo   Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo Icon_minitime

Back to top Go down
 

Bernas turun harga beras, gula melonjak 20 sen sekilo

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: