SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
ap_opticlassic
REGULAR
REGULAR
ap_opticlassic

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 39
location : Tawau
Tag ID: : 2822
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 492

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime10/6/2008, 6:25 pm

First topic message reminder :

Bayaran rebat segera dapat legakan rakyat'


LONDON: Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah menyegerakan bayaran rebat tunai bagi pemilik kenderaan mulai Sabtu ini berbanding jadual asal 1 Julai depan bertujuan mententeramkan rakyat dan meredakan suasana yang tercetus akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga minyak adalah fenomena global yang dihadapi semua negara dan tidak terkecuali Malaysia, namun kerajaan bertindak memberi rebat tunai kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengurangkan beban mereka.

"Kita perlu segerakan bayaran rebat ini kerana bila semua tahu kerajaan menyediakan sistem ini dan yang berhak mendapat bayaran, menerima wang mereka, ia pastinya akan melegakan suasana.

"Sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, media, baik di dalam mahu pun luar negara banyak memberi tumpuan pada kenaikan harga tetapi tidak pada usaha diambil kerajaan memberi rebet untuk mengurangkan beban rakyat.

"Kerajaan berharap langkah mempercepatkan bayaran rebat seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mententeramkan rakyat," katanya, di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan, selain menaikkan harga minyak seiring langkah diambil kebanyakan negara berikutan krisis kenaikan harga bahan itu di pasaran global.

Beliau berkata, banyak negara di dunia kecuali pengeluar minyak utama dunia berpindah daripada rejim subsidi kepada rejim mengikut pasaran berikutan kenaikan harga bahan api itu.

"Walaupun Malaysia juga pengeksport minyak, pengeluaran Malaysia marginal...100,000 tong saja sekali gus meletakkan Malaysia hanya ada lebihan minyak yang marginal saja.

"Jika kita tidak berbuat sesuatu, jika kita tidak menjumpai telaga minyak yang baru menjelang 2012, kita akan menjadi negara pengimport sepenuhnya. Oleh itu, kita kena sediakan rakyat untuk menerima hakikat bahawa minyak adalah satu bahan api hampir pupus dan satu hari nanti tidak lagi menjadi pengeksport sebaliknya pengimport minyak dan rakyat perlu mengubah pemikiran mengurangkan penggunaan minyak sebagai sumber utama tenaga," katanya.

Katanya, negara perlu mencari alternatif sumber tenaga dan kaedah mengurangkan beban penggunaan minyak.

Najib turut berkongsi pengalaman isteri seorang pengusaha yang ditemui di London, semalam, Lord Levene of Portsoken.

"Beliau bercerita, isterinya menggunakan kereta elektrik dan bagaimana dia dapat menjimatkan perbelanjaan. Tidak perlu bayar cukai jalan, tidak perlu bayar tempat letak kereta. Inilah alternatif yang disediakan kepada rakyat di London , yang mana penggunaan kenderaan elektrik dan kita mahu rakyat kita juga bersedia berbuat begini," katanya.

Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.









BuLih2 Suda Tu Tau..he3.. Very Happy
Back to top Go down
http://www.pipercross.niceboard.net

AuthorMessage
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12283
Reputation : 0
Number of posts : 2370

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime13/6/2008, 9:08 am

Dvivie99 wrote:
saya bru gak renew roadtax bln may tu...So buli la saya ambik tu rebat tunai...Ada gak la extra $$ tuk soping.... Very Happy

Tp saya renew d kk dlu tu,buli ka ambik d KL aaaa
Suspect
bule bha cyg vivie99, dmana2 pjbt pos bule ambik janji ko warganegara Malaysia.... What a Face
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12099
Reputation : 0
Number of posts : 1246

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime13/6/2008, 9:16 am

ok bah 2 kita ramai2 pi ambil duit d pejabat ofis...
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12249
Reputation : 0
Number of posts : 2041

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime13/6/2008, 10:56 am

ringan beban sikit saja pun.. ambil hati konon
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12003
Reputation : 0
Number of posts : 2142

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime13/6/2008, 11:06 am

kena rebet kah kena sebat....?ada chain reaction sudah ni dimana mana.so,bersedia utk menerimanya dengan hati terbuka....
Back to top Go down
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12307
Reputation : 0
Number of posts : 737

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime14/6/2008, 9:50 am

Rebat tunai boleh dituntut seawal 8.30 pagi ini


KUALA LUMPUR 13 Jun - Pos Malaysia Berhad (PMB) sudah bersiap sedia untuk menerima kehadiran pemilik kenderaan yang ingin membuat tuntutan rebat tunai di 683 pejabat pos di seluruh negara mulai esok.

Ketua Komunikasi Korporat PMB, Datin Rohaiza Hashim berkata, urusan itu akan dilakukan di semua pejabat pos kecuali tiga pejabat pos yang masih tidak dilengkapi sistem komputer.

Pejabat-pejabat pos yang tidak menawarkan pembayaran rebat ialah Pejabat Pos Changkat Kruing di Manjung, Perak; Pejabat Pos Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Pejabat Pos Pulau Carey, Klang.

"Kita berharap orang ramai tidak pergi ke ketiga-tiga pejabat pos itu untuk urusan bayaran rebat, sebaliknya berbuat demikian di 683 pejabat pos lain,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Rohaiza, seramai 2,300 kakitangan telah ditugaskan menjalankan urusan tuntutan rebat di kaunter PMB di seluruh negara.

Orang ramai boleh membuat tuntutan tersebut bermula esok dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Ahad.

Bagi negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi adalah sama kecuali pejabat-pejabat pos di negeri itu akan beroperasi setiap hari kecuali pada Jumaat.

Operasi pejabat pos juga ditutup pada setiap Sabtu minggu pertama.
"Pegawai teknikal juga diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di bilik gerakan di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur bagi menghadapi sebarang masalah,'' katanya.
Kelmarin, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk pembayaran rebat selepas mengambil kira anggaran jarak perjalanan pengguna kenderaan itu sejauh 50 kilometer sehari.
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian sebanyak RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun selepas memperbaharui cukai jalan masing-masing.

PMB menjangkakan bagi fasa pertama, tuntutan rebat tunai itu akan membabitkan sebanyak 1.7 juta kenderaan persendirian.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai proses tuntutan pembayaran tunai atau menyemak senarai pejabat pos boleh menghubungi Posline 1-300-300-300 atau mengunjungi laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12099
Reputation : 0
Number of posts : 1246

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime18/6/2008, 8:11 am

saya sudah dapat rebet tunai kelmarin ...so kaya lah aku nie dlm 1 minggu.....
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12380
Reputation : 0
Number of posts : 1109

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime18/6/2008, 8:16 am

boleh buat duit raya...heheee!!!!
tapi roadtax aku mati pada bulan july...bila bole dpt claim ye????
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12256
Reputation : -1
Number of posts : 6286

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime18/6/2008, 6:45 pm

sakura wrote:
boleh buat duit raya...heheee!!!!
tapi roadtax aku mati pada bulan july...bila bole dpt claim ye????

after renew roadtax baru nanti blh sudah claim sis..
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12380
Reputation : 0
Number of posts : 1109

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime19/6/2008, 8:28 am

maknanya end of july nanti ke??
Back to top Go down
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12471
Reputation : 10
Number of posts : 2945

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime19/6/2008, 8:16 pm

Sy punya 2nd of july nie road tax mati... mau atur insuran dulu la nie, lepastuh.. . Subsidi... yeyeyeye...
Back to top Go down
hYNdrAkrAziE
REGULAR
REGULAR
hYNdrAkrAziE

Male
Countries/State : Canada
Age : 41
location : Beaufort ke Lahad Datu
Points : 12000
Reputation : 0
Number of posts : 390

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime19/6/2008, 8:55 pm

aiyaa..kira buyuk ehh..aku renew 28 mac nda lah aku dapat tue...ciss..nada can kah aku niee...
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12099
Reputation : 0
Number of posts : 1246

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime20/6/2008, 8:22 am

duit ku subsidi sudah pun habis ku guna tiada lagi duit kerajaan nie.....huhuhu Sad
Back to top Go down
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 51
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12540
Reputation : 0
Number of posts : 1635

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime22/6/2008, 8:27 pm

Rebat tunai diperluas kepada pemilik kenderaan 3,000cc di Sabah dan Sarawak

22/06/2008 5:51pm

KUALA LUMPUR 22 Jun — Pembayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel akan diperluas kepada pemilik kenderaan persendirian dengan enjin berkapasiti sehingga 3,000cc di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah itu bagi meringankan beban perbelanjaan pemilik-pemilik kenderaan jenis itu seperti pemilik kenderaan pacuan empat roda ekoran kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.
Penduduk di kawasan pedalaman di kedua-kedua negeri itu banyak menggunakan kenderaan jenis itu bagi memudahkan urusan pengangkutan memandangkan keadaan permukaan bumi yang kurang datar.
“Telahpun diputuskan untuk memberikan rebat yang sama dengan menambahkan lagi cc bagi kereta-kereta di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sehingga 3,000cc bagi kenderaan yang didaftarkan untuk digunakan di kawasan pedalaman untuk mengangkut barang-barang,” katanya.
Di Semenanjuang, Abdullah berkata kerajaan akan terus memberi bantuan dan kemudahan sewajarnya kepada pengusaha bot dan feri bagi meringankan beban mereka. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas mengenai penstrukturan semula subsidi kepada anggota Parlimen dan Senator Barisan Nasional di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian iaitu RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun selepas memperbaharui cukai jalan masing-masing.
Setakat Jumaat lepas, Pos Malaysia Berhad (PMB) telah mengagihkan sebanyak RM437.23 juta tuntutan rebat tunai subsidi petrol dan diesel kepada pemilik kenderaan persendirian, membabitkan 56 peratus pemilik kenderaan.
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
Sponsored content




BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...   BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN... - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BAYARAN REBAT OLEH KERAJAAN...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: