Penyanyi Yuni Shara, 35, yang juga kakak
artis terkenal Kris Dayanti bercerai dengan suaminya Henry Siahan, 50,
Jumaat minggu lepas.
Perceraian artis tersebut amat mengejutkan pihak keluarganya dan
rakan-rakan artis yang lain kerana tiada khabar tentang masalah rumah
tangga yang mereka dibina 11 tahun lalu.
Yuni yang mempunyai dua orang anak memohon cerai di mahkamah agama
negeri Jakarta Selatan 21 Mei lepas. Apakah punca perceraian tersebut?
Yuni yang sebelum itu pernah menjadi janda selepas pernikahan pertamanya selama empat bulan dengan Raymond Manthey.
Yuni memberitahu wartawan, perceraian itu berkaitan dengan harga dengan dirinya.
“Saya tidak pernah mempersoalkan tentang perbezaan agama walaupun
yang terbaik suami dan isteri hendaklah dari satu agama,” katanya.
Keputusan untuk bercerai telah diambil setelah usaha untuk
menyelamatkan perkahwinan gagal, kata Yuni yang pulang dari menunaikan
umrah hujung tahun lalu.
“Saya hanya ingin hidup dengan tenang bersama anak-anak dan akan
keluar dari rumah ini,” kata Yuni yang berusaha memperdalamkan agamanya
sebelum mengambil keputusan bercerai.
Kata Yuni, dia juga tidak takut bergelar janda dan belum ada hasrat
untuk bernikah lagi.
Sementara itu Kris Dayanti percaya punca
perceraian kakaknya Yuni Shara berkaitan soal ekonomi.
Sejak suami kakaknya itu diisytihar muflis dan dipenjarakan, Yuni berusaha untuk menyara anak dan keluarganya.
Bagaimanapun kata Kris, keputusan (bercerai) yang diambil oleh Yuni merupakan yang terbaik.