LONDON - "Dapatkan saya dan saya akan kembalikan kegemilangan seperti sebelum ini."
Itu pesanan ringkas yang disuarakan Ronaldinho (
gambar) kepada pengurus baru Chelsea, Luiz Felipe Scolari.
Ronaldinho yang gagal mendapat tempat dalam skuad Barcelona sepanjang musim lalu dilaporkan berminat untuk menyertai bekas jurulatihnya itu.
Dalam masa yang sama, Scolari juga bersedia membuat pertaruhan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Brazil berusia 28 tahun itu, walaupun menyedari pemain itu sering kali dibelenggu kecederaan selain berdepan masalah peribadi sepanjang musim lalu.
Begitupun, abang yang juga ejen bekas pemain Terbaik Dunia itu, Roberto de Assis menjelaskan bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat melibatkan kedua-dua pihak.
"Ketika ini, Ronaldinho mahu menghabiskan masa cutinya di kediaman di Porte Alegre," jelas Assis.
"Dia mempunyai banyak pilihan sepanjang musim depan dan pastinya, dia tahu tawaran dari Scolari dan bersedia untuk bekerjasama kembali.
"Apa pun, kita akan lihat apa akan berlaku selepas ini, tetapi saya boleh jelaskan bahawa Ronnie cukup bersedia untuk saingan musim depan." - Agensi