SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Memilih warna rambut Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Memilih warna rambut Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Memilih warna rambut

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12409
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime9/6/2008, 8:08 am

Memilih warna rambut


Terdapat dua kumpulan individu yang mewarnakan rambut mereka iaitu yang ingin menyembunyikan uban dan mereka yang mahu memperbaharui penampilan diri.Memilih warna rambut St_02.1



Memilih warna rambut Logo-kecantikan-dalaman
Rambut umpama mahkota wanita. Potongan rambut yang menarik bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri, tetapi apabila digayakan dengan pakaian yang sesuai, menyerlahkan lagi penampilan diri.

Namun warna rambut juga kini mampu menjadi nilai tambah kepada penampilan dan keyakinan wanita.
Malah, mewarna rambut juga boleh menyerlahkan lagi pelbagai potongan rambut.
Warna rambut yang baik bukan sahaja sedondon dengan penampilan dan profil diri, tetapi juga menambah kilauan, drama dan keseronokan pada gaya rambut.
Terdapat dua kumpulan individu yang mewarnakan rambut mereka iaitu yang ingin menyembunyikan uban dan mereka yang mahu memperbaharui penampilan diri.
Ini untuk mengelakkan anda kecewa dengan hasil yang diberikan ataupun sebarang kerosakan rambut yang mungkin berlaku.
Secara amnya, antara faktor yang menentukan pemilihan warna rambut termasuk padanan warna yang dipilih dengan warna mata dan ton kulit.
Memilih warna rambut St_02.2
RAMBUT yang diwarnakan boleh menyerlahkan lagi potongan rambut dan penampilan diri.

Terdapat beberapa jenis pewarna rambut yang boleh anda pilih mengikut keperluan dan gaya hidup anda. Ia termasuklah:
Pewarna sementara
Ia hanya akan melapisi bahagian luar rambut dan akan hilang selepas satu atau dua cucian. Ia adalah pilihan yang baik bagi individu yang mahu mencuba warna yang berbeza.
Pewarna separa kekal
Pewarna separa kekal merupakan pilihan jangka masa pendek yang akan bertahan lebih lama berbanding pewarna sementara. Warna biasanya bertahan untuk beberapa bulan dan akan hilang secara semula jadi tanpa meninggalkan bahagian akar rambut yang memalukan.
Pewarna kekal
Pewarna ini memberikan perubahan yang berkekalan terhadap pigmen rambut. Ia tidak boleh hilang melalui cucian seperti yang terdapat pada pewarna sementara.
Kandungan amonia dan peroksida mengangkat dan memindahkan pigmen warna baru ke bahagian dalam rambut.
Warna akan hilang mengikut peredaran masa tetapi tidak boleh dikeluarkan dengan mudah untuk 'menghidupkan semula' warna semula jadi rambut.
Sama ada anda mewarna sendiri rambut di rumah ataupun melakukannya di salon, pastikan anda membuat ujian kulit terlebih dahulu untuk melihat kemungkinan berlaku sebarang reaksi alahan terhadap produk yang digunakan.
Memilih warna rambut St_02.3


Tip mewarna rambut:
* Semasa anda memilih warna baru, lakukannya dalam bilik yang mempunyai pencahayaan yang baik atau di luar. Ini dapat membantu anda memilih dengan lebih baik dan agar anda berpuas hati dengan hasil yang dipilih.
* Adalah baik sekiranya anda tidak memilih warna yang lebih daripada dua ton.
* Untuk rambut beruban, gunakan warna yang lebih gelap berbanding warna yang digunakan di bahagian lain di kepala.
* Pewarna rambut juga berasaskan bahan kimia. Sekiranya anda hamil, dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu sebelum mewarnakan rambut anda.
* Jangan cuba mewarna rambut yang berinai atau yang telah terdedah dengan pewarna metalik. Inai adalah pewarna rambut berasaskan organik dan tidak bercampur dengan baik bersama bahan kimia.
* Elakkan daripada berenang di kolam renang dan laut selepas mewarnakan rambut anda. Air laut dan klorin tidak bertindak balas dengan baik dengan rambut yang diwarnakan. Dalam sesetengah kes, sekiranya anda menggunakan warna yang terang, klorin boleh menyebabkan rambut anda kelihatan kehijauan.
* Sekiranya anda tidak pasti sama ada warna yang dipilih sesuai dengan rambut anda, lakukan ujian terhadap beberapa helai rambut. Ujian ini juga mampu menunjukkan sama ada terdapat kerosakan pada rambut anda.
* Jangan cuba memperbaiki rambut yang diwarnakan dengan sendirinya. Anda mungkin memburukkan lagi keadaan. Bertemulah pewarna rambut atau pendandan rambut profesional untuk memperbaiki keadaan. Ini mungkin menjimatkan masa dan juga kos.
* Kit mewarna rambut di rumah amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan mahu menjimatkan kos pewarna profesional.
Memilih warna rambut St_02.4
PENJAGAAN rapi perlu bagi mengelakkan rambut yang diwarnakan rosak atau luntur.

* Sekiranya anda mewarna sendiri rambut, mulakan daripada bahagian atas kepala atau di bahagian belakang leher, di mana warna semula jadi rambut adalah paling gelap.
* Pilih produk mewarna rambut yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk mewarnakan akar rambut setiap empat sehingga enam minggu, anda mungkin mahu memilih warna rambut yang hanya satu sehingga tiga kali lebih terang daripada warna semulajadi rambut. Paling hampir warna yang dipilih dengan warna semula jadi, lebih kurang jelas akar rambut baru yang menonjol.
* Gunakan syampu penyerlah warna untuk menyerlahkan dan mengekalkan warna rambut. Syampu ini direka khas untuk mengekalkan 'kesegaran' warna rambut selama yang mungkin. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan syampu tersebut, sekurang-kurangnya menggunakan syampu lembut.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 47
location : sabah
Points : 12197
Reputation : 0
Number of posts : 2620

Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Re: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime9/6/2008, 8:16 am

"Terdapat dua kumpulan individu yang mewarnakan rambut mereka iaitu yang ingin menyembunyikan uban dan mereka yang mahu memperbaharui penampilan "

wakakaka..... mataiiii mcm betul pulak ni kan.. hehehe tapi tu la yg kawan saya cakap dulu.... hehehe
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12409
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Re: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime9/6/2008, 8:20 am

eleanor wrote:
"Terdapat dua kumpulan individu yang mewarnakan rambut mereka iaitu yang ingin menyembunyikan uban dan mereka yang mahu memperbaharui penampilan "

wakakaka..... mataiiii mcm betul pulak ni kan.. hehehe tapi tu la yg kawan saya cakap dulu.... hehehe

iya memang ada orang yang mewarnakan rambut sebab menyembunyikan uban, bukan orang2 tua saja yg beruban ada juga yg muda2 lagi sudah beruban, penyakit kali ni atau keturunan barangkali dont know
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 12166
Reputation : 0
Number of posts : 478

Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Re: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime9/6/2008, 8:41 am

eleanor wrote:
"Terdapat dua kumpulan individu yang mewarnakan rambut mereka iaitu yang ingin menyembunyikan uban dan mereka yang mahu memperbaharui penampilan "

wakakaka..... mataiiii mcm betul pulak ni kan.. hehehe tapi tu la yg kawan saya cakap dulu.... hehehe


mimie kaler rambut bkn kerana ingin menyembunyikan uban..coz blum ada uban lg What a Face ..tp utk memperbaharui penampilan... Tdk slh bah kaler rambut nie,asalkan produk yg kita guna tu ada chop disahkan halal JAKIM (for muslim user)..so bila kita solat,solat kita diterima kan...kan..

Tp mimie nda suka lelaki yg kaler rambut la..especially bila kaler2 yg terang..ntah la napa..coz kt KL golongan yg gtu ramai yg gay n bapok...oppssss maaf ye..tp ramai yg mimie kenal berjenama gtu mmg majority rambut d highlight..So utk lelaki yg macho,jgn la kaler kan rambut ye..biar rambut ori,biar la ada uban pun..coz yg ada uban tu la SEXY d mata gurlz masa kini....
Very Happy Very Happy
Back to top Go down
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 47
location : sabah
Points : 12197
Reputation : 0
Number of posts : 2620

Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Re: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime9/6/2008, 11:53 am

mimie1010 wrote:
eleanor wrote:
"Terdapat dua kumpulan individu yang mewarnakan rambut mereka iaitu yang ingin menyembunyikan uban dan mereka yang mahu memperbaharui penampilan "

wakakaka..... mataiiii mcm betul pulak ni kan.. hehehe tapi tu la yg kawan saya cakap dulu.... hehehe


mimie kaler rambut bkn kerana ingin menyembunyikan uban..coz blum ada uban lg What a Face ..tp utk memperbaharui penampilan... Tdk slh bah kaler rambut nie,asalkan produk yg kita guna tu ada chop disahkan halal JAKIM (for muslim user)..so bila kita solat,solat kita diterima kan...kan..

Tp mimie nda suka lelaki yg kaler rambut la..especially bila kaler2 yg terang..ntah la napa..coz kt KL golongan yg gtu ramai yg gay n bapok...oppssss maaf ye..tp ramai yg mimie kenal berjenama gtu mmg majority rambut d highlight..So utk lelaki yg macho,jgn la kaler kan rambut ye..biar rambut ori,biar la ada uban pun..coz yg ada uban tu la SEXY d mata gurlz masa kini....
Very Happy Very Happy

huhuhuu....... caya la mimi...
Back to top Go down
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 11994
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Re: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime9/6/2008, 1:28 pm

huhu~ tru prefer the original color.. BLACK!
sebab tru rasa black paling dekat di hati.. wah~!!!
tru xmain la dye2 ni..
merosakkan harta benda tuhan cikgu tru cakap.. Laughing
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12393
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Re: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime13/7/2009, 2:54 pm

we rock jgan telabih warna suda we rock
Back to top Go down
Sponsored content




Memilih warna rambut Empty
PostSubject: Re: Memilih warna rambut   Memilih warna rambut Icon_minitime

Back to top Go down
 

Memilih warna rambut

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Shopping & Kecantikan-
Jump to: