| SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? | |
|
Author | Message |
---|
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12265 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 19/6/2008, 7:25 pm | |
| Teck Lee tamak – PM
PUTRAJAYA 18 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan “saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.” Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian. Yong mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa SAPP telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah. Sejak kebelakangan ini, bekas Ketua Menteri Sabah itu sering mengkritik keputusan politik Abdullah mengenai Sabah termasuk langkah menaikkan harga bahan bakar.
– Bernama Apa komen kamurang apa yg akan berlaku selepas ini? PM mendakwa Yong Teck Lee tamak, walhal SAPP mahu kerajaan lebih telus dalam membasmi PTI di sabah. Beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan PM bahwa kerajaan Pusat akan memberi 1billion untuk kerajaan Sabah dan beliau anggap 1billion cuma 'gula-gula' padahal lagi jauh jauh nilai dari 80billion hasil minyak Sabah yang beralih ke kerajaan Pusat. DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINEhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=politik |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12265 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 19/6/2008, 7:29 pm | |
| Teck Lee mengaku jumpa Anwar
Oleh ZULHISHAM ISHAK
KOTA KINABALU 18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengakui mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hong Kong dan Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bekas Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak menjelaskan perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu. Teck Lee memberitahu, beliau turut menemui beberapa pemimpin parti pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di tempat lain. ''Saya turut menemui pemimpin pembangkang lain termasuk BN dan UMNO untuk membincangkan senario politik yang berlaku di Malaysia dan kesannya terhadap politik di Sabah,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SAPP dekat sini hari ini. Sidang akhbar itu merupakan pengumuman rasmi SAPP yang mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengugut akan menyokong sebarang bentuk undi tidak percaya terhadapnya. Teck Lee turut melahirkan keyakinan bahawa pendirian itu akan disokong oleh beberapa parti komponen BN lain di Semenanjung dan Sarawak. Malah, beliau mendakwa, ahli-ahli Parlimen lain BN bersetuju dengan tindakan SAPP itu walaupun mungkin tidak secara terbuka. ''Beberapa pemimpin parti komponen bersetuju dengan tindakan SAPP ini, mungkin kita perlu menunggu beberapa hari lagi atau minggu depan (untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan SAPP),'' katanya. Berhubung kedudukan SAPP dalam BN pula, katanya, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada Jumaat ini. ''Secara teknikalnya, SAPP masih dalam BN. BN sebenarnya seolah-olah sudah tidak wujud di Sabah, BN di Sabah adalah sekadar nama tanpa penerimaan dan semangat BN yang sebenar-benarnya. ''Kami tidak pernah menyatakan akan keluar BN atau masuk pakatan pembangkang sebelum ini, apa yang kami mahu sebagai parti politik di Sabah ialah autonomi politik dan menyelesaikan masalah di negeri ini,'' ujarnya. Ditanya adakah tindakan SAPP itu sebagai satu pengkhianatan terhadap BN, Teck Lee berkata, perkara itu tidak timbul, sebaliknya apa yang dilakukan adalah hasil rasa kecewa SAPP terhadap BN yang gagal menangani masalah di Sabah dengan cepat dan berkesan. Berhubung jangkaannya terhadap reaksi pucuk pimpinan BN, beliau berkata: ''Saya tidak tahu bagaimana reaksi mereka. Sebelum ini ada pihak yang mahu menghantar kumpulan untuk menyiasat sama ada wakil rakyat di Sabah akan melompat parti atau tidak.'' Teck Lee turut menafikan bahawa tindakannya hari ini disebabkan tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu tetapi isu-isu Sabah yang masih tertangguh penyelesaiannya. |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 19/6/2008, 7:54 pm | |
| Maju Malaysia.. SABAH TATAP!!?!! Harap tindakan SAPP nie dpt membuka mata suma rakyat SABAH yg masih tidur kerana melayan mimpi indah tapi ngeri.. |
|
| |
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12084 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 19/6/2008, 8:06 pm | |
| ya saya sokong...............................kita kena berubah bila lagik kita mau mencorakkan kepimpinan kita...jom kita pikir2kan...SABAH NIE...TEMPAT LAHIR KITA........marilah kita tentukan nasib kita..... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 19/6/2008, 8:09 pm | |
| ada kamu tgk buletin utama tadi?? Sabah negeri termiskin di malaysia.. Teruskan tidur sahabat2 sekalian.. |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12265 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 19/6/2008, 8:10 pm | |
| padahal hasil sawit... minyak... tea suma dari sabah... tapi bukan kita yg menuai.. org2 yg cil*ka datang dari sebelah sana tu macam t*ik... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 19/6/2008, 8:14 pm | |
| masalahnya bro..kitanie suma tidur..mcm mana jua.. |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12357 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 20/6/2008, 10:58 am | |
| apa yg di katakan oleh datuk yong tu ada kebenarannya... |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12265 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? 20/6/2008, 6:43 pm | |
| bukan dia yg tamak tapi konco2 fcuk Lah... errr drakult bukan sedara sebelah kwn yg ko tidak kenal kah fcuk lah ni?? hhehehe |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? | |
| |
|
| |
| SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? | |
|