First topic message reminder :Rumah termahal duniaGolongan bilionair membeli kediaman berharga lebih AS$100 juta hanya untuk dijadikan rumah persinggahan kedua, ketiga atau keempat.PASARAN hartanah mewah sering menjadi 'permainan' golongan paling kaya di dunia.
SEPANJANG kawasan di Gold, Coast, Australia dan merentasi wilayah Riviera di Perancis, ia terletak di atas pantai yang menawarkan pemandangan yang luar biasa.
Di United Kingdom, terdapat istana-istana yang kelihatan seperti rumah agam Ratu Belgravia.
Sementara rumah lain pula merupakan hartanah yang merentasi benua Eropah hinggalah kawasan perlindungan di Zambia. Inilah sebahagian daripada hartanah paling mahal di dunia dan harganya sama uniknya dengan kediaman tersebut.
Rumah persinggahan Putera Saudi, Bandar bin Sultan untuk bermain ski diperbuat daripada kayu Aspen berharga AS$135 juta (RM486 juta), manakala 6,000 kilometer dari situ, terdapat sebuah rumah agam 64 bilik dengan pancutan air dari Istanbul berharga AS$100 juta.
"Anda sebenarnya bercakap tentang pasaran paling mewah," kata Joshua Saslove dari Joshua & Co., syarikat yang berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat.
"Kekayaan yang dimiliki oleh pembeli dan penjual hartanah ini membolehkan mereka melakukan apa saja yang mereka mahukan."
Terasa terlalu mahal? Dengan wang sebanyak AS$18 juta, anda boleh membeli hartanah paling mahal di Afrika Selatan.
Sama ada mereka sanggup berhabis AS$20 juta atau hampir AS$100 juta di Hong Kong, New York atau Rio de Janeiro, mereka yang membeli hartanah mewah ini terdiri daripada kelompok yang sama.
Mereka adalah golongan jutawan yang mencari rumah kedua, ketiga atau keempat. Mereka juga tidak kisah untuk pergi ke sesuatu lokasi menaiki jet semata-mata untuk memiliki hartanah yang cantik.
Rakyat Amerika, Arab dan Eropah sudah lama membeli hartanah seperti ini di seluruh dunia. Tetapi dengan peningkatan kekayaan di China, India dan Rusia, ia telah meningkatkan lagi harga kawasan paling mewah di dunia.
Misalnya, taikun besi waja dari India, Lakshmi Mittal yang sanggup berbelanja sehingga AS$100 juta untuk membeli sebuah rumah. Beliau membelinya pada tahun 2005 apabila membeli sebuah rumah bandar di Kensington yang berharga RM457 juta.
Walaupun masih belum dibina, Tim Blixseth telah memperuntukkan sebanyak AS$155 juta untuk membina sebuah rumah di Montana. Rumah agam itu bakal diperbuat daripada batu dan kayu.
Namun sementara Blixseth menyiapkan rumahnya, hartanah paling popular tahun lalu terletak di kawasan Atlantik di Surrey, England.
Untuk harga AS$138 juta, pembeli boleh memperoleh sebuah hartanah seluas 20 hektar iaitu rumah agam yang mempunyai 103 bilik. Ia boleh menjadi saingan kepada Istana Buckingham dan Istana Hampton Court dari segi saiz dan kemewahannya.
Selama tiga tahun berturut-turut, Forbes.com telah menggabungkan senarai pasaran hartanah paling berharga di setiap benua, kecuali Antartika.
Namun begitu, meneroka setiap hartanah kelas atasan adalah sesuatu yang mustahil. Kebanyakan pemilik menjual rumah mereka hanya kepada pembeli terpilih dan mereka tidak memberitahu harga rumah dan jualannya.
Cara ini boleh membantu para pemilik untuk menyembunyikan nilai rumah bagi tujuan cukai dan mengelakkan golongan aristokrat daripada melabelkan mereka sebagai 'pelik' kerana memberitahu kepada dunia tentang hartanah yang berharga AS$100 juta ke atas.
Contohnya di Perancis, senarai harga tertinggi pada tahun lalu ialah AS$65 juta bagi sebuah kediaman elegan yang terletak di Cote d'Azur, berhampiran pelabuhan Saint Jean yang mempunyai pemandangan Beaulieu dan Monaco.
Sesetengah kediaman tidaklah terlalu mahal pada asalnya. Contohnya, Donald Trump membeli rumah agam di Palm Beach tiga tahun lalu pada harga lebih AS$40 juta sahaja. Namun, selepas melaksanakan pengubahsuaian ekstensif, rumah agam itu dimasukkan semula ke dalam pasaran pada harga melebihi AS$125 juta (RM450 juta).
Bagi agen-agen hartanah, menjual rumah bernilai melebihi AS$100 juta adalah satu proses pembelian yang sangat istimewa. Kebanyakan broker hanya mempunyai beberapa senarai hartanah pada satu satu-satu masa.
RUMAH agam di Kensington ini berharga AS$121 juta pada 2001. Kini harganya berlipat kali ganda.
Jualan yang jarang-jarang berlaku ini memberikan keuntungan lebih besar berbanding jualan hartanah biasa berharga sederhana.