SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
statment TUN MAHATHIR.... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
statment TUN MAHATHIR.... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 statment TUN MAHATHIR....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12420
Reputation : 0
Number of posts : 2311

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime9/6/2008, 8:31 am

Harga Minyak

Harga
minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat
laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain
harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual
pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika
Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak
di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan
Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya
mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di
jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja.
Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami
peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah
kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United
Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita
adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli
kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan
ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan
dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju,
tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas
Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan
milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula.
Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak
dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa
Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan
kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya,
Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan
ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa
keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak
menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai
Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya
Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke
RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika
Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit
pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh
dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20
peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga
barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar
20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan
komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam
Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya
dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi
Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan
telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit
hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada
rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan
selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri
Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah
saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim
kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima
kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah
jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini
seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya
datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan
kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak
akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri
subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan terus
beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja
berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam
akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat
tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga
tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini
ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di
dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung
bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita
pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh
bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain
minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang
400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga
mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah
tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di
dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan
menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat
menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan
sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi
berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik
bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk
sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya
pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat
berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga
melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik
mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan
sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang
memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia.
Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi
industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan
untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos
sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan
ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman
sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan
dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya
resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika
Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut
ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita
tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk
mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat
dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja
segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan
untuk menilai harga minyak setiap bulan.
Back to top Go down
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 47
location : sabah
Points : 12195
Reputation : 0
Number of posts : 2620

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime9/6/2008, 8:40 am

sa macam tepakai ni statment... hehehe
Back to top Go down
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12420
Reputation : 0
Number of posts : 2311

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime9/6/2008, 8:44 am

orang mcm eleanor mesti tau punya atur strategi...
Back to top Go down
iealza
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12179
Reputation : 0
Number of posts : 155

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime9/6/2008, 8:50 am

siapa yang buat statment ne.. Suspect
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12249
Reputation : 0
Number of posts : 2041

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime9/6/2008, 12:06 pm

apa boleh buat kita arakyat biasa sajakan
Back to top Go down
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 38
location : kk bah....
Points : 11976
Reputation : 0
Number of posts : 967

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime9/6/2008, 12:14 pm

cakap pun tia guna....org berkuasa tetap berkuasa... itu ja kesimpulannya
Back to top Go down
hYNdrAkrAziE
REGULAR
REGULAR
hYNdrAkrAziE

Male
Countries/State : Canada
Age : 41
location : Beaufort ke Lahad Datu
Points : 12000
Reputation : 0
Number of posts : 390

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime9/6/2008, 1:00 pm

uikss sejak minyak ni naik semua peniaga menaikkan harga barang..rugi ooOoo kalau tidak kasi naik mau makan apa..rakyat jadi magsa oOOo yg org kaya pun sekarang geleng kepala apa lagi yg biasa² nie lagi lahh sengsara..
Back to top Go down
ekinasri256
JUNIOR
JUNIOR
ekinasri256

Female
Age : 41
Points : 12538
Reputation : 0
Number of posts : 125

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime20/6/2008, 9:57 pm

lil bit worry ngan kerajaan skang...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/bini2kedayan
ekinasri256
JUNIOR
JUNIOR
ekinasri256

Female
Age : 41
Points : 12538
Reputation : 0
Number of posts : 125

statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime20/6/2008, 10:00 pm

anip wrote:
cakap pun tia guna....org berkuasa tetap berkuasa... itu ja kesimpulannya

tuhan ja yg ttp berkuasa.kalu manusia yg berkuasa we stil da hak tuk kasi turun kuasa dia... Wink
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/bini2kedayan
Sponsored content




statment TUN MAHATHIR.... Empty
PostSubject: Re: statment TUN MAHATHIR....   statment TUN MAHATHIR.... Icon_minitime

Back to top Go down
 

statment TUN MAHATHIR....

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: