|
| Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Hari malang anda ? 17/6/2008, 9:00 am | |
| Korang merasakan korangla insan paling malang hari ini... Iye ke? Bacelah kisah orang-orang malang yang kemungkinan besar berkali-kali ganda malang daripada korang yang malang....
Tak percaye? Teruskan membaca...
HARI MALANG ANDA?
Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…… 20 Mac 1998.
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.
MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
Ingat! Mungkin ini lebih buruk...
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000.. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.
“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye...) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
AKHIR SEKALI...
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..
Exxon Valdez*
- Nama kapal milik syarikat Exxon Shipping Company (sekarang dikenali Sea River Shipping Company). - Menyebabkan tumpahan minyak semasa dalam perjalanan merentas Alaska pada 23 Mac 1989. - Tumpahan yang berlaku : 11 juta gelen atau 257 000 tong minyak. - Liputan minyak seluas 1300 batu dengan 200 batu yang terhampir dengan punca adalah tumpahan kritikal. - Kos pembersihan adalah USD$2.1 bilion!! (bukan juta tau) melibatkan 10 ribu pekerja, hampir 1 ribu bot dan kira-kira 100 buah kapal terbang serta helikopter. - Bangkai lebih 35 ribu burung dan 1 ribu memerang laut dijumpai. namun disebabkan banyak lagi bangkai yang tenggelam ke dasar laut, anggaran sebenar kematian haiwan adalah 250 ribu burung, 2 800 memerang laut, 300 anjing laut, 250 helang botak (haiwan yang dilindungi sepenuhnya di US), 22 ekor paus pembunuh dan berbilion telur ikan salmon dan herring. |
| | | Yen MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : sabah Tag ID: : 02452 Points : 12239 Reputation : 0 Number of posts : 836
| Subject: Re: Hari malang anda ? 17/6/2008, 9:27 am | |
| Kak, story yg kedua tu lucu bangat!hahahaha.. |
| | | rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Hari malang anda ? 17/6/2008, 9:43 am | |
| - Yen wrote:
- Kak,
story yg kedua tu lucu bangat!hahahaha.. iya memang lucu......memang haritu hari malang bagi dia tu...... |
| | | Yen MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : sabah Tag ID: : 02452 Points : 12239 Reputation : 0 Number of posts : 836
| Subject: Re: Hari malang anda ? 17/6/2008, 10:02 am | |
| ya bah..suda jatuh...bertimpa-timpa lagi tangga...hehehehe |
| | | dante_kinddevil JUNIOR
Countries/State : Age : 35 location : pmp-kk Points : 12055 Reputation : 0 Number of posts : 149
| Subject: Re: Hari malang anda ? 17/6/2008, 10:46 am | |
| ni lagi crita kesian... ntah malan ka apa?? seorang proffesor baru mendapat gelarannya sebagai proffesor sekaligus mendapat kenaikan gaji, sedang si lelaki yang bergelar suami ini beristeri dan mempunyai satu cahaya mata... suatu hari dengan gaji yang boleh tahan ni beliau teringin memiliki "ride" yang baru selepas si kancil berkhidmat dengannya selama ini.. akhirnya bincang2 punya bincang maka dideal nya satu ride "nda ingat" yang pasti model jaguar... harga pun bleh tahan..... kegembiraan terasa apabila berjalannya "jaguar " pada jalan raya menuju ke tempat kerja... pulangnya dari kerja tidak pernah sehari tidak dicuci dan dikilatkan si jaguar.. bersama dengan c kecilnya yang berumur 5 tahun membersihkan "jaguar"... "tengok kereta baru ayah!! kilat tak??" "ya, kilat ayah, camtik dan berseri, haha" c anak ketawa kecil.. sehingga satu hari si proffesor pulang dari kerja dengan penat yang amat sangat, pulang dan me"lay"kan badan ke sofa.. si kecil bertanya " ayah tak cuci kereta ka hari ni??" lalu d jawab "tak, ayah penatla" "biar sy yang pegi cuci untuk ayah ok??" "baiklah" c ayah menjawab tanpa melihat ke arah anaknya". si anak gembira dan menyediakan "wash kit", "aku mau cuci lebih kilat dari ayah" selepas mencuci, si anak masih tidak berpuas hati dengan kekilatannya, lantas trus mengambil berus dawai dan memberus badan kereta... modennya dunia sekarang "jaguar" menjerit kesakitan memanggil tuannya dengan ALARM"... c ayah keluar dan melihat cat kereta sudah tergores.. dengan kemarahan yang menguasainya dia memanggil isterinya menangkap anaknya, lantas isteri dan si suami yang tidak berfikir panjang berkerjasama mengerjakan anak mereka... isteri memegang anak, suami mencucuk tangan anak kecil berumur 5 tahun itu dengan paku berkarat secara bertubi2... pembantu rumah melihat kejadian tersebut dan melepaskan c manja kecil... tanpa mendapat rawatan, kecederaan c kecil semakin teruk selepas beberapa hari sehingga bernanah.... akhirnya c kecil d bawa ke hospital, doktor mengesahkan tangan c kecil harus di potong sebelum kesan karat melarat ke jantung... dengan kesal suami isteri menyetujui pembedahan kedua2 belah tangan c manja.... selesai pembedahan, si anak sedar dan senyum melihat ayah dan ibunya, katanya; 1) ayah!! bila besar nanti sy nak belikan ayah kereta yang lebih besar dan berkilat supaya ayah dan ibu selesa... hahahaha ( ketawa kecil dari c anak 5 tahun) rupa c kecil berubah menjadi suram dan berkata; 2) tapi adik dah tak ada tangan, tak dapat kerja lagi... ayah tolong belikan adik tangan baru ya...... meyesal kemudian tidak berguna........................ |
| | | shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Hari malang anda ? 17/6/2008, 10:48 am | |
| iya bah story kedua tu luculah... |
| | | dante_kinddevil JUNIOR
Countries/State : Age : 35 location : pmp-kk Points : 12055 Reputation : 0 Number of posts : 149
| Subject: Re: Hari malang anda ? 19/6/2008, 9:19 am | |
| |
| | | Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12620 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Hari malang anda ? 19/6/2008, 10:20 am | |
| cerite yg ke2 tu yg paling best.... |
| | | rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Hari malang anda ? 21/6/2008, 9:09 pm | |
| - dante_kinddevil wrote:
- ni lagi crita kesian... ntah malan ka apa??
seorang proffesor baru mendapat gelarannya sebagai proffesor sekaligus mendapat kenaikan gaji, sedang si lelaki yang bergelar suami ini beristeri dan mempunyai satu cahaya mata...
suatu hari dengan gaji yang boleh tahan ni beliau teringin memiliki "ride" yang baru selepas si kancil berkhidmat dengannya selama ini.. akhirnya bincang2 punya bincang maka dideal nya satu ride "nda ingat" yang pasti model jaguar... harga pun bleh tahan.....
kegembiraan terasa apabila berjalannya "jaguar " pada jalan raya menuju ke tempat kerja... pulangnya dari kerja tidak pernah sehari tidak dicuci dan dikilatkan si jaguar.. bersama dengan c kecilnya yang berumur 5 tahun membersihkan "jaguar"... "tengok kereta baru ayah!! kilat tak??" "ya, kilat ayah, camtik dan berseri, haha" c anak ketawa kecil..
sehingga satu hari si proffesor pulang dari kerja dengan penat yang amat sangat, pulang dan me"lay"kan badan ke sofa.. si kecil bertanya " ayah tak cuci kereta ka hari ni??" lalu d jawab "tak, ayah penatla" "biar sy yang pegi cuci untuk ayah ok??" "baiklah" c ayah menjawab tanpa melihat ke arah anaknya".
si anak gembira dan menyediakan "wash kit", "aku mau cuci lebih kilat dari ayah" selepas mencuci, si anak masih tidak berpuas hati dengan kekilatannya, lantas trus mengambil berus dawai dan memberus badan kereta...
modennya dunia sekarang "jaguar" menjerit kesakitan memanggil tuannya dengan ALARM"... c ayah keluar dan melihat cat kereta sudah tergores.. dengan kemarahan yang menguasainya dia memanggil isterinya menangkap anaknya, lantas isteri dan si suami yang tidak berfikir panjang berkerjasama mengerjakan anak mereka... isteri memegang anak, suami mencucuk tangan anak kecil berumur 5 tahun itu dengan paku berkarat secara bertubi2...
pembantu rumah melihat kejadian tersebut dan melepaskan c manja kecil... tanpa mendapat rawatan, kecederaan c kecil semakin teruk selepas beberapa hari sehingga bernanah....
akhirnya c kecil d bawa ke hospital, doktor mengesahkan tangan c kecil harus di potong sebelum kesan karat melarat ke jantung... dengan kesal suami isteri menyetujui pembedahan kedua2 belah tangan c manja....
selesai pembedahan, si anak sedar dan senyum melihat ayah dan ibunya, katanya;
1) ayah!! bila besar nanti sy nak belikan ayah kereta yang lebih besar dan berkilat supaya ayah dan ibu selesa... hahahaha ( ketawa kecil dari c anak 5 tahun)
rupa c kecil berubah menjadi suram dan berkata;
2) tapi adik dah tak ada tangan, tak dapat kerja lagi... ayah tolong belikan adik tangan baru ya......
meyesal kemudian tidak berguna........................
sedih pulak cerita ni |
| | | ara JUNIOR
Age : 38 location : kk Points : 12013 Reputation : 0 Number of posts : 97
| Subject: Re: Hari malang anda ? 21/6/2008, 9:36 pm | |
| aduhhh kejamnyaaaa.. kesiannya bdk kecik yg ndatau apa2 tu kn.. |
| | | sherry yusoff FRESHIE
Age : 35 location : papar, sabah. Points : 11994 Reputation : 0 Number of posts : 16
| Subject: Re: Hari malang anda ? 22/6/2008, 1:54 am | |
| ksian nya budak 2.... nasib la..... parents dia pun emo sgt.... besa la bha budak kn??? bukan taw apa pun... sampai ati jg parents dia 2.... |
| | | kuai MODERATOR
Countries/State : Age : 38 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC 03039 Points : 12012 Reputation : 0 Number of posts : 1258
| Subject: Re: Hari malang anda ? 23/6/2008, 11:03 am | |
| hahahhahah...sa rsa nsb baik kita nda gitu kann...thank god we r lucky..hehehhe |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Hari malang anda ? | |
| |
| | | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Apa Yang Anda Mahu?
Mahu Bincang Tentang?
Aktiviti Kelab Sioloon?
Mencari Yang Menarik?
|
|