Intro
Satu perkara yg kita kena faham dulu ialah bagaimana piston ring
berfungsi. Piston ring bertujuan utk menutup atau seal ruang antara
piston dgn cylinder wall. Sealing power ni dtg dari tekanan dlm ruang
pembakaran yg masuk melalui longkang kat tepi piston tu. Tekanan ni
menolak piston ring keluar seterusnya menutup ruang kosong tu.
Ringkasnya, kalu hi load mcm accelerate atau panjat bukit, tekanan
dlm combustion chamber tinggi dan tekanan keatas piston ring jugak
lebih kuat. Inilah asas kpd hard break-in method samada utk kereta baru
keluar kedai atau baru lepas overhaul.
Tujuan break-in engine ialah utk mengasah cylinder wall dgn piston
ring. Kalu tgk dgn mikroskop, cylinder wall yg baru rebore bukan betul2
licin. Ada honing patern (garis2 halus) mcm bentuk gelang disepanjang
cyl wall. Patern ni berfungsi mcm kertas pasir, mengasah piston ring
supaya blend dgn bentuk cyl wall. Kalu tekanan tak cukup, piston ring
tak akan betul2 blend dan sealing power tak kuat. Hasilnya, engine tak
betul2 power dan cepat haus (premature wear n tear)
Teknik
1. Elok dibuat waktu malam psl sejuk dan trafik tak sibuk. Carilah
hi-way atau jln yg kurang sibuk dan kurang kereta
waktu malam.
2. Warm-up enjin dulu dgn drive kete dlm 10 minit. Pastikan semua ok terutamnya temperature.
3. Mula dari gear 2, tekan padel (rembat!) sampai dekat2 redline
dan tekan brek sampai kereta slow balik. Speed tu agak2 la, kalu gear 4
redline speed laju sgt, cepat2 la brek dan ulang balik dr gear 2.
Ulang acceleration + deceleratation ni byk2 kali dlm 50-60km.
Sambil2 tu monitor temperature takut2 overheating. Blh gak lepas 10-20
km rehat dulu atau bwk keta mcm biasa sblm ulang balik proses tadi.
4. Bila dah cecah 50km-60km, tukar minyak itam dan oil filter dan
blh bwk mcm biasa tak payah nak pantang2 lagi. Biasanya, proses pertama
akan mengasah piston ring dgn cyl wall sebanyak 80 peratus. Selebihnya
akan setel slps pemanduan sejauh 2000km+-. Lepas habis 2000km+- ni,
tukarlah minyak hitam dan bolehla pakai minyak fully synthetic.