|
| Operasi besar-besaran usir pendatang haram | |
| |
Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 26/6/2008, 10:27 am | |
| First topic message reminder :
Operasi besar-besaran usir pendatang haram
Oleh Azhar Abu Samah, Anwar Hussin, Zainab Mohd Yatim, Abdul Halim Yusoff dan Nazura Ngah [url=mailto://][/url]
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan operasi besar-besaran untuk mengusir pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah berkata, operasi itu akan membabitkan semua warga asing yang sudah dikenal pasti tidak mempunyai dokumen sah sama ada dari negara asal mereka atau dikeluarkan Kerajaan Malaysia.
“Kita akan hantar balik mereka ini ke negara yang boleh terima mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Khas Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah, di Bangunan Parlimen, di sini, semalam. Najib berkata, langkah itu akan dilaksanakan selepas beliau berjumpa dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah tidak lama lagi.
Serentak itu, katanya, kerajaan akan memperkukuh dan menambah pusat pemeriksaan di lokasi tertentu bagi meningkatkan pemantauan terhadap pendatang asing di Sabah.
“Secara keseluruhannya, aspek keselamatan dan kehadiran agensi keselamatan akan ditingkat dan ditambah di tempat yang memerlukan,” katanya. Tanpa menyatakan sasaran pendatang asing yang akan dihantar balik ke negara asal, Najib berkata, operasi itu akan mengambil tindakan terhadap semua kumpulan yang ditakrifkan sebagai pendatang asing tanpa izin.
“Hingga kini kita sudah menghantar balik 300,000 pendatang asing dan sekarang bersedia untuk mengadakan operasi yang lebih besar dalam tempoh terdekat,” katanya.
Ditanya adakah operasi seumpama itu turut dibuat di Semenanjung, beliau berkata, ketika ini operasi besar-besaran akan hanya dibuat di Sabah kerana masalah itu lebih kritikal di negeri berkenaan.
Najib menafikan operasi besar-besaran itu dibuat akibat desakan pihak tertentu, sebaliknya ia dilakukan kerana kerajaan menganggap pendatang asing sebagai masalah serius rakyat Sabah yang memerlukan tindakan segera. Mengulas mengenai mesyuarat itu, Najib berkata, jawatankuasa khas Kabinet yang dibentuk itu membincangkan secara menyeluruh masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dan mengenal pasti langkah yang wajar diambil kerajaan untuk mengatasinya.
“Mesyuarat ini dibuat kerana kerajaan ingin menzahirkan komitmen dan kesungguhannya untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin seperti dikehendaki rakyat dan pemimpin parti politik Sabah,” katanya.
Difahamkan, masalah pendatang tanpa izin di Sabah akan diselesaikan secara berperingkat-peringkat, dengan ketika ini tumpuan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen sebelum diperluas kepada yang diragui status walaupun memiliki MyKad.
“Ada pelbagai dakwaan berhubung status mereka, tetapi perkara pokok sekarang ialah menghantar balik mereka yang ditakrif sebagai pendatang asing dan kita akan selesaikan masalah berikutannya secara berperingkat,” katanya.
Mengenai punca peningkatan pendatang asing di Sabah, Najib berkata, antara penyebab ialah kawasan sempadan yang luas dan rakyat asing bebas bergerak sejak sekian lama di antara sempadan kedua-dua negara sehinggakan mereka tidak mengiktiraf lagi sempadan.
“Ada orang asing yang datang untuk merebut peluang ekonomi di Sabah, malah ada yang masuk secara sah, tetapi tinggal lebih lama dan mereka ini ditakrif sebagai pendatang asing tanpa izin,” katanya.
Sebelum ini, kegiatan pemberian kerakyatan ‘segera’ kepada warga asing dikatakan menyebabkan Sabah mengalami pertambahan penduduk luar biasa. Malah, ada pihak menganggarkan jumlah warga asing di Sabah melebihi jumlah penduduk, iaitu 1.5 juta orang. |
| | |
Author | Message |
---|
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 7/7/2008, 1:40 pm | |
| apa saja, janji drg balik negara asal.... 8) |
| | | RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12113 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 7/7/2008, 1:43 pm | |
| ya bah...yg penting saya happy,orang sabah happy...contohnya sarawak.. |
| | | dicky REGULAR
Age : 36 location : kk Points : 12018 Reputation : 0 Number of posts : 254
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 9/7/2008, 10:45 pm | |
| sesiapa yg anti pilak, ini linknya http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=409551 lepaskan geram dlm group ni.. |
| | | veratista OBSERVER
Countries/State : Age : 43 location : PENAMPANG Points : 12097 Reputation : 0 Number of posts : 312
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 1:01 am | |
| buat pengetahuan semua OPS PTI nie akan beroperasi tak lama lagi.Arahan selanjutnya kan didapati melalui semboyan setiap Daerah Pemerintah.I will be part of this Operation.i sungguh terkejut Di Sabah terlalu banyak PTI.Di Sarawak,PTI kena buli,sebab tu mereka tak tahan diancam jika tinggal di Sarawak.(espcieally My Hometown Kuching).I hanya tunggu perintah gerakan sahaja untuk be part mengerakkan OPS ini.
P/S: Sokonglah Rakyat Kita.Kita berhak hidup di tanah air yang kita bina dari titisan darah kita.Kita tidak mahu jadi seperti tempat lain yang diusir dari bumi yang kita pijak ini.Sayangilah Tanah Air Kita.Semoga Tuhan merahmati perjuangan Kami.Insyallah |
| | | drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 1:33 am | |
| betul bro..
aku salute semangat patriotisme org-org sarawak..
ini terbukti masa aku sekolah disana dulu..memang susah utk melihat pendatang asing di sana..sebab kenapa?? sebab pemimpin dan rakyat org sarawak begitu bersatu hati dan mementingkan hak org sarawak sendiri..
tapi di SABAH TATAP lain bro..kebanyakkan pemimpin2 cni lebih suka dgn kehadiran pendatang asing nie atas sebab-sebab tertentu..dan kita sedia maklum..kebanjiran PTI nie bukan satu isu baru, walhal org yg memperjuangkan Kemerdekaan Sabah dahulu juga bukan org jati SABAH..jadi disitu kesedaran semangat bersatu-hati antara rakyat jati SABAH sukar dipupuk..memang ramai org sedar akan kebanjiran PTI ini..tapi dgn hanya kesedaran tanpa bersatu hati tiada apa yg boleh dilakukan..
adakah isu ini akan terus menjadi bualan di kedai kopi utk 10 tahun akn dtg lagi..atau selamanya..aku pun tidak tau..
KENAPA ORG DAYAK MENGGANAS BILA SALAH SEORANG DARI MEREKA DIBUNUH OLEH MADURA??
TAPI DI SABAH..KENAPA PTI YG MENGGANAS BILA KITA INI KECUT DAN BAGAI ANJING DI TEMPAT SENDIRI..??
aku minta maaf atas posting dan susunan2 kata yg tidak begitu pro dan sedikit kurang ajar..tapi ini lah kenyataan..
KITA MEMANG LEMAH!!?!! PERUBAHAN?? SATU HATI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MANTAP!!?!! |
| | | veratista OBSERVER
Countries/State : Age : 43 location : PENAMPANG Points : 12097 Reputation : 0 Number of posts : 312
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 7:04 pm | |
| YA BRO DRAKULT,MEMANG APA YANG DIKATAKAN OLEH BRO MEMANG AKU SOKONG BETUL2,KATA2 BRO BUKANLAH SATU ANGAN-ANGAN ATAU DISALAHERTIKAN DENGAN KURANG AJAR.KATA2 BRO ADALAH SATU KENYATAAN.KATA2 BRO ADALAH KATA2 YANG BEBAS DAN MENYUNTIK SEMANGAT WARGA KITA.GEJALA BURUK BANYAK BERLAKU DI SABAH,AKU BERGITU KASIHAN ATAS SAUDARA NEGERI SEBELAH AKU INI IAITU SABAH.KEADAAN YANG TERJADI DITANGGUNG OLEH RAKYAT SABAH,MANAKALA PTI TAHU BUAT HAL DAN LARI KE NEGARA ASAL MEREKA BUAT SEKETIKA.DATANG BALIK GANGGU LAGI.
ADAKAH KITA SANGGUP KITA DIUSIR DAN DIJAJAH DIBUMI SABAH YANG KITA SAMA CINTAI INI???? KALAU AKU,BOLEHLAH AKU BALIK KE TEMPAT ASAL AKU SENDIRI TETAPI BAGAIMANA DENGAN SAUDARAKU DI SABAH?SANGGUPKAH AKU MELIHAT KEJADIAN ROGOL,ROMPAK ATAU BUNUH DIATAS SAUDARA KU DI SABAH NIE OLEH ORANG YANG TIADA PENGENALAN DIRI?AKU TIDAK SANGGUP!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MEREKA HANYA TAHU MAKAN DAN CABUT LARI.BILA DIGANGGU,SATU KAMPUNG NAK BERPERANG.INGAT MEREKA TU WARGA JATIKAH DI SABAH NIE SEHINGGA BERSIKAP GANAS TERHADAP RAKYAT SABAH?
BAGI KAMPUNG ASALKU,\"NO WAY TO PTI,I U WANT WAR,WE GIVE YOU WAR\" SLOGAN \"AGI IDUP,AGI NGELABAN\" AKAN TERUS BERKUMANDANG DI SETIAP WARGA KU.
PERISTIWA BERDARAH SAMBAS ADA TITIK MULA DARI SEMPADAN SARAWAK DAN PONTIANAK YANG JAUHNYA HANYA BERPULUH-PULUH KILOMETER SAHAJA.PENYEMBELIHAN WARGA MADURA OLEH DAYAK DAN MELAYU SAMBAS TITIK MULA TRIBAL WAR DI SEMPADAN SARAWAK.INI KENANGAN AKU KETIKA AKU MASIH BERSEKOLAH PADA TAHUN 1997 DAN A998 BERSEMPADAN DENGAN TEBEDU,SARAWAK DAN KALIMATAN.KERANA MOTIF INI BERMAKSUD AMAT SIMPLE IAITU \"ADAKAH SETIAP WARGA PENDATANG ADALAH BERTUJUAN NAK TEKAN PENDUDUK TEMPATAN?
PLEASE LAH WARGA SABAH ESPECIALLY SAUDARAKU TERDEKAT SIOLOON,SAYANGILAH TEMPAT ASAL USUL KITA INI.TEMPAT TUMPAH PELUH DAN DARAH KITA INI.ORANG TUA KITA TERDAHULU BERTUMPAHAN DARAH MENYELAMATKAN SABAH DARI CENGKAMAN ANASIR LUAR.INGATILAH PATRIOT NEGARA KITA.
BANYAK CERITA YANG ADA AKU DENGAR BERKENAAN PTI NIE YANG MENYEBABKAN PENDUDUK SABAH KIAN TENAT DAN DISELUBUNGI KETAKUTAN.BERAPA LAMA KITA MAHU TUNGGU?20 TAHUN ATAU SELAMANYA.TIADA SIAPA YANG SANGGUP.I PROUD TO BE PART OF THIS OPERATION PTI.RUMAH MERAH AKAN PENUH DIMASA AKAN DATANG.
DIHARAP SIOLOON TIADA YANG STATUS PTI. |
| | | junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 7:36 pm | |
| Susah juga mau ckp..klu tiada pendatang siapa yg mau buat bangunan tinggi2..kihh..kihh...org kita mna mau buat kerja mcm tu.. |
| | | codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 8:24 pm | |
| - junraz wrote:
- Susah juga mau ckp..klu tiada pendatang siapa yg mau buat bangunan tinggi2..kihh..kihh...org kita mna mau buat kerja mcm tu..
bukan xbule ada pendatang bro tp klu bule dkurangkanla shingga 90%... nie mau melebihi rakyat jati Sabah suda... aku rasa rakyat tempatan pun bule buat bha klu dbagi pluang... ndakan nda yakin sama rakyat negeri sendiri?? |
| | | junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 8:45 pm | |
| Bukan tdk yakin..tpi memang org2 kita mna sanggup buat kerja2 mcm tu...lg pun pendatang ni pandai ambil peluang..tgok sja di daerah sdkn,lahad datu.kunak & tawau.. rumah besar2..kereta smpi 4-5 biji... org2 kita pun silap juga..ada rumah & tanah kasi sewa sma pendatang...lama2 jadi kawsan perkampungan... 8) |
| | | codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 8:55 pm | |
| - junraz wrote:
- Bukan tdk yakin..tpi memang org2 kita mna sanggup buat kerja2 mcm tu...lg pun pendatang ni pandai ambil peluang..tgok sja di daerah sdkn,lahad datu.kunak & tawau.. rumah besar2..kereta smpi 4-5 biji...
pndatang2 nie manala bayar apa2 cukai.... manala adil utk org kita.. nie salah org kita jg, tlampau bg pluang sma drg.... bilala masalah nie akan settle klu bgini ja... skrg pedatang lg jd bos kpd rakyat kita sndiri... :silent: ndakan kita mau djajah d negeri kita sendiri... 8) p/s**bro jun, adaka operasi baru2 nie berkesan mhalau pdatang?? |
| | | api696 SENIOR
Age : 54 location : LA - Bfort - KK Points : 12298 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 9:48 pm | |
| Harap2lah kali ni usaha dorng menjadi...tp kena buat betul2 lh...jgn men cakap/janji lah berapi² aka lebih²...nanti..sama jgak tu kn.... |
| | | api696 SENIOR
Age : 54 location : LA - Bfort - KK Points : 12298 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 15/7/2008, 9:51 pm | |
| |
| | | >Butterfly< SENIOR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC 05070 Points : 11942 Reputation : 12 Number of posts : 610
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram 23/4/2009, 12:22 am | |
| kasi clear hbis semua... semak jak... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Operasi besar-besaran usir pendatang haram | |
| |
| | | | Operasi besar-besaran usir pendatang haram | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 2 of 2 | Go to page : 1, 2 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|