| Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l | |
|
Author | Message |
---|
yoR_eeL JUNIOR
Age : 44 location : keningau Points : 11685 Reputation : 1 Number of posts : 115
| Subject: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 19/12/2008, 9:30 am | |
| RITA Rudaini, 32 enggan untuk tampil membuat sebarang kenyataan berhubung dengan perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 21 dengan alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sumber terdekat dengan pelakon ini berkata, Rita sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri mengaku sudah bernikah hampir 10 bulan dan buat sementara untuk mendiamkan diri sehinggalah keadaan menjadi reda. “Rita tidak berhasrat untuk membuat sebarang sidang media bagi menjelaskan isu perkahwinannya dalam jangka masa terdekat ini kerana dia tidak mahu menambahkan lagi kekecohan yang berlaku. Buat masa ini dia lebih senang berdiam diri kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya. “Setakat ini memang dia tidak ada langsung perancangan untuk mengadakan sidang media. Kemungkinan Rita hanya bersedia untuk memberi kenyataan tahun depan,” jelas sumber itu lagi. Rita dan Aidil berkenalan pada penghujung 2006. Perkenalan itu diaturkan seorang rakan Rita yang mengetahui minatnya terhadap sukan bola sepak tempatan. Bagaimanapun pertengahan tahun ini hubungan pasangan itu dilaporkan retak tetapi Rita enggan mengulas lanjut dengan alasan perlu menjaga hati banyak pihak. “Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya kerana bimbang ia akan mengguris banyak pihak. Maklumlah manusia ini rambut saja sama hitam tetapi hati lain-lain. Saya sedar sebagai artis, segala perkembangan diri termasuk hal peribadi perlu dikongsi dengan peminat. “Namun kali ini saya mohon agar cerita yang sedang hangat diperkatakan ini disimpan saja. Sama ada benar kami sudah putus atau masih bercinta, biarlah saya dan dia saja yang tahu kerana perkara ini membabitkan kami dan keluarga,” katanya. Kenyataan itu pernah disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada 12 Jun lalu. Ini bermakna ketika menafikan hubungan itu, Rita sebenarnya sudah menjadi isteri kepada Aidil Zafuan tetapi pelakon ternyata bijak menyembunyikan status terbarunya daripada pengetahuan sesiapa. Rita yang berasal dari Kangar, Perlis dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem antaranya Mendam Berahi, Mistik, Mami Jaru, Cinta serta puluhan drama pernah berkahwin dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Shaari pada 1999. Bagaimanapun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 2001, tetapi pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata. Selepas 10 bulan menyembunyikan rahsia perkahwinannya itu, ia akhirnya terbongkar apabila keluarga Mohd Aidil Zafuan mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan kedudukan sebenar status anak lelaki mereka. Rita dan Mohd Aidil Zafuan bernikah di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu dan agak menyedihkan ia berlangsung tanpa pengetahuan keluarga di pihak lelaki. Seperti kata Abdul Razak Salleh, 59, bapa kepada Aidil, hanya anaknya dan Rita saja mempunyai jawapan kenapa mereka merahsiakan perkahwinan itu. Kini kedua-duanya menjadi buruan media yang mahukan jawapan kenapa perkahwinan itu harus disembunyikan. Namun bukan saja Aidil tetapi Rita juga gagal dihubungi. Keluarga Aidil dalam sidang media tergempar yang diadakan di kediaman kakaknya di Coral Heights, Seremban, Rabu lalu, berkata mereka sendiri gagal menghubungi Aidil selepas mendapat tahu mengenai perkahwinannya daripada kakak sulungnya Ruziana, 37, pada 14 Disember lalu. Begitu juga dengan Rita, sehingga kini aktres itu langsung tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun menjawab panggilan telefon. Mungkinkah kerana tentangan keluarga menyebabkan pasangan itu nekad berkahwin dan merahsiakan perkahwinan mereka? Jarak umur 11 tahun juga kononnya menjadi punca keluarga tidak merestui perhubungan yang terjalin sejak beberapa tahun yang lalu. |
|
| |
yoR_eeL JUNIOR
Age : 44 location : keningau Points : 11685 Reputation : 1 Number of posts : 115
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 19/12/2008, 9:33 am | |
| IBU TERKILAN
SEREMBAN: “Kami tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini,” kata ibu pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Azizah Arshad, 56.
Justeru, dia yang sedih dengan tindakan Mohd Aidil mengharapkan prestasi anaknya dalam bola sepak tidak terjejas kerana sudah menjadi periuk nasinya dan keluarga.
Azizah bagaimanapun menyifatkan perkahwinan itu sebagai takdir kerana rezeki serta jodoh seseorang adalah ketentuan Tuhan.
Apapun, dia kesal dengan perbuatan mereka mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga kerana tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan, malah sanggup menjalankan pernikahan di selatan Thailand.
“Suka tak suka terpaksa terima kerana itu pilihan yang sudah dia buat walaupun dalam hati kami hanya Tuhan yang tahu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Azizah bersama suami, Abd Radzak Saleh, 59, mengadakan sidang media di rumah anak sulung mereka, Ruziana Abd Radzak, 37, di Taman Coral Height, Sikamat dekat sini.
Hadir sama anak mereka, Mohd Zafran, 34, dan adik kembar Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, 21.
Mohd Aidil melangsungkan pernikahan dengan Rita Rudaini di selatan Thailand pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya, termasuk Mohd Zaquan Adha yang sering bersamanya dalam skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan.
Tindakan mereka menyembunyikan pernikahan itu akhirnya dapat dihidu Ruziana yang akhirnya memaksa Mohd Aidil membuka mulut bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.
Perkara itu disahkan Abd Radzak yang mengatakan pihaknya mengetahui pernikahan mereka pada 14 Disember lalu melalui sijil nikah yang ditunjukkan Ruziana.
Mereka sekeluarga terkejut dengan perkara terbabit serta tidak menyangka sama sekali ia boleh berlaku.
Abd Radzak yang juga bekas tentera menjelaskan ahli keluarganya tidak pernah diberitahu mengenai Mohd Aidil mahu berkahwin dengan Rita Rudaini, malah perbincangan kedua-dua keluarga pihak tidak pernah diadakan.
Selain itu, Mohd Aidil sentiasa berada di rumahnya di Sikamat kerana beraksi dalam skuad bola sepak Negeri Sembilan dan sesekali mewakili negara dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.
“Sebelum kami mendapat tahu mengenai berita pernikahan itu, Rita Rudaini ada datang ke sini pada 13 Disember untuk mendapatkan pandangan dan tidak pernah menyebut pasal kahwin.
“Tetapi kami tidak menyangka mereka berdua ketika itu sudah bernikah,” katanya yang kelihatan agak tertekan dan mengakui mengganggu kesihatannya.
Abd Radzak mengakui hubungan intim anaknya dengan artis terbabit pernah didedahkan dalam akhbar beberapa tahun lalu, tetapi sudah membuat penafian.
Dia kini menyerahkan kepada keluarga Rita Rudaini untuk tindakan lanjut, sama ada mengadakan majlis keramaian dan bagi keluarganya tiada sebarang perancangan pada masa ini.
“Kami sekeluarga menyerahkan kepada pihak keluarga perempuan kerana mereka lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan apa yang berlaku sebagai hak peribadi pemain itu.
“Saya harap mereka berdua bahagia,” katanya yang mahu tumpuan Mohd Aidil yang juga pemain pertahanan terhadap bola sepak Negeri Sembilan tidak terjejas. |
|
| |
r3dskai MODERATOR
Countries/State : Age : 32 location : kk Points : 13394 Reputation : 15 Number of posts : 1836
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 19/12/2008, 9:39 am | |
| bro yor_eel..ko jg la harapan kalo cerita2 hangat ni.. |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12359 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 19/12/2008, 9:47 am | |
| tak sangka diam-2 dah kawin rupanya si rita rudaini ini. |
|
| |
yoR_eeL JUNIOR
Age : 44 location : keningau Points : 11685 Reputation : 1 Number of posts : 115
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 19/12/2008, 10:00 am | |
| - r3dskai wrote:
- bro yor_eel..ko jg la harapan kalo cerita2 hangat ni..
tatap...kasih info2 untuk jadikan teladan ba..actually sis..not bro....yang yoreel bru bro..hehehe.. |
|
| |
yoR_eeL JUNIOR
Age : 44 location : keningau Points : 11685 Reputation : 1 Number of posts : 115
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 19/12/2008, 10:02 am | |
| - shalina7981 wrote:
- tak sangka diam-2 dah kawin rupanya si rita rudaini ini.
bulan februari lalu lagi dorang kawin tapi diam2...mungkin malu kot sebab dia da 32 thn...husband dia baru 21st... |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15192 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 19/12/2008, 1:17 pm | |
| alalala... sungguh tak sesuai nya... mcm ibu dgn anak ..... |
|
| |
Ben507 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN Tag ID: : SFC 2357 Points : 12322 Reputation : 0 Number of posts : 1557
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 23/12/2008, 9:29 pm | |
| Sudah jodoh apa mau dkata lagi kannnnn..... |
|
| |
jay-jay SENIOR
Countries/State : Age : 35 location : keningau--->k.k Tag ID: : sfc 03683 Points : 11952 Reputation : 0 Number of posts : 908
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 23/12/2008, 9:35 pm | |
| |
|
| |
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 24/12/2008, 9:39 am | |
| napa ah dia mo tapuk² kawin...
|
|
| |
MieY_kItTy SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 Tag ID: : SFC 3398 Points : 12444 Reputation : 4 Number of posts : 1858
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 24/12/2008, 3:35 pm | |
| - otai_queen wrote:
- alalala... sungguh tak sesuai nya...
mcm ibu dgn anak ..... sokong..sokong.... |
|
| |
Silent_Night CONTRIBUTOR
Age : 37 location : Keningau-Kota Kinabalu Tag ID: : 3910 Points : 12002 Reputation : 1 Number of posts : 1137
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 25/12/2008, 5:57 pm | |
| hehehe,,,rita nie dah kahwin ke?...erm..tak taw aku.. |
|
| |
mad MODERATOR
Countries/State : Age : 46 location : Sandakan,Tawau Tag ID: : SFC 02182 Points : 13175 Reputation : 10 Number of posts : 2088
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 25/12/2008, 6:02 pm | |
| umur bkn pnghalang klu cinta suda mlekat,lgpun rita tu msi ok apa..... |
|
| |
surveillance FRESHIE
Age : 104 location : Labuan F.T Points : 11616 Reputation : 0 Number of posts : 48
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 25/12/2008, 6:21 pm | |
| Aduh punah harapan..kawin pla sudah si rita ni.. |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15192 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 25/12/2008, 8:13 pm | |
| - mad wrote:
- umur bkn pnghalang klu cinta suda mlekat,lgpun rita tu msi ok apa.....
mmg la tersangat la ok.. tapi si rita kan udah janda... |
|
| |
thenone CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 38 location : Kota Kinabalu Tag ID: : sfc 03675 Points : 12511 Reputation : 16 Number of posts : 1587
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 7/1/2009, 12:55 am | |
| topic hangat ni...huhuhuhu.....mcm mau baca lagi lah... |
|
| |
ah chong CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : melbourne,australia Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon Tag ID: : SFC 06241 Points : 12687 Reputation : 10 Number of posts : 1288
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 12/11/2009, 3:46 pm | |
| emm....kalau btl ni, baguslha tapi kalau stakat kahwin jak tidak nikah...besa ni.... |
|
| |
baby_puteranaga2 MODERATOR
Countries/State : Age : 34 location : W.P Labuan Tag ID: : SFC 05324 Points : 17984 Reputation : 16 Number of posts : 6512
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 12/11/2009, 9:52 pm | |
| jodoh semua di tangan-NYA... so hope rita and aidil bahagia selamanya... |
|
| |
Intan Nuraini SENIOR
Age : 33 location : labuan Points : 12432 Reputation : 0 Number of posts : 592
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l 25/11/2009, 6:09 pm | |
| erm... dia kahwin diam2wx... takpalah.... sekarang kan kita dah tahu.. tapi kalau sembunyikan benda ni dari pihak media ok... tapi kenapa nak sembunyikan dari ibu bapa sendiri?? tapi tak palah... dengar2x rita dan suami dah ada anak kan.... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l | |
| |
|
| |
| Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l | |
|