| HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI | |
|
Author | Message |
---|
Viero MODERATOR
Countries/State : Age : 105 location : Melbourne Website : https://www.facebook.com/Vieros Points : 12801 Reputation : 18 Number of posts : 2464
| Subject: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 26/10/2008, 8:31 pm | |
| HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 26th October, 2008 (New Sabah Times)
PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin membayangkan bahawa kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel akhir bulan ini berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu berkata kabinet menyerahkan kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusi-kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan ber-hubung harga baru itu.
“Tunggulah, kita dah janji bahawa kalau har-ga minyak dunia turun, maka harga minyak pet-rol dan diesel tempatan akan melambangkan harga pasaran minyak yang sebenarnya.
“Bagilah sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan, kabinet telah memberi mandat kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusi-kan Perdana Menteri untuk membuat keputusan sekiranya harga minyak dunia semakin menurun, maka minyak tempatanpun akan turun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal haji kawasan Parlimen Pekan, di kediamannya di sini.
Ditanya sama ada kerajaan mungkin mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 30 Okt atau 1 Nov ini seperti kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad semalam, Najib berkata: “Tak bolehlah bagi tahu, tapi bia-sanya tak lama kita akan buat keputusan…lebih kurang begitulah (tarikh umumkan harga baru itu), tertakluk bila mesyuarat (Majlis Ekonomi) nanti” kata Najib.
Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 Sept dan kali terakhir 15 Okt. Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.
Ditanya kemungkinan harga petrol dan diesel diturun ke paras harga bawah RM2, Najib sambil ketawa berkata: “Tunggu dululah (pengumuman harga baru itu).”
Ditanya mengenai trend penurunan harga petrol dan diesel ini dilihat tidak menjurus kepada penurunan harga barang, Najib berkata kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu.
“Kita sedang berusaha, beberapa langkah termasuk bekerjasama dengan pasar raya besar (dan) pengeluar. Pemilik pasar raya besar bersetuju memberi penurunan harga kepada beberapa barangan dan produk yang akan diumumkan sehari dua ini,” katanya.
Mengenai kesan penurunan harga komoditi sawit dan getah kepada peneroka, Najib berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pendapatan peneroka tidak akan turun di bawah paras RM1,000 sebulan.
“Sebelum ini, mereka mendapat purata (pendapatan) tinggi antara RM3,000 dan RM4,000 (sebulan), satu aspek kita harap mereka ada mengamalkan amalan menabung, mereka ada rezab sedikit bagi menghadapi zaman harga menurun.
“Kita ada langkah seperti memberi bonus yang saya umumkan (sebelum ini), bonus RM700 hingga RM2,000 (diberikan) Disember ini, langkah lain bagi menggalakkan peneroka mengambil bahagian dalam aktiviti lain seperti berniaga, kraftangan, bercucuk tanam dan sebagainya, tidak bergantung kepada sawit dan getah untuk pendapatan mereka,” katanya.
Menjawab soalan mengenai langkah menghadapi kesan krisis ekonomi global, Najib berkata beliau akan mengumumkannya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada 4 Nov ini.
Sementara itu, di JOHOR BAHARU, Penuru-nan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.
“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita sele-pas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini kelmarin.
Katanya harga petrol dan diesel akan dikurangkan secara berperingkat sehingga ke paras harga yang berpatutan kepada pengguna.
Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter pada 15 Okt lalu sementara harga petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.
Keputusan penurunan yang dijangka dicapai pada mesyuarat Kabinet pada 31 Okt ini, merupakan penurunan kali keempat selepas kerajaan mengumumkan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lepas. |
|
| |
maks JUNIOR
Age : 47 location : KK Points : 11874 Reputation : 0 Number of posts : 90
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 28/10/2008, 4:43 pm | |
| Sepatutnya krjaan turunkan RM0.20..bkn rm0.15... |
|
| |
rickengineering SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : Majlis Daerah Beluran Website : https://www.facebook.com/rickengineering Tag ID: : SFC 01950 Points : 13701 Reputation : 67 Number of posts : 2793
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 31/10/2008, 1:17 pm | |
| nah turun lae ni.. harap p rm 2 seliter petrol.. hehe... |
|
| |
MieY_kItTy SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 Tag ID: : SFC 3398 Points : 12458 Reputation : 4 Number of posts : 1858
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 6/11/2008, 12:27 pm | |
| syukur alhamdulillah....kerana naik minyak saja rakyat derita...huh |
|
| |
chico89 CONTRIBUTOR
Age : 35 location : keningautawau Tag ID: : 03268 Points : 11991 Reputation : 3 Number of posts : 1265
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 10/11/2008, 11:06 am | |
| ya bh.. kerna minyak, suma keperluan asas meningkat.. shingga pendapatan yg diperoleh xda dpt memenuhi keperluan.. |
|
| |
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17616 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 6/6/2009, 12:19 am | |
| - rickengineering wrote:
- nah turun lae ni.. harap p rm 2 seliter petrol.. hehe...
kekeke... bukan lagi rm2... rm1.80 sdh skrg... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14161 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 12/6/2009, 10:39 am | |
| harga minyak dunia naik dah 70 dollar 1 tong...harap alaysia masih maintan dgn subsidi... |
|
| |
aku_alli CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : WP Labuan Website : nebiula.blogspot.com Tag ID: : SFC 04520
Points : 13228 Reputation : 10 Number of posts : 1680
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 12/6/2009, 10:50 am | |
| ingat balik time kenaikan harga minyak, orang berpusu-pusu ke stesen minyak ni sampai jalan jem. nasib aku cuti time tu and boleh la tengok panorama indah kesesakan lalu lintas. kohkohkohkoh. |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20365 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 12/6/2009, 11:17 am | |
| bgus la klau mau trun lagi....harga brg inda jua pandai trun2...mau naik ada la.... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14161 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 12/6/2009, 11:37 am | |
| time tu..aku mau hntr hntaran kwin..p keningau |
|
| |
aku_alli CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : WP Labuan Website : nebiula.blogspot.com Tag ID: : SFC 04520
Points : 13228 Reputation : 10 Number of posts : 1680
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 12/6/2009, 11:43 am | |
| roti telur + milo ais = RM4.20 sdh sekarang ni. hohohohoho.
nasib la rumah aku tu tingkat 4 dan menghadap ke jalan a.k.a stesen petronas. mmg nice la. kohkohkoh. |
|
| |
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17616 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 12/6/2009, 11:44 am | |
| aku pula time kenduri tunang.... tambah lagi gearbox aku rusak... nah pening2 terus... sebulan keta di workshop aku kasi biar... pasal nda cukup budget...
nasib ada claim tu... dpt la cover2... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14161 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 24/6/2009, 2:19 pm | |
| skrg dah mau naik..USD70 dah 1 tong |
|
| |
wanchai SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : Kerja/Kwin=Kudat & Kmpung/Asal=Putatan/KK Tag ID: : SFC 04762 Points : 13250 Reputation : 8 Number of posts : 2092
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI 25/6/2009, 9:37 pm | |
| yeeeehhhaaa!! bln9 ni hrga mnyk naik lg.. laaawaalaaah!! hrga brg pn naik lg.. caaayyyaa lah!! ramai lg time 2 meloan d bank ngan along.. duuuiii.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI | |
| |
|
| |
| HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI | |
|