|
| Author | Message |
---|
anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12084 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: RESPEK! 1/7/2008, 8:34 am | |
| Mantan TPM Malaysia yg amat berkaliber dan penuh karisma ini menjadi harapan rakyat melaysia untuk membawa perubahan yang besar terhadap MALAYSIA KITA CINTAI INI .......... |
| | | anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12084 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: RESPEK! 1/7/2008, 8:38 am | |
| DASAR EKONOMI BARU: SATU PENILAIAN Sejak lebih tiga dekad yang lalu ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengagihan kekayaan negara secara seimbang antara kaum. Justeru kerana DEB menekankan keadilan sosial tatkala ianya digubal maka saya, ketika itu seorang mahasiswa dan saya yakin majoriti rakyat, mendukung pelaksanaannya. Masyarakat Bumiputera ketika itu gelisah kerana keselesaan hidup yang dijanjikan tatkala negara mencapai kemerdekaan kekal sebagai slogan. Penyertaan mereka dalam sektor industri dan perdagangan amat kecil sekali. Ini dirumitkan dengan kekurangan jumlah mereka dalam bidang profesional. Maka tindakan tegas pemerintah untuk melaksanakan dasar serampang dua mata: membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dilihat sebagai langkah positif. Kita tidak menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobility sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah dalam bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar. Pelaburan pendidikan tinggi untuk Bumiputera di bawah DEB, termasuk dengan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara, dari awal 70-an, 80-an dan 90-an bagi pelajar-pelajar Bumiputera yang cemerlang telah berjaya melahirkan golongan profesional dan berketerampilan dalam pelbagai bidang. Walau bagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Dasar ini juga telah membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Prosedur tender, penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan DEB untuk kepentingan Bumiputera. Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu. Akibatnya ialah bebanan rakyat semua kaum termasuk bumiputera. Rakyat terpaksa membayar harga tinggi kerana kos elektrik, air dan tol jalan yang meningkat.Sebaik bantahan dibangkitkan, keputusan pimpinan kerajaan pasti memihak kepada syarikat besar yang mewakili kepentingan mereka. Yang dikira keterlaluan adalah manakala anak menteri dan jutawan turut mendapat biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman. Pangsapuri mewah memberikan potongan 7 peratus buat jutawan Bumiputera manakala ratusan ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu terbinanya rumah kos rendah. Sikap gelojoh ini dikira keterlaluan sehingga peluang kecil seperti permit teksi, kontrak kecil dan agensi pekerja asing pun direbut oleh keluarga pemimpin UMNO yang kaya. Salah satu bukti bahawa UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB untuk mencapai keadilan sosial adalah bagaimana mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan, Malaysia berada pada 0.47. Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang lebih dahsyat di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot daripada Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 daripada segi nisbah Gini. Selain daripada Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat daripada Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah - rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar - dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe. Ini suatu kenyataan yang amat mengejutkan dan tidak pernah dipapar di media Malaysia. Ini justeru kerana negara-negara yang mencapai tahap pembangunan manusia yang tinggi biasanya memiliki jurang ekonomi yang lebih kecil. Malaysia bukan lagi ekonomi yang baru atau negara dunia ketiga dari segi pembangunan. Di dalam laporan Pembangunan Manusia Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Malaysia tersenarai di nombor 59 dari 177 negara. Di Asia hanya Jepun, Korea Selatan dan Singapura yang tersenarai di tempat yang lebih tinggi. Malah dengan mata indeks pembangunan manusia sebanyak 0.793, Malaysia sudah teramat hampir dengan 0.800 mata untuk dikategorikan sebagai negara maju. Malangnya Malaysia terangkul di antara negara dengan pembangunan manusia yang tinggi tetapi ketidaksamaan ekonomi terus membesar. |
| | | anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12084 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: RESPEK! 1/7/2008, 8:40 am | |
| Perbezaan kawasan bandar dan desa juga amat ketara, yang tidak diselesaikan oleh tindakan afirmatif DEB. Pada tahun1999, pendapatan isirumah luar bandar hanya 55% daripada pendapatan isirumah di bandar, dan kebanyakan keluarga miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang majoriti besarnya terdiri daripada masyarakat Bumiputera. Kita tidak menyangkal kenyataan bahawa terdapat kemajuan daripada sudut prasarana luar bandar, pendidikan dan kesihatan yang lebih menyeluruh berbanding dengan keadaan pada awal tahun 50-an. Namun sekali lagi kejayaan tersebut tidak harus dibandingkan nisbah dengan negara-negara mundur Afrika. Kita telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan dari 29% pada 1980 kepada 5- 6% pada tahun 2000. Namun indeks garis kemiskinan yang digunakan juga terlalu rendah. Kos sara hidup telah meningkat secara berterusan dan kadar pendapatan RM510 yang diguna untuk mengukur kemiskinan di pantai barat Semenanjung Malaysia langsung tidak munasabah. Jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menyara keluarga 5 orang termasuk sewa rumah, makan minum dan pakaian. Data dan angka mungkin menarik dihidangkan sebagai propaganda tetapi tidak meleraikan kenyataan mengenai kesengsaraan hidup rakyat. Sementara masyarakat Bumiputera dibelai dengan propaganda dasar yang akan menyelamatkan mereka, tidak terdapat wacana terbuka mengenai kesan atau relevannya dasar tersebut setelah lebih 3 dekad. Apakah mungkin dihimbau dasar yang lebih menguntungkan Bumiputera dan rakyat keseluruhannya? Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada keselesaan rakyat. Apa yang dimusykilkan ialah kerana sementara masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat, berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata. Masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah kerana menganggap mereka didiskriminasikan. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab. Dan amat malang sekali setelah setengah abad merdeka, rakyat masih tidak didedahkan dengan fakta dan wacana mauduk dasar ekonomi seperti ini terus dianggap sensitif. Teguran membina bagi memperbaiki taraf hidup masyarakat Melayu dan Bumiputera dengan melakukan anjakan, melihat cabaran semasa dan memperkenalkan agenda ekonomi yang mampu memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat akan diselar keras, dan dianggap sebagai pengkhianatan kepada masyarakat Bumiputera. Mereka sanggup menggunakan media yang mereka kuasai untuk terus memfitnah dan meniup api perkauman. Walhal, secara sedar atau tidak, jaguh nasionalis baru ini melalui jentera kerajaan seperti Biro Tata Negara telah diperalatkan untuk mempertahankan kepentingan kelompok kecil pemimpin UMNO yang kaya raya, membicara soal ’survival’ Melayu tetapi meminggirkan malah memperbodohkan majoriti umat Melayu dan rakyat Malaysia. |
| | | Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12606 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: RESPEK! 1/7/2008, 9:13 am | |
| apa pun kita tengok apa yg akan d buat oleh beliau |
| | | ZieHaR d GreatZ REGULAR
Countries/State : Age : 40 location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu Tag ID: : SFC 00007 Points : 12916 Reputation : 0 Number of posts : 470
| Subject: Re: RESPEK! 1/7/2008, 9:31 am | |
| mantap ni orang kalau bagi ucapan tapi.... |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15096 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: RESPEK! 2/7/2008, 12:22 am | |
| - ZieHaR d GreatZ wrote:
- mantap ni orang kalau bagi ucapan tapi....
macam ada gantung ayat tu.. ada tapi... tapi apa tu zie? |
| | | codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12391 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: RESPEK! 2/7/2008, 1:44 am | |
| - aLFFiaN wrote:
- ZieHaR d GreatZ wrote:
- mantap ni orang kalau bagi ucapan tapi....
macam ada gantung ayat tu.. ada tapi... tapi apa tu zie? tp btulka smua dia ckp 2?? atau putaralam saja?? |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: RESPEK! | |
| |
| | | |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|