SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13026
Reputation : 0
Number of posts : 2047

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime22/7/2008, 12:22 am

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12223
Reputation : 0
Number of posts : 1246

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime22/7/2008, 9:01 am

bukan kayu10 kayu baseball saja bah 2 wakakkakak
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12127
Reputation : 0
Number of posts : 2142

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime22/7/2008, 9:08 am

darrengt wrote:
bukan kayu10 kayu baseball saja bah 2 wakakkakak

pura pura labu labi saj ko ni darren...ada ada saja bah..but anyway keep up the good work bos..hehehe

p/s.kawan mu juga ni bos..kekeke Very Happy
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12223
Reputation : 0
Number of posts : 1246

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime22/7/2008, 9:20 am

bah bila kita makan labu nie wakakkaka saya belanja bos
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 41
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15206
Reputation : 25
Number of posts : 6310

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime22/7/2008, 9:25 pm

nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang... What a Face
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12594
Reputation : 0
Number of posts : 1268

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 8:13 am

otai_queen wrote:
nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang... What a Face
O ya ka... x boleh? tp kouta ada ampat ma.. mcmana itu? Wink
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12127
Reputation : 0
Number of posts : 2142

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 8:28 am

lelaki...hmmmm...kahwin kah inda tetap single forever.betulkah darren...mantapz???? Very Happy
Back to top Go down
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13026
Reputation : 0
Number of posts : 2047

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 10:27 am

Fadzliey wrote:
otai_queen wrote:
nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang... What a Face
O ya ka... x boleh? tp kouta ada ampat ma.. mcmana itu? Wink


kuota 4 kalo mampu saja ar.... :gangster:
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
de@@_le$$
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
de@@_le$$

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Penampang, SABAH
Tag ID: : SFC 01022
Points : 13913
Reputation : 23
Number of posts : 7093

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 10:54 am

Sad ....4 ka...waaaaaaaaa!! saya satu saja wooooo...waaaaaaaaaa!! Laughing
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12127
Reputation : 0
Number of posts : 2142

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 11:34 am

dea_les wrote:
Sad ....4 ka...waaaaaaaaa!! saya satu saja wooooo...waaaaaaaaaa!! Laughing

buli bah tu les....men always saying tht they single forever when bini tiada bah..kekeke Very Happy
Back to top Go down
ara
JUNIOR
JUNIOR
ara

Female
Age : 38
location : kk
Points : 12015
Reputation : 0
Number of posts : 97

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 3:15 pm

mmg btl ni..yg rugi ppuan jg, yg kesiokan lelaki..

yg ada husband tu, jaga laa laki kmu tu baik2..

yg gadis2 pula, jan laa ada hati mau jd 2nd..ekekeke lol!
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12594
Reputation : 0
Number of posts : 1268

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 5:15 pm

MiRA_TaSHa wrote:
Fadzliey wrote:
otai_queen wrote:
nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang... What a Face
O ya ka... x boleh? tp kouta ada ampat ma.. mcmana itu? Wink


kuota 4 kalo mampu saja ar.... :gangster:
Siya rasa saya mampu kali Mira.. tp saja ja x mau psl sy ni jenis setia pada yg satu.. cewahhh. boleh caya ka tu jelir .
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 41
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15206
Reputation : 25
Number of posts : 6310

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime23/7/2008, 8:01 pm

Siya rasa saya mampu kali Mira.. tp saja ja x mau psl sy ni jenis setia pada yg satu.. cewahhh. boleh caya ka tu jelir .[/quote]

mau dikasitau la sama orang umah mu ni bro... baru meletus perang dunia ketiga... Laughing
Back to top Go down
vip_user@Nur
JUNIOR
JUNIOR
vip_user@Nur

Female
Age : 42
location : Kota Kinabalu
Points : 12146
Reputation : 0
Number of posts : 177

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime24/7/2008, 11:55 pm

haluuuu...

thats whylah i told u all(gurls yang mau try pilih suami orang)...jangan cuba-cuba main api nanti memakan diri...sudah terang lagi bersuluh apa lagi mau dianalisis banyak lagi pilihan diluar selain suami orang...selalunya yang sudah bertaraf suami ni lebih pandai berkata-kata dan buat gurls lupa diri..so berwaspadalah... dont


P/S:-kalau yang try mau pilih bf orang macam mana pulak ar???apa kess ni.. What a Face
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12223
Reputation : 0
Number of posts : 1246

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime25/7/2008, 8:46 am

RBN76 wrote:
lelaki...hmmmm...kahwin kah inda tetap single forever.betulkah darren...mantapz???? Very Happy
macam menyindir saja 2 bro RBN sakit hati saya kau ckp gitu bah x pa lah kau ambil lah emua amoi dlm sioloon wakakkakaka
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12127
Reputation : 0
Number of posts : 2142

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime25/7/2008, 8:59 am

darrengt wrote:
RBN76 wrote:
lelaki...hmmmm...kahwin kah inda tetap single forever.betulkah darren...mantapz???? Very Happy
macam menyindir saja 2 bro RBN sakit hati saya kau ckp gitu bah x pa lah kau ambil lah emua amoi dlm sioloon wakakkakaka

merajuk lah ko tu darren...nangis nangis...jangan tak nangis.yalah bah,ko lah lelaki paling macho dan hensem di sioloon ni..tidak dapat dinafikan.kekeke. jelir

p/s kawan mu juga ni Very Happy
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12594
Reputation : 0
Number of posts : 1268

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime25/7/2008, 10:37 am

otai_queen wrote:
Siya rasa saya mampu kali Mira.. tp saja ja x mau psl sy ni jenis setia pada yg satu.. cewahhh. boleh caya ka tu jelir .

mau dikasitau la sama orang umah mu ni bro... baru meletus perang dunia ketiga... Laughing[/quote]eh jangan... jangan tak kasitau, kasitau ja tongue
Back to top Go down
Sponsored content




10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Empty
PostSubject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang   10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang Icon_minitime

Back to top Go down
 

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Interaksi-
Jump to: