| Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? | |
|
Author | Message |
---|
ZieHaR d GreatZ REGULAR
Countries/State : Age : 40 location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu Tag ID: : SFC 00007 Points : 12930 Reputation : 0 Number of posts : 470
| Subject: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 30/9/2008, 1:43 pm | |
|
Sejak TPM mengumumkan untuk menyelesaikan secara mutlak ibu kepada segala masalah yang dihadapi oleh Sabah sejak berpuluh tahun lamanya iaitu masalah PTI sejak beberapa bulan lalu, tidak banyak perubahan yang berlaku di sabah, khususnya di Kota Kinabalu. Sepatutnya pada masa sekarang ini, sudah ada sekurang- kurang satu atau dua perubahan yang boleh dilihat, namun sungguh mengecewakan kerana bukan sahaja tiada perubahan lansung yang dapat dilihat malah, masalah PTI ini semakin mengancam bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga peluang ekonomi.
Sekiranya anda berjalan- jalan di Kawasan KK Plaza melalui jambatan, keadaan begitu mengejutkan melihat beberapa orang ( yang kita yakin mereka ialah warga Filipina ) sedang bersiap sedia untuk memulakan perniagaan mereka di tepi- tepi jambatan tersebut yang mana jambatan ini menghubungkan terus laluan untuk pejalan kaki dari Pasar besar, KK Plaza dan terus ke Cathay lama. Memang banyak pejalan- pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan ialah bukan sahaja satu dua orang yang beroperasi di kawasan tersebut tetapi ramai yang mana sepanjang jambatan tersebut dipenuhi oleh mereka ini. Disamping keterkejutan pada masa itu malah dihujani pula dengan perasaan keliru dan bingung kerana betul- betul tidak menyangka yang kejadian seperti ini sudah pun berlaku di mana mereka ini sudah mula menguasai peluang- peluang ekonomi di kawasan ini. Walau bagaimanapun, sesetengah dari kita tidak begitu faham tentang beberapa perkara, antaranya:
1.) Adakah mereka ini mempunyai permit atau lesen yang diluluskan oleh DBKK untuk membolehkan mereka berniaga di kawasan tersebut?
2.) Jika mereka mempunyai permit, Bagaimanakah mereka memperolehinya? Ini kerana dulu terdapat bumiputra yang giat menjalankan perniagaan di sana tetapi tidak diberikan permit dan mereka sering dihalau oleh penguatkuasa.
3.) Jika mereka tidak memiliki permit, Bagaimana mereka dengan begitu bebas sekali beroperasi di kawasan tersebut tanpa sebarang penguatkuasaan dari DBKK ?, malah menurut tinjauan selama beberapa hari, tidak ada seorang pun penguatkuasa yang meninjau kawasan tersebut.
Sebenarnya bukan saja di kawasan ini, banyak lagi tempat lain yang sebenarnya sudah dikuasai oleh mereka. Cuba anda berjalan- jalan di Sinsuran dan Segama, semua kawasan ini dipenuhi oleh mereka- mereka ini. Agak menghairankan dengan pengusaha- pengusaha perniagaan di kawasan tersebut kerana membiarkan mereka- mereka ini menjalankan perniagaan di depan premis mereka. Adakah disebabkan mereka juga mendapat untung daripada operasi perniagaan mereka- mereka ini atau mereka takut untuk tidak membenarkan mereka beroperasi di kawasan tersebut kerana diugut?
Namun ini tidak boleh diberikan jawapan, walau apapun, yang pasti keadaan sekarang sedah semakin parah dan jika tidak ada apa- apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa, maka kita penduduk asal Sabah harus menyiapkan diri kita dari segi fizikal dan mental kerana tidak lama lagi kita akan menjadi pengemis di negeri sendiri yang hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Percayalah…
by Sylver1980 on Tue Sep 30 edited by ZieHaR d GreatZ |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 3/10/2008, 4:52 pm | |
| itu lah saya hairan, padahal local mahu dapat permit bukan main susah. PTI dapat buat perniagaan tanpa permit... tidak adil!! DBKK check setiap kedai orang tempatan, sikit salah mereka mahu saman sudah. tapi kenapa pula tidak check sana?
polis saman orang tempatan, kenapa polis tidak mahu luangkan lebih masa menjaga tempat sana? saya pernah nampak polis beronda di kawasan pasar kk, tapi saya rasa mereka bersiar-siar tunjuk megah saja itu. |
|
| |
csilusz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : Tambunan-lahad datu Tag ID: : SFC 03201 Points : 12012 Reputation : 0 Number of posts : 1494
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 3/10/2008, 10:56 pm | |
| kerajaan negeri suda pun melancarkan beberapa langkah yg patut untuk menyelesaikan perkara ini namun sikap rakyat tempatan sendiri yang kerap melanggan dagangan pti ini menyebabkan pti semakin bermaharajalela malah semakin berani utk berniaga d mana jua d seluruh negeri.. HAPUSKAN CETAK ROMPAK hehehehehe boleh runding bogia pilak punya jualan hahaha mataiiiii |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 4/10/2008, 3:16 am | |
| hehe siapa suruh barang mahal, menyebabkan mereka pergi gerai-gerai beli hehehe... rasuah pun terlalu banyak sampai rakyat pun tidak mahu percaya sudah. |
|
| |
ZieHaR d GreatZ REGULAR
Countries/State : Age : 40 location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu Tag ID: : SFC 00007 Points : 12930 Reputation : 0 Number of posts : 470
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 5/10/2008, 10:26 am | |
| Yup....rasuah memang tidak dapat dinafikan tapi persoalannya...prihatinkah kita atau beranikah kita untuk melaporkannya kepada BPR??? BPR tidak akan bertindak sekiranya tiada laporan yang mereka terima jadi laporkan jenayah rasuah yang anda ketahui.....maklumat peribadi anda dilindungi!!! |
|
| |
csilusz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : Tambunan-lahad datu Tag ID: : SFC 03201 Points : 12012 Reputation : 0 Number of posts : 1494
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 6/10/2008, 7:14 pm | |
| We should ask why the PATI still coming in our country without fully pasport? takkan diurang jd invisible human masuk siniii... nak report tu bkn susah tp bukti tu perlu kukuh coz dalang2X ni semua nya orang yang berpengaruh..!!!!! |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12680 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 9/10/2008, 8:37 pm | |
| ini semua orang dalam punya keja bah ni,.klu duit sudah kena sumbat d kepala otak drg,naa ini lah jadinya,. |
|
| |
intrax ELITE
Countries/State : Age : 38 location : Kota belud-SaNdAkaN Website : http://dynastyclub.forumotion.net Tag ID: : SFC 03293 Points : 12549 Reputation : 9 Number of posts : 3111
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 12/10/2008, 2:59 pm | |
| ini lah masaalah yang serius krg ni dlm negeri ni ...pti ni datang sini bukan lalang2 siap jadi bisnesman ,malah berani untuk melakukan jenayah.... bukan kah kerajaan kita telah meperuntuk kan sebahagian bajet untuk mengusi pti ini dari negeri kita ini untuk di hantar ke negeri mereka..malah pti tidak takut dengan tindakan undang2.... frontier wrote: ini semua orang dalam punya keja bah ni,.klu duit sudah kena sumbat d kepala otak drg,naa ini lah jadinya,. betul tu bro kebanyakan nya begitu lah yang berlaku sumbat sana sumbat sini .. malahan ic kewarganegaraan kita pun boleh di beli,, hairan sungguh,,, pti pun mampu memiliki dokumen seperti kita ... takut takut nanti negeri ni di takhluk oleh pti nanti..adakah orang yang seperti bro katakan itu tidak risau atau takut apakah kesan sampingan nya nanti intrax sfc:03293 |
|
| |
ZieHaR d GreatZ REGULAR
Countries/State : Age : 40 location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu Tag ID: : SFC 00007 Points : 12930 Reputation : 0 Number of posts : 470
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 13/10/2008, 6:17 pm | |
| bilakah lagi akan diadakan ops pembersihan macam hari tu??emm.....PTI sekarang pun canggih.....dari bandar lesap pergi ke pedalaman...contohnya...keningau,kudat....pulau-pulau...dan yang sama waktu dengannya...begitu jugalah kalau lepas buat jenayah masuk p ulu-ulu...sempat lagi mereka bersembunyi oo....adui......mana penguatkuasa...tidurkah???tulah...lain kali buatlah cermin mata kalau rabun...huhu!!payah mentaliti orang sabah ni dieksploitasi.... |
|
| |
Huntez MODERATOR
Countries/State : Age : 37 location : KK @ Kota Keramat Tag ID: : SFC 03599 Points : 11995 Reputation : 3 Number of posts : 1554
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 13/10/2008, 8:45 pm | |
| no komen..susah mau ditapis klu makin hari makin byk pengeluaran berbanding penghasilanya.. 8) buka mata pandang kesana.. |
|
| |
Devious SENIOR
Age : 45 location : KK-Sandakan-Tawau Points : 11917 Reputation : 0 Number of posts : 545
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 19/11/2008, 10:26 am | |
| Kerja saya mempunyai kaitan secara langsung dengan topik ini, jadi kalau boleh benarkan saya memberi komen PERIBADI tentang perkara ini, dan bacalah dengan fikiran terbuka.
Terdapat 2 kategori utama golongan Pendatang ni, satu Pendatang dengan izin dan lagi satu Pendatang Asing Tanpa Izin atau lebih popular dipanggil PATI. Pendatang dengan izin ni ialah warganegara lain yang dikeluarkan dokumen-dokumen yang sah dan teratur seperti pas lawatan sosial, pas pelarian(IMM 13), Permit masuk, yang dianugerahkan status Penduduk tetap dan sebagainya. Dalam Kategori ini pula terbahagi kepada 2 pula warganegara yang paling banyak iaitu warganegara Filipina dan Indonesia. Sukar untuk kita Trace dan kenalpasti bagaimana golongan ini mendapat dokumen2 yang disebutkan kerana terdapat berbagai faktor, seperti politik, polisi dan juga 'mainan' pihak2 tertentu yang mempunyai kepentingan dalam menentukan dasar dan polisi sesuatu itu di peringkat tertinggi, dan kini, masalah ini sudah menjadi barah yang semakin menjalar. Kita tidak bermaksud mempersoalkan status mereka yang mendapat dokumen ini kerana mungkin pada masa itu, mereka memenuhi kriteria yang kerajaan tetapkan, tetapi apa yang menggusarkan kita adalah generasi kedua dan ketiga mereka ini yang kita tidak pasti kesetiaan mereka berada di mana. Cuba jalan-jalan ke Kg. Paris (sempadan antara Kinabatangan dan Lahad Datu) dan jika berpeluang masuk ke dalam rumah2 yang ada di situ. Mungkin ramai yang akan terkejut jika melihat foto pemimpin yang menghiasi dinding mereka, ada yang menggantung potret Sukarno bersama2 potret Agung dan PM, sedangkan di antara mereka sudah memiliki Mykad. Atau jika ada acara sukan antara negara, Badminton dan Bolasepak contohnya, cuba perhatikan negara mana yang mendapat sokongan mereka. Sekiranya (minta selisih malaikat 44) terjadi pergeseran antara negara kita dengan negara asal mereka, rasa-rasanya pihak mana yang akan mereka sokong?
Sekarang mari kita lihat pula kategori PATI, Sabah merupakan negeri yang mempunyai pesisir pantai yang kurang mendapat pengawasan, oleh itu menjadikannya tempat-tempat pendaratan yang strategik untuk tongkang-tongkang atau bot2 yang menyamar sebagai bot nelayan untuk menyeludup PATI ini. Tawau dan Sandakan merupakan kawasan yang digelarkan 'red spot' kerana aktiviti penyeludupan manusia atau 'human trafficking' ini sangat aktif di dua kawasan ini, selain Kudat. Tidak perlulah diulas dengan lebih teliti Modus Operandi mereka kerana apa yang inigin saya tumpukan di sini ialah untuk menjawab serba sedikit persoalan tentang adakah usaha penguatkuasaan dilakukan dengan giat ataupun hanya memandang perkara ini sebelah mata. Saya merupakan Ketua Unit Risikan bagi satu Agensi Penguatkuasaan Kerajaan, dan ini sekali lagi adalah pendapat PERIBADI saya. Aktiviti penguatkuasaan memang giat dilakukan, setiap hari aktiviti tangkapan dilakukan ( di tempat saya bertugas) oleh agensi2 seperti PDRM, Jabatan Imigresen dan APMM, Marin dan PGA. Anda boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri atau Wisma Putra untuk mendapatkan statistik ini. Setiap minggu di tempat saya sekurang2 nya 300 orang dihantar balik ke negara asal mereka, tiap2 minggu, itu belum lagi di tempat2 lain seluruh Sabah. Namun apa yang perlu kita fahami tentang mereka ini ialah keinginan mereka untuk menjauhkan diri dari kesusahan di tempat mereka jauh mengatasi ketakutan akan risiko tindakan undang-undang (bagi mereka setakat penjara beberapa bulan tidak mengapa, lagipun dibekalkan makanan percuma). Ini yang mengakibatkan ada sebilangan muka-muka yang dalam tempoh 6 bulan diusir ke negara asal 3 kali! Saya tidak ingin memberi komen tentang perniagaan mereka atau apa penglibatan dan urusniaga mereka dengan pihak berkuasa tempatan seperti yang tertera di post2 di atas kerana saya tidak dapat membuktikan apa-apa dan mungkin sekiranya saya memberi komen sebilangan pihak akan melabelkannya sebagai fitnah, di samping situasi saya sendiri tidak mengizinkan saya untuk memberi komen tentang itu. Apa yang saya boleh katakan ialah usaha Penguatkuasaan sememangnya giat dijalankan oleh berbagai Agensi Kerajaan. Mungkin juga kelemahan berpunca dari usaha pencegahan di pintu2 masuk, sempadan atau kawasan perairan, namun Kerajaan juga sedang mempertingkatkan usaha untuk membaiki dan memberi tumpuan ke arah itu. Memanglah agak sukar untuk terus menjadikan negara ini sifar PTI dan saya yakin tidak akan tercapai dalam masa terdekat, namun usaha memang sedang giat dilakukan.
Ada satu lagi faktor yang menyukarkan usaha pembasmian PATI ini, iaitu sikap warga tempatan kita sendiri yang melindungi PATI. Dalam ertikata Melindungi ini termasuklah mengambil bekerja, memberikan/menyewakan tempat tinggal, memberikan simpati, membeli jualan mereka dan sebagainya. |
|
| |
ZieHaR d GreatZ REGULAR
Countries/State : Age : 40 location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu Tag ID: : SFC 00007 Points : 12930 Reputation : 0 Number of posts : 470
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 19/11/2008, 8:14 pm | |
| "..........Mungkin juga kelemahan berpunca dari usaha pencegahan di pintu2 masuk, sempadan atau kawasan perairan, namun Kerajaan juga sedang mempertingkatkan usaha untuk membaiki dan memberi tumpuan ke arah itu. Memanglah agak sukar untuk terus menjadikan negara ini sifar PTI dan saya yakin tidak akan tercapai dalam masa terdekat, namun usaha memang sedang giat dilakukan."
Saya sedikit bersetuju dengan kenyataan yang diboldkan.Namun, saya adalah antara rakyat Sabah yang ingin memberikan suara agar pihak yang berkenaan mendengar rintihan dan suara hati rakyat di negeri Bawah Bayu.Mungkin agak sukar seperti yang dinyatakan di atas namun jika kita pergi ke Sarawak,mengapa pihak negeri dan berwajib mereka mampu melaksanakan pembasmian sehingga PATI ini berasa gusar berada di negeri tersebut.Adakah penguatkuasa dan pencegahan pihak berkuasa di Sabah tidak cukup kuat menangani hal ini.....Tapi..saya juga tidak menyalahkan pihak berkuasa seratus peratus berikutan sesetengah masyarakat yang pentingkan diri tidak mahu tahu akan hal PATI... |
|
| |
hantukubur MODERATOR
Countries/State : Age : 50 location : KK Tag ID: : SFC 03473 Points : 12027 Reputation : 0 Number of posts : 1331
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 21/11/2008, 4:40 pm | |
| Bagi aku la kan, kita sendiri yg patut di salahkan bah. Talampau baik bah kita ni tidak mau ambil tahu hal org lain. Cuba ko di Brunei atau di S'pore. Nampak jak org lain yg bukan org tempatan sana terus diorg report pihak berwajip tu. Nah jawapannya kena deport terus ke negeri asal. Di sini bermaharajlela lg diorg.. We need to do something about this! |
|
| |
jojo1234 SENIOR
Countries/State : Age : 42 location : tawau Tag ID: : SFC 03994 Points : 11944 Reputation : 3 Number of posts : 513
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 24/11/2008, 10:56 am | |
| yang jadi menteri dlam sabah ni pun bangsa diorang juga. yang dari filipin ni pun bangsa badjau, suluk, tauksub..... p semporna ja tengok. ckap pn nda btul ble jadi bumiputra geng. nda ble nafikan la dalam kerajaan sendiri sudah rusak |
|
| |
thunder_riez CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 48 location : sabah Tag ID: : SFC 03774 Points : 11770 Reputation : 0 Number of posts : 1113
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 25/11/2008, 10:01 am | |
| jan susah..BPR sedang menjalankan siasatan lanjut tentang perkara ni..herankan makin bertambah plak PTI..tapi yg herannya kes jenayah ramai plak yg tempatan bukan datang dari PTI.... |
|
| |
Devious SENIOR
Age : 45 location : KK-Sandakan-Tawau Points : 11917 Reputation : 0 Number of posts : 545
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 25/11/2008, 4:36 pm | |
| - thunder_riez wrote:
- jan susah..BPR sedang menjalankan siasatan lanjut tentang perkara ni..herankan makin bertambah plak PTI..tapi yg herannya kes jenayah ramai plak yg tempatan bukan datang dari PTI....
sebabnya statistik nampak macam ramai tempatan buat jenayah ialah kalau org tempatan ada rekod cap jari alamat tetap dsb yang memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mencari lokasi mereka dan buat tangkapan. Kalau PATI ni, buat jenayah balik kampung ke negara asal jadi kes tidak selesai, tiadalah dalam statistik. |
|
| |
thunder_riez CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 48 location : sabah Tag ID: : SFC 03774 Points : 11770 Reputation : 0 Number of posts : 1113
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 27/11/2008, 7:13 am | |
| mestilah tidak selesai..kan tempat di mana asal mereka tidak ambil kisah pasal mau jaga maruah mereka..tapi statistik bukan melalui cap jari sahaja..statistik juga ble di buat melalui report du balai polis..mengikut statistik PDRM rakyat tempatan lagi byk buat jenayah berbanding PATI..kadang2 ketidakpuasan kita terhadap PATI membuatkan kita naik berang..tetapi siapa yg benarkan mereka masuk kalu bukan dari org atasan juga hehehehe... |
|
| |
intrax ELITE
Countries/State : Age : 38 location : Kota belud-SaNdAkaN Website : http://dynastyclub.forumotion.net Tag ID: : SFC 03293 Points : 12549 Reputation : 9 Number of posts : 3111
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 27/11/2008, 10:15 am | |
| betul tu memang lah mereka ni bukan tahu malu ni |
|
| |
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17614 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? 4/2/2009, 11:32 pm | |
| kalau sudah makin parah, kena sapu abis ni.... bahaya ooo.... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? | |
| |
|
| |
| Isu PTI membimbangkan......apa komen anda?? | |
|